Doakan kejayaanku wahai sahabat..

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Sekalipun ianya disambut dengan gembira, namun saya percaya ramai yang tidak dapat menikmatinya dengan kepuasan yang sebenar terutamanya student-student universiti lantaran bayangan peperiksaan final sering mengiringi mereka kemana-mana sahaja mereka pergi. Termasuk diri saya sendiri sebenarnya. Emm, apa-apa pun, doakan kejayaan saya dalam exam kali ini. Sudahlah duduk di rumah pun tidak mengulangkaji sedikit habuk haram jadah pun. Harap sempena hadirnya haruman syawal ini, dipermudahkan bagi saya untuk menjawab dalam peperiksaan nanti. Sekalipun belum study secara habis-habisan lagi, namun hati ini tetap meronta-ronta, membentak memberikan kegusaran dalam jiwa. Arghh.. Doakan kejayaanku, sahabat..

Ulasan