Sebelum mata terlena..

Dah malam dah pun. Seharian di UMKL memberi satu pengalaman baru. Jikalau selama ini hidup di sekitar nilam puri je memang langsung tak dapat nak rasa hidup di alam universiti. Macam budak sekolah pun ada. Ada yang kata nilam puri ni agak tersisih nak banding dengan kolej kediaman yang lain. Tapi bila kita nak pindahkan apium terus ke KL tak nak pula. Mungkin ada sesetengah pihak yang mempunyai kepentingan masing-masing kot. Tapi bagi saya, saya pun setuju pindah ke KL. Terasa bandar sikit..

Sementara menunggu perasaan ngantuk menampar muka ni sengaja saya post entri baru. Walaupun tiada idea, tetapi setelah membuka beberapa template untuk blog ni, baru terasa semangat nak meriahkan blog ni. Lantak la orang nak baca ke tak, lagipun saya menaip ni pun atas dasar suka menaip. Teringin juga nak kongsi2 ilmu sedikit, tapi belum terlintas lagi apa yang ingin dikongsi. Pape pun, tak sabar2 nak balik sebenarnya ni. Almaklumlah, motor baru sampai kat nilam puri tapi tak sempat nak guna lagi. Teringin nak pusing2 klate, nak detect jalan. Bukannya apa, dah hampir 7 tahun saya ulang alik klate ni, takkan jalan sekitar pun tak arif. Paling kurang tau la jalan nak ke pantai bachok, jeram linang, jeram pasu ke. Memang la dah pernah sampai sana, tapi belum tau jalannya tu. Dahnye lepas ni nak kawen ngan orang klate..haw3

Ulasan