Last minute punya kerja..

Salam sejahtera diucapkan kepada sahabat-sahabat sekalian. Lama rasanya tidak menghentam papan kekunci ini. Alhamdulillah hadir juga kesempatan untuk menulis. Maklumlah, terpaksa menyibukkan diri dengan pelbagai program semasa minggu pertama cuti. Biarpun terpaksa balik lewat, tapi bagi saya ianya tidaklah menjadi satu beban, malah memberikan pelbagai pengalaman baru yang tidak akan dapat ditimba di rumah.

Sebenarnya terasa banyak peristiwa yang ingin dikongsi, tetapi saya tidak tahu mana yang ingin diceritakan dahulu. Emm tidak mengapalah, biar saya mulakan dengan pengalaman pertama di program BAKSIS.

Bila teringat kembali, terasa bibir menguntum senyuman secara sendiri, tanpa dibuat-buat. Sepanjang memegang KD persiapan dan peralatan, ternyata pelbagai ragam yang telah saya lakukan. Sudahlah KD peralatan merupakan antara KD yang sangat penting, tapi saya seakan tidak endah, tidak mengambil peduli. Sehinggalah beberapa pihak yang mula push saya, barulah saya bergerak untuk menyelesaikan segala urusan. Sampaikan pada pagi subuh sebelum bertolak ke Jeli pun saya baru bertungkus lumus mencari beras di Pasar Siti Khadijah, pasar yang paling terkenal di serata Malaysia ini. Pada pagi itu saya terus memecut laju menuju ke KB setelah usai solat. Dalam keadaan tergesa-gesa itu saya bertanya pakcik yang menjual di situ. Ketika itu jam baru menunjukkan jam 7.00 pagi. Katanya orang yang menjual beras akan masuk ke gerai pada pukul 9.30 pagi. Bila mengenangkan bas yang akan bertolak jam 7.30, saya terasa buntu sebentar. Terus menekan punat handphone, menelefon sahabat dan meminta pendapat. Dia sekadar mengatakan, “kalau dah takde takpelah, kita cari tempat lain nanti”. Namun entah mengapa saya rasa tidak sedap hati dengan cadangannya itu. Lantas saya mengambil keputusan untuk meronda-ronda sekitar pasar dahulu, manalah tahu ada gerai yang tidak saya sedar kewujudannya. Pusing punya pusing, akhirnya terjumpa dengan penjual beras yang dicari-cari. Tapi bukan beras kampit. So kena timbang dulu. Fikir punya fikir, akhirnya saya pun bersetuju untuk mengambil beras tersebut. Tapi terpaksa menunggu la. Tapi tidak mengapalah, penjual itu memberi jaminan. Katanya, “ala sekejap je ni, dik. Adik tunggu sekejap je. Makcik dah biasa buat dah”. Saya pun malas dah nak berfikir panjang lalu terima sajalah. Sambil menunggu saya mengambil kesempatan untuk berehat sebentar menghilangkan lelah.

Sahabat-sahabat sudah mula menelefon, tanya dimana saya berada. Mereka bimbang kerana bas sudah sampai dan akan bertolak bila-bila masa saja dari sekarang. Saya pun bimbang juga. Tapi nak buat macam mana lagi, tunggu sajalah beras siap di packing.

Tunggu punya tunggu akhirnya siap juga. Tapi agak lewat jugalah. Sampaikan saya mengatakan kepada sahabat saya, “takpelah, biar aku naik motor je. Korang gerak la dulu”. Tapi sahabat saya kata bas yang satu lagi baru je sampai, so saya sempat menaiki bas tersebut. Manakala bas yang pertama sudah siap semua. Lantas aku memutuskan, “kalau camtu tunggu la dulu, aku nak pecut ni”. Satu keputusan yang berani. Hehe..

Macam biasa keadaan jalan di pagi hari agak sesak. Almaklumlah, orang ramai berpusu-pusu menuju tempat kerja. Namun ransangan yang diterima akal menyebabkan kemahiran meningkat secara mendadak. Kawalan sterang diiringi dengan pecutan yang seiras menyebabkan pemanduan menjadi mantap dan teratur (haha). Akhirnya dengan kelajuan tersebut saya sempat sampai di APIUM pada masa yang diramal. Kelihatan sahabat-sahabat sedang memasukkan barang-barang ke dalam bas. Saya sorang saja yang belum bersiap lagi. Haram jadah. Kelihatan beberapa orang sahabat tersenyum sinis melihat keadaan saya. Tapi saya tidak berasa kecewa pun, malah terhibur. Rasa macam gila je, buat benda last-last minute ni. Tapi teringat kata-kata roommate saya dulu, ketika sem 1 bersama. Dia berkata, “study last minute la baru feel. Masa tu kita pun terasa teransang untuk study. Baru terasa suasana belajar yang sebenar. Kalau study awal-awal tak best. Sekadar dapat kejayaan je, takde sebarang pengalaman dan cabaran”. Saya sekadar tersenyum je teringat kata-katanya tu. Terasa macam betul plak. Rasa best. Huhu.

Ulasan