Ilmu Kalam?


Salam kesejahteraan. Alhamdulillah, rasanya sudah lama sangat saya tidak post entri baru. Alhamdulillah sekali lagi kita panjatkan kehadrat ilahi kerana berjaya dipertemukan dengan bulan yang mulia ini. Bulan tarbiyah, itulah yang sinonim dengan bulan ramadhan. Apakah sebenarnya yang kita inginkan di dalam bulan mulia ini. Adakah ianya berlalu sebagai bulan-bulan biasa dalam masihi, atau kesempatan ini kita pergunakan sebaiknya dalam mendidik nafsu, sesuai dengan trademark bulan ramadhan ini? sama-samalah kita renungkan.

Seringkali kita terdengar laungan "Ramadhan, hadirmu dinanti, pemergianmu ditangisi." dan itulah juga moto yang saya dengar ketika majlis perasmian MURSYID '09 di Dewan Johor. Ungkapan ini agak menarik dan sedap di dengar. Dan memang menjadi lumrah, suatu ungkapan yang menarik itu mampu mempengaruhi orang ramai. Seperti pada zaman imam al Syafie rahimahullah, atau zaman sebelumnya (saya tidak berapa ingat sangat), penggunaan ungkapan atau falsafah begitu memainkan peranan yang sangat besar dalam mencorak pemikiran masyarakat setempat. Pengaruh yang besar itu sehinggakan menular masuk ke dalam akidah umat islam ketika itu, dan telah mewujudkan "ilmu kalam" atau ilmu falsafah dalam memahami tauhid, yang sehingga sekarang masih digunapakai dalam silibus pembelajaran Malaysia sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Saya teringat ketika saya belajar di pulai chondong dulu, saya mempelajari subjek tersebut untuk menghadapi peperiksaan SMU, ketika tingkatan 4. Subjek tersebut mudah sahaja kerana ianya tidak memerlukan penggunaan akal yang kritis untuk berjaya dalam peperiksaan tersebut, tetapi hanya hafal sahaja. Kalau rajin hafal, maka wajiblah baginya mendapat kejayaan yang mutlak tersebut. Namun apa yang menggelikan hati saya, proses pembelajaran ilmu tersebut tersangatlah memeningkan kepala dan pemikiran kami. Malah ustaz yang mengajar sendiri pun tidak dapat menghuraikan dengan jelas apa yang sedang dipelajari ketika itu! Namun oleh kerana peperiksaan itu betul-betul fokus pada hafalan sahaja, maka kami pun mengambil jalan mudah - hafal membabi buta tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Dan natijahnya saya berjayalah mendapat 7 agregat dalam SMU. Atau lebih maklum dengan panggilan jayyid.

Ulasan

  1. [size=72][color=red][url=http://www.go4you.net/go.php?sid=24]ENTER ON SOFTWARE PORTAL[/url][/color][/size]

    [size=46][color=red][url=http://www.go4you.net/go.php?sid=24]DOWNLOAD SOFT![/url][/color][/size]

    [img]http://www.istockphoto.com/file_thumbview_approve/4762671/2/istockphoto_4762671-software-box.jpg[/img]

    [size=46][color=red][url=http://www.go4you.net/go.php?sid=24]OEM SOFTWARE[/url][/color][/size]

    [size=72][color=red][url=http://www.go4you.net/go.php?sid=24]DOWNLOAD SOFTWARE[/url][/color][/size]

    [size=72][b]Online APPETRECREVE software Mac OS x[/b][/size]
    [size=72][b]Buy APPETRECREVE software to [/b][/size]
    [size=72][b]Load APPETRECREVE soft programms to Mac[/b][/size]

    http://www.google.com/

    BalasPadam

Catat Ulasan