Bid'ah dan Perjuangan..



Salam kesejahteraan. Semoga naungan hidayah yang dilimpahkan Allah tidak pernah putus dan sentiasa menyirami kalian para sahabat blog. Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk berkongsikan sedikit pandangan dan luahan rasa hati. Mungkin di saat kesibukan sedang menguasai peratusan besar kehidupan saya selaku seorang yang agak penting di kampus (atau mungkin saya yang perasan sorang) masih diberi keizinan untuk mencoretkan sesuatu yang bermakna buat mereka yang mencintakan kebenaran dan keamanan satu umat, terutamanya umat Islam.

Tempoh bagi sesebuah perjuangan mengalami kemerosotan sebenarnya tidak akan dapat diukur hanya sekadar pada pandangan lahir semata-mata. Malah andai dilihat dari satu perspektif yang abstrak, mungkin sesebuah perjuangan itu pada awalnya lagi sudah mengalami gangguan lantaran keinginan dan niat yang terpesong dan tidak disalurkan pada landasan yang sebenar. Atau dalam erti kata lain mengesampingkan keutamaan dalam masyarakat islam dan mengutamakan perihal sesebuah entiti yang tidak mempunyai jaminan dalam pengakhiran hidup, walaupun mereka hanya melihat ianya dari perspektif perlembagaan atau undang-undang dunia semata. Seakan undang-undang akhirat tidak akan mereka hadapi dalam beberapa tempoh terdekat ini.

Biarkan kalian tidak memahami tutur bait kata saya ini. Mungkin setelah habis membaca baharulah kalian menyedarinya lantas memahami maksud sebenar.

Setiap individu mempunyai persamaan dalam beberapa aspek tanpa disedari oleh empunya diri sendiri sebenarnya. Dalam perihal keamanan misalnya, tiada sesiapa pun yang menginginkan keadaan yang kucar-kacir dan haru-biru. Malah seorang manusia akan memukul binatang peliharaan mereka jika ia menumpahkan makanan di lantai. Apakan lagi andai rumah mereka runtuh dihancurkan oleh tentera-tentera kejam yang hanya mengenal dentuman bom dan kerlipan percikan api sahaja.

Demikianlah pancaindera manusia yang saling berantaian antara satu sama lain. Mereka memandang orang yang sengsara dengan pandangan polos sedangkan diri mereka sendiri tidak direlakan untuk diperlakukan sedemikian rupa. Mereka tidak menginginkan perpecahan dan pertelingkahan tetapi lantaran sikap mereka sendiri yang terlalu mementingkan diri sendiri akhirnya mereka terperangkap dalam permainan ilusi mereka itu sendiri. Lantas mengadu permasalah kepada orang lain sedangkan asbabnya berpunca daripada empunya diri.

Baiklah, tidak perlulah kita memanjangkan perbincangan dengan perumpamaan yang berjela. Cukuplah andai hasrat dihati dapat diselami oleh sahabat blog sekalian. Perkara yang harus dipercepat tidak wajar dilengahkan.

Memahami konsep perjuangan islam.

Rata-rata sahabat-sahabat seperjuangan dalam Islam sekalian ternyata punya semangat yang berkobar-kobar dalam memperjuangkan kemuliaan agama Islam sebagai agama sejagat yang dijamin keselamatan dan keberkesanannya dalam pembentukan ummah, masyarakat malah negara sekalipun. Lambakan usaha yang dicetuskan oleh pelbagai jemaah dalam mengadaptasikan unsur yang mulia ini ternyata memberikan satu perkembangan yang baik dalam dunia Islam hari ini. Hal ini secara tidak langsung memberikan semangat kepada masyarakat yang memerhati seterusnya menerima kesannya yang positif, lebih-lebih lagi dalam pembentukan syahsiah yang unggul dan berintegriti.

Usaha-usaha murni yang dipergiat ini seharusnya mendapat sokongan daripada semua pihak terutamanya mereka yang mengaku telah mengimani Allah swt sebagai Rab yang Maha Esa dan Muhammad saw sebagai utusan-Nya yang mulia dan terpelihara. Mereka merupakan golongan yang menginginkan tertegaknya islam dimuka bumi Allah ini lantas mengembalikan tampuk kepimpinan khalifah yang telah lama terkubur sejak zaman keruntuhannya yang terlalu menyanyat hati angkara tangan seorang munafiq malah fasiq yang bertopengkan keadilan dan kesejahteraan sejagat di zaman Turki yang penuh dengan nostalgia tragis. Mereka ini jugalah yang mempunyai kesedaran dalam memperjuangkan kemuliaan serta ke’izzahan syariat agama yang telah dimaktubkan dalam al-quran dan dinaqalkan oleh para sahabat dalam himpunan-himpunan hadis yang terkadang dinodai oleh golongan-golongan pendusta yang dengan sengaja mencemarkan sifat siddiq Rasulullah saw dalam menyampaikan wahyu Allah swt kepada sekalian umat manusia yang menantikan suatu keajaiban dalam mengislah tamadun jahiliyyah mereka yang ternyata sesat dan fasad. Ya, mereka inilah generasi yang ditunggu-tunggu. Sebuah gerakan tajdid diperlukan saat perselisihan antara umat semakin berganda dengan peratus yang tinggi berbanding dengan zaman para tabi’in.

Inilah yang dikatakan daruriyyat. Saat ini keperluan dalam berlapang dada dalam menerima segala perkembangan dalam memartabatkan islam dalam masyarakat sangat-sangat dituntut. Persefahaman antara ahli jemaah seharusnya tidak menjadi satu permasalahan yang diperdebatkan kelak natijahnya tidak membawa kepada penghayatan islam yang sebenar malah ranting-ranting yang tumbuh semakin bercabang lantas penghujungnya sekadar menjadi penghalang laluan. Malah ianya memudaratkan yang lain, bimbang hujung rantingnya yang tajam menikam mata mereka yang melalang di perjalanan. Akhirnya buta dalam memilih jalan yang sebenar.

Nah, akhirnya sekalian jemaah buntu dalam kebenaran yang bermain di tanggapan mereka.

Elakkan segala perbincangan yang merugikan.

Memang perkara yang menimbulkan perselisihan merupakan satu perkara yang sangat-sangat menarik untuk dibincangkan. Lantaran asas yang diguna pakai merupakan sesuatu yang subjektif, maka pengolahan dalam mempertahankan pandangan tersebut ternyata sentiasa ada. Dan pengakhirannya pertelingkahan yang berjaya diraih. Perasaan dengki mendengki menjadi bahan bakar dalam memarakkan api keegoan.

Ya, ego tidak boleh dipadam tetapi boleh dikurangkan (memetik kata dari seorang sahabat saya). Andai keegoan menjadi asas perjuangan sesebuah pertubuhan, kelak tidak akan mencapai satu pandangan yang terkehadapan. Tiada sikap keterbukaan dalam menerima pandangan sesuatu pihak, sedangkan matlamat yang dijanakan sama iaitu memartabatkan sunnah, amar ma’ruf nahi mungkar, menolak bid’ah, menghancurkan khurafat dan menjadikan islam sebagai cara hidup yang syumul.

Terkadang saya sendiri hairan. Sibuknya memperkatakan perjuangan sesebuah kelompok dalam memperjuangkan islam yang tidak sama dengan pendekatan yang dilakukan oleh kelompok mereka sebagai bid’ah. Sedangkan mereka tidak sibuk pula mengatakan hukum berhukum dengan sekular sebagai bid’ah. Tidak pula berusaha memperjuangkan hukum hudud yang telah diperkenalkan oleh Rasulullah saw dalam pentadbiran baginda, padahal jelas lagikan bersuluh ianya merupakan ‘law’ yang digunapakai oleh Rasulullah saw semasa pemerintahan baginda.

Malah yang paling menghairankan, sampaikan ada yang beranggapan bahawa ahli bid’ah itu lebih berdosa berbanding mereka yang lakukan maksiat. Hujah mereka kerana ahli maksiat melakukan dosa tersebut dalam keadaan sedar dan mengetahui bahawa ianya adalah berdosa, sedangkan ahli bid’ah ini melakukan dosa dalam keadaan mereka tidak menyedarinya dan menyangka ianya adalah satu amalan yang diterima Allah, maka mereka akan terus tersesat dalam lamunan mereka tanpa berpijak pada bumi yang nyata.

Ternyata mereka terlepas pandang pada firman Allah swt yang bermaksud :

Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan : "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang." Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih.”

Surah An-Nisa’ ayat 17 dan 18.

Bukannya saya berpandangan sebegini kerana memusuhi sesetengah pihak atau mengatakan bahawa hanya pandangan saya sahajalah yang betul dan diterima pakai atau mendapat jaminan oleh Allah swt. Tidak. Malah andai saya berprasangka sedemikian maka saya telah melanggar adab sebagai seorang penuntut ilmu. Tidak mengambil kira pandangan orang lain yang ternyata mempunyai dalil-dalil mereka yang tersendiri.

Cuma mungkin perasaan terkilan menyebabkan terkadang kita perlu juga menyuapkan cili ke dalam mulut seseorang. Semoga dengan kepedasan tersebut dia mampu meneguk air seterusnya mengakui bahawa sepanas-panas air pun mampu menghilangkan kepedasan tersebut, bukan hanya air berbatu kosong sahaja. Malah segala jenis air yang ditambah perisa oren ataupun sirap juga mampu melegakan tekak daripada kepedasan tersebut. Yang penting ianya merupakan air minuman.

Begitu jugalah perjuangan dalam memartabatkan islam. Selama mana ianya kelompok yang mendokong kecintaan terhadap islam dan merindukan zaman kegemilangan islam di zaman Rasulullah saw, maka ianya tetap akan dapat melestarikan hasrat tersebut. Andai terdapat kelompok yang tidak meyakini konsep ini dalam memperjuangkan islam, ternyata mereka terlepas pandang pada firman Allah yang bermaksud :

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat..”

Surah Al-Baqarah ayat 214.

Meyakini janji Allah dalam perjuangan.

Indahnya agama Allah, setelah ditimpakan pelbagai ujian, ternyata Dia akan membalasnya dengan satu titik yang sangat-sangat dirindui oleh semua umat manusia di akhir zaman, iaitu kemenangan terhadap kesejahteraan sejagat, yakni agama Islam. Agama yang akan mengembalikan segala keamanan yang telah dirobek oleh kuku-kuku yang berkulat dan menghancurkan segala kejahilan di akhir zaman sehingga akhirnya kekuatan jemaah islam ketika itu sangat tidak terperi kuatnya. Segala yang benar akan terzahir dan segala yang palsu akan tersingkap. Undang-undang manusia sudah tidak boleh menjadi pergantungan lagi. Melainkan hukum Allah yang maha agung, pencipta keajaiban segala kejadian. Takbir bergema, memantul-mantul ke segenap ruang udara. Haiwan-haiwan makin bertambah zikirnya memuji kebesaran Allah 'Azza Wa Jalla. Kegemilangan khilafah yang diimpikan menjadi kenyataan.

Di sanalah berdirinya Imam Mahdi yang dinanti!

*Minta maaf kerana masih belum berkesempatan untuk menyambung novel bersiri "Pak Rasul", sedikit sibuk dalam beberapa urusan..
*Esok nak pergi jauh..huhu~

10 Bisikan:

  1. salam...sama2 kita hapuskan bid'ah!!,stuju la angkara ego,kalau pandanagn alim ulamak pun kita tak hormati camne org len nak hormati kita..dalam perjuangan dicaci & dimaki xkisah sangat,harap2 kita tidak dihidangkan dengan suapan berjuta time kita antara hdup dan mati,sebab kita tak pernah terhidang senang la cakap,cam cikgu ak,dulu die la sumber inspirasi tp skrg die cakap nak ubah haluan demi sesuap nasi...

    BalasPadam
  2. ***********************
    Stuju giler dgn artikel ni. Jgn kerana pandangan sendiri, kita menafikan pandangan orang lain. Tidak bertasamuh dan berlapang dada.

    Elakkan perbincangan yang merugikan. Jgn kerana sekecil2 pandangan remeh, menyebabkan perbalahan dan perpecahan yang besar malah berpanjangan.

    Kerana itulah Yakini janji ALLAH dalam perjuangan. N sama2 kita pupuk sifat bertasamuh, salamatus sodri : Pesanan utk diri sendiri, juga pesanan utk sahabat2 sperjuangan ye...

    *************************

    BalasPadam
  3. salam 'alayk... haulid da kupas lebih awal dr sy sal hal ni. cm ada kena mengena ngan artikel diktatormedia.. n cam ada unsur2 x puas hati jg ngan sstgh pihak tertentu. huhu~ seorang muslim yg mengaku dia sbg da'ie n pejuang islam, kena tahu bertasamuh dlm nk brda'wah. stju jg ngan dhomiri, lau nk org hormat kita, kita ni kena respect org tu dulu. cuma kdg2, di sbbkan nk capai "hadaf", hilang rasa respect pd org yg lbh 'arif drpd kita. sbg teguran tuk saya n shbt2 jg =)

    BalasPadam
  4. Sebenarnya dah lama pendam masalah ni, dah rangka2 isi yang nak dikupas. dan malam tadi ntah mengapa terasa nak menaip, jadi teruskan jela niat tu. lagipun dah lama sangat tak posting, so malam tadi menaip sampai pukul 3 sbb nak post entri ni. harap pembaca dapat beri respon yang bernas, mungkin ada dalam artikel saya yang tersalah atau tidak menepati pendapat mana2 pihak atau saya terlepas pandang..

    Amriena nak kupas lebih lanjut pun boleh..sangat2 dialu2kan..;)

    BalasPadam
  5. salam...sekadar celahan..

    "Malah yang paling menghairankan, sampaikan ada yang beranggapan bahawa ahli bid’ah itu lebih berdosa berbanding mereka yang lakukan maksiat. Hujah mereka kerana ahli maksiat melakukan dosa tersebut dalam keadaan sedar dan mengetahui bahawa ianya adalah berdosa, sedangkan ahli bid’ah ini melakukan dosa dalam keadaan mereka tidak menyedarinya dan menyangka ianya adalah satu amalan yang diterima Allah, maka mereka akan terus tersesat dalam lamunan mereka tanpa berpijak pada bumi yang nyata."

    Rujuk kitab Al-Muntolaq - Ahmad Ar-Rashid.

    item yg disarankan agar dikaji :
    1) kenali Ahmad Ar-Rashid
    2) perbahasan ulama' mengenai hukum melakukan bid'ah.
    3) dalami marhalah ta'rif & tanfiz
    4) rujuk fiqh Jihad - karya tbaru al-qardhawy.


    Syukran..wallahu yubarik 'alaik...

    BalasPadam
  6. Syukran..nnti sy cuba rujuk..minta panduan andai tersilap langkah...

    BalasPadam
  7. Mungkin dalam artikel ni ada yang beranggapan saya merupakan seorang yang mempertahankan bid'ah.. harap maaf ya, sy bkn orang yang sebegitu. Sy tidak pernah memperkatakan bid'ah merupakan sesuatu yang wajar dipertahankan kerana saya tahu setiap yang baru dalam perihal agama itu menyesatkan. sy telah mendapat pendedahan ini semenjak dibangku sekolah lg, malah merupakan seorang yang mendkong sunnah dan mengesampingkan segala mcm bid'ah yang pernah berleluasa dalam persekitaran tarbiyyah sekolah sy.

    cuma saya semakin lama terkadang terlalu memikirkan perselisihan yang berlaku dalam kalangan umat. terlampau bercelaru dalam soal sesama sendiri sedangkan zionis telah bertepuk tangan dengan kejayaan mereka. malah yang paling mengejutkan sy, ada dlm kalangan masyarakat yang mengatakan isu wahabi dan salafi didalangi zionis. sy sgt sedih mendengar ungkapan itu. andai orang awam yang tidak pnya maklumat yang mndalam tentang hal ini mendengar perkara ini sudah tentu mereka mempercayainya dengan mudah.

    maafkan sikap saya yang 'muak dengan perselisihan tidak bermanfaat ini'..

    mngkin scr tidak sedar saya yang telah mencetuskan perseisihan tersebut..harap maaf..

    BalasPadam
  8. "Malah yang paling menghairankan, sampaikan ada yang beranggapan bahawa ahli bid’ah itu lebih berdosa berbanding mereka yang lakukan maksiat. Hujah mereka kerana ahli maksiat melakukan dosa tersebut dalam keadaan sedar dan mengetahui bahawa ianya adalah berdosa, sedangkan ahli bid’ah ini melakukan dosa dalam keadaan mereka tidak menyedarinya dan menyangka ianya adalah satu amalan yang diterima Allah, maka mereka akan terus tersesat dalam lamunan mereka tanpa berpijak pada bumi yang nyata."


    saya rasa, baik saudara dlete petikan kata ini kerna bisa mendatangkan syak pada saudara.. kekeliruan ayat...syukran.

    BalasPadam
  9. Insya Allah andai saya menemukan satu alasan yang tepat utk melakukannya..

    BalasPadam

 

Like Our Page

TQ to all my followers =)

Recent Visitors