Laptop baru?

Zakat. Itulah perkataan yang biasa didengari setibanya bulan ramadhan tiba. Sesuai dengan firman Allah dalam al-quran, pengkhususan syariat zakat ini diseiringkan bersama kewajipan solat. Seperti kita sedia maklum, solat merupakan asas daripada asas-asas yang lima dalam rukun Islam, dan ia merupakan ranking kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Maka jikalau diteliti dalam ilmu usul fiqh, antara sumber penting dalam mengisbatkan hukum ialah al-quran al-karim, hadis shahih, ijma' ulama', dan qias. Maka dalam konteks zakat yang kita bincangkan ini, kewajipan zakat sangat-sangatlah diyakini kewajipannya. Malah sesiapa yang menyangkal kewajipan ini dianggap ingkar terhadap syariat Allah s.w.t.

Sebenarnya saya terdetik untuk mengatakan tentang bab zakat ni kerana saya sedang dalam proses menunggu bantuan zakat selangor yang sampai d=sekarang belum kunjung tiba lagi. Saya memerlukan duit itu untuk membiayai perbelanjaan saya membeli laptop. Tidak sabar rasanya nak ada laptop sendiri..hehe

Ulasan