Design untuk baju majmuah.


Majmuah 1. Ya, majmuah yang seringkali mendapat perhatian umum. Maklumlah sahaja, pelajar kelas pertama. Orang selalu menganggap majmuah 1 merupakan kumpulan yang menempatkan pelajar-pelajar elit, yang hebat dalam pelajaran, yang mantap dari segi ilmu, namun agak hambar dari segi ukhuwwah. Hehe. Tidak mengapa. Biarlah mereka dengan tanggapan mereka.

Sebenarnya terkadang saya agak terkilan dengan sikap sesetengah dari kalangan manusia yang telah menganggap sesuatu perkara atau perkhabaran yang baharu mereka dengar, namun pengetahuannya melampaui orang yang benar-benar mengalami perkara tersebut. Contoh yang paling jelas ialah tentang majmuah 1 yang penuh dengan kontroversi.

Bermacam-macam tanggapan hinggap di pemikiran setiap individu. Saya hanya sekadar mendengar sahaja. Terkadang meperbetulkan apa yang perlu. Namun orang ramai telah menganggap ianya berlawanan dengan realiti sebenar yang berlaku.

Kadang-kadang salah majmuah 1 juga kerana dengan terbukanya telah membuka perbincangan kepada khalayak ramai dalam ruangan forum. Sampai tahap ustaz sendiri menyedari perkara itu. Dan akhirnya dia berkata, "ana rasa bertanggungjawab terhadap permasalahan ini, kerana ana tidak mahu ianya makin membarah." Saya pun tidak mengerti apakah pemahaman sebenar ustaz tentang permasalahan ini. Adakah seperti realiti, atau sekadar ura-ura sahaja. Umpama sepoian angin yang berbahasa lunak dan merdu.

Jadi kesimpulan yang ingin saya buat, janganlah suka melihat kesalahan orang lain kerana kesalahan itu tidak akan hilang, malah tidak akan berkurang pun lantaran jiwa hamba yang sebati dalam perlakuan kita. Hamba tidak sesempurna Tuan, Empunya Hamba.

Ulasan