Dilema Akhir Zaman..


Alhamdulillah segala puji bagi Allah s.w.t atas nikmat dan limpah kurnia yang tidak terhingga. Lama sudah tidak berceloteh memandangkan sibuk dengan projek yang sedang dijalankan – Antologi Pena Pemuda (APP). Terkadang terlampau memberi lebih perhatian kepada novel yang sedang digiatkan hingga tidak mengikuti perkembangan semasa. Namun begitu saya tidak berapa pasti sama ada punya kesempatan untuk menyambungnya dalam jangka masa terdekat atau tidak lantaran terlampau sibuk dengan pelbagai tugasan dan presentation di kampus. Itu belum dicampur dengan aktiviti luar pula. Minta maaf ya pada yang sedang menunggu kesinambungan Si Penggali Kubur. Mungkin kalian boleh melayan Cinta Munafik karya Dr. Asy terlebih dahulu yang ternyata lebih mantap daripada cerita saya.


Baru-baru ini ternyata kita dihidangkan dengan berita-berita yang agak hangat di dada akhbar dan media elektronik. Apa yang menarik perhatian saya ialah tentang isu-isu yang sedang diketengahkan oleh media terhadap Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Ternyata setelah kerajaan pakatan rakyat mendapat tempat di hati masyarakat, media elektronik yang dimonopoli oleh kerajaan makin agresif melancarkan serangan-serangan halus ke atas tokoh islam yang mendapat ranking ke-42 dalam kalangan umat islam di atas muka bumi ini. Ternyata goresan luka yang telah dialami ketika PRU ke-12 telah menjadikan perasaan busuk mereka semakin berulat. Sehinggakan rakyat yang tidak mengenal realiti sebenar politik BN sekadar menerima bulat-bulat apa yang dihebahkan oleh media meloya tanpa sebarang alternatif untuk mendapatkan maklumat dari sumber-sumber yang lain.

Mungkin kalian agak tertanya-tanya mengapa saya berfrasa sebegitu. Emm biar saya khabarkan. Di tempat belajar saya ni, saya agak rapat dengan beberapa sahabat yang berasal dari Sabah dan Sarawak atau lebih mudah kita katakan borneo. Terkadang mereka dengan sendiri berkongsi cerita dengan saya tentang beberapa perkara yang berkaitan politik di semenanjung. Mereka ternyata agak terkejut dengan situasi yang dialami di semenanjung berbanding keadaan mereka di borneo. Malah saya sendiri pun sama terperanjat dengan keadaan yang diceritakan disana. Keadaan mereka yang berseberang dengan semenanjung Malaysia ternyata dipergunakan betul-betul oleh kerajaan BN untuk mengelakkan mereka daripada terjebak dengan dakyah-dakyah pembangkang. Mereka terlalu jauh dalam lamunan yang telah dijanjikan oleh BN kepada mereka. Dan ternyata memang kawasan borneo merupakan kubu kuat mereka. Sehinggakan ada yang memerli, “tidak mengapalah, biarlah sampai satu masa nanti BN akan memerintah Borneo dan mentadbir kerajaan di sana. Biar mereka tubuhkan negara sendiri di sana nanti. Kita (PR) pegang semenanjung je..” Walaupun kedengaran agak santai tapi ia punya maksud yang mendalam.

Pada hari jumaat lepas saya ada mengikuti perhimpunan yang dianjurkan oleh PAS untuk membuktikan sokongan padu rakyat Kelantan dalam mengekalkan kepimpinan tok guru di negeri itu. Walaupun saya bukan berasal daripada negeri tersebut tetapi entah kenapa perasaan saya tidak tenang andai tuan guru dilepaskan jawatan sebagai MB di negeri tersebut. Seakan kerugian besar andai seorang tokoh yang sangat hebat dan disegani kawan mahupun lawan itu dilucutkan dari jawatan tersebut hanya kerana dakyah pihak tertentu yang menghasut dengan niat yang keji dan busuk iaitu tidak bercitakan untuk memakmurkan bumi Allah dengan syariat yang sahih dan pegangan agama yang kukuh. Malah telunjuk sekular zionis itu yang lebih diutamakan dalam pentadbiran mereka. Petunjuk khilafah yang diilhamkan oleh Rasulullah dan para sahabat langsung tidak diendahkan malah diperlekeh. “Tak tau la nak kata pa,” bak kata timbalan perdana menteri ketika mendapat ‘tawaran berbisa’ daripada tok guru nik aziz.

Emm mungkin kalian tidak faham dengan apa yang saya cuba sampaikan pada post kali ini. Sememangnya satu celoteh yang agak mengarut. Sekadar bercadang untuk berkongsi perasaan. Kecintaan yang tinggi terhadap ulama’. Saya tidak akan membiarkan ulama’ terus diperlekeh dan dihina. Sedihnya andai janji Rasulullah saw yang memperkatakan tentang peristiwa akhir zaman terjadi di hadapan mata saya kini. Sungguh, terlalu dekatlah kita dengan pengakhiran dunia..

Ulasan

  1. salam 'alayk.. setuju2... dunia akhir zaman.. dunia kejahilan semakin kelihatan. kepimpinan ulama' pn semakin di perlekehkan... hancurkan pengkhianat Agama!!! sokong TG.. we luv tok guru..(rugi sapa x join himpunan aman - best ... kain merah ikat kt kpla ^-^ )huhu~

    BalasPadam
  2. Oo..rasyada ikut sekali ke? ana tak ikat kepala dgn kain merah sbb tak cukup..

    BalasPadam
  3. salam...em,(Kita (PR) pegang semenanjung je).. PR tu apa?? maaflah, sy xtau...

    BalasPadam
  4. Salam Mas..PR mean Pakatan Rakyat..it's ok, dont worry..;)

    BalasPadam

Catat Ulasan