Korban yang SETERUSNYA..


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar kalian, semoga sihat2 hendaknya. Emm hari ni terasa malas berkongsi sesuatu yang berat, Cuma mungkin tangan yang terasa gatal nak menaip membuatkan saya ingin berkongsi beberapa perkara, mungkin secara santai.






Alhamdulillah sudah selamat sampai ke rumah, setelah menghabiskan masa di atas jalanraya selama hampir 17 jam menaiki kereta bersama beberapa orang sahabat. Hampir 3 bulan saya tidak pulang ke rumah, dan insya Allah pada cuti kali ini saya akan berada di rumah selama 3 bulan pula. Saya rasakan sudah agak balance, kuliah 3 bulan tanpa cuti, dan sekarang bercuti 3 bulan di rumah. Haish, entah apa la aktiviti yang akan saya ikuti nanti selama tempoh tersebut.

Emm, bertolak pulang dari Nilam Puri pada jam 11.40 malam, mungkin sesetengah orang menganggap masa tersebut agak lewat, malah saya pun merasakan sebegitu. Namun oleh kerana beberapa permasalahan yang berlaku menyebabkan perjalanan terpaksa dimulakan pada waktu tersebut. Mak dan ayah di rumah tak habis2 menghantar mesej tanya, “dah gerak ke belum?”  mungkin mereka merasakan risau dan gusar, maklumlah anak bujangnya ni nak drive dari kelantan ke KL, tambahan pula dalam berita di kaca televisyen terlalu banyaknya berita2 berkaitan kemalangan maut yang mengorbankan beberapa nyawa dalam minggu cuti ni. Siapa yang tak takut. Mak saya turut menceritakan tentang kes2 kemalangan tersebut. Saya yang mendengar ni sudah tentu berasa kecut perut juga. Dalam diam hati saya berkata2, “Ya Allah, kenapalah mak cerita benda ni. Tak pasal2 nervous plak rasa..” Sedikit sebanyak keyakinan saya hilang.

Namun saya tidak memandang ianya sebagai sesuatu yang akan membuatkan semangat saya luntur, bahkan sebenarnya ianya merupakan satu langkah untuk mempersiapkan diri kita terhadap segala kemungkinan. Maklumlah, sepanjang memandu selama 6 jam di atas jalan yang berbukit bukau pada waktu malam tidak mustahil boleh berlaku perkara2 yang tak diingini. Maka dengan mengetahui cerita dari mak saya tadi, sedikit sebanyak membuatkan kita lebih berwaspada. Huhu.

Terasa seronok saat tayar kereta melepasi kawasan kampus, terasa gembira kerana setelah lama memendam rasa untuk pulang berjumpa family akhirnya dapa juga saya pulang bercuti. Senyuman di bibir bergayut2. Tak sabarnya nak balik jumpa mimah (adik bongsu) dan merasa masakan mak. Huhu.

Namun galau di hati tak dapat disembunyikan. Sedih meninggalkan kampus. Dalam 1 tempoh masa yang singkat, ternyata banyak perkara yang mengajar diri. Malah menemui sesuatu yang teramat berharga, yang nescaya ianya sukar diperolehi di kawasan2 lain. Mana mungkin tempat yang teramat berjasa ini akan dilupai. Nantikan sajalah kemunculan seorang produk kelahiranmu ini yang akan menggegarkan negara suatu hari nanti bersama barisan sahabat yang kukuh yang tidak pernah mengenal erti jemu dan lelah ini, insya Allah. Harap ianya menjadi satu doa.

Sepanjang perjalanan keadaan tidak terlalu menyesakkan tapi ternyata ramai yang bergerak pulang ke kediaman masing2 pada malam itu kerana pada keesokan harinya mereka semua akan berkerja seperti biasa, waktu pejabat. Budak2 sekolah pn dah ramai yang kembali ke asrama masing2. Terkenang pula keadaan saya ketika bersekolah di Pulai Chondong dahulu. Bila terlihat kelibat budak2 sekolah yang berpakaian jubah dan berkopiah, memori lama kembali bertandang. ‘Dulu camni la keadaan aku..’ hati saya berbisik halus.

Ketika melintasi JPJ, kereta kami ditahan. Agak nervous juga, kami ada buat salah pape ke, sedangkan pada hemat kami tiada sebarang kesalahan pun yang telah kami lakukan. Hmm, akur sajalah. Berani kerana benar, takut kerana salah, tak begitu? (alaisa kazalik?) hehe. Then setelah sembang2 rupanya roadtax kereta yang kami pandu tu tak jelas, pudar sangat, jadi ianya telah menimbulkan syak wa sangka terhadap pegawai JPJ tu. Sahabat saya Edy (bukan nama sebenar) pun mengeluarkan geran kereta beserta resit apa ntah, tunjuk kat pegawai tu. Then pancing2, beres, lepas. Hehe. Kuat siasah kami ni, kebetulan si Bukhairy (bukan nama sebenar jugak) ada bersama, lagila mantap putar belit dia. Maklumlah, dah terkesan dengan tamil dia tu. Hehe.

Perjalanan diteruskan. Perjalanan di malam hari ternyata memberikan ketenangan lantaran kedinginan yang menyelubungi. Tidaklah berasa letih seperti memandu di siang hari. Cuma yang bahayanya perjalanan waktu malam ni bimbang kalau ada pemandu yang mengantuk, termasuk diri sendiri. Mungkin orang lain yang mengantuk, tapi kalau ditakdirkan kita bertemu dengan orang yang mengantuk tersebut, padahlah akibatnya. Walaupun kita punyala jaga pemanduan, memandu denganberhemah, tapi kalau ada orang lain yang memandu secara bahaya, kita juga yang akan menanggung akibatnya.

Demikian juga nasibnya dengan kami. Sedang memandu dengan tenang, tiba2 ada sebuah lori yang datang dari arah selekoh depan, memandu dengan bahaya, siap makan jalan orang pulak. Kami dah berdebar dah. Macam2 bayangan yang muncul di pemikiran. Adakah aku akan menjadi mangsa korban yang seterusnya? Tidak!


Ulasan