Umat yang BERJAYA


(وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ * إِلا مَنْ رَحِمَ رَبُّكَ..)
“Dan jika Allah berkehendak, nescaya Dia akan menjadikan manusia satu umat yang tidak berpecah, namun (ternyata) mereka sentiasa berselisih. Kecuali mereka yang dirahmati Allah..” 11:118
Hakikat penciptaan manusia menunjukkan bahawa perselisihan merupakan satu fenomena biasa yang akan berlaku dalam mana2 kelompok masyarakat sama ada berlatarbelakangkan kaum, agama, bangsa mahupun negara. Hal ini dapat kita lihat dalam kehidupan sekeliling kita sahaja sebenarnya. Contohnya seperti mazhab2 yang ada dalam islam, sekalipun kesemua empat2 mazhab tersebut telah diiktiraf yang paling rajih di atas muka bumi, namun ianya masih diperselisihkan sehingga berpecah kepada empat.
Dalam arus politik, mana2 negarapun yang terdapat di atas muka bumi ini sudah pasti terdapat golongan yang mendokong aspirasi kerajaan dan golongan yang membangkang. Dalam membicarakan perihal bangsa dan suku kaum, sudah tentu sikap assabiyyah ataupun mementingkan kelompok akan berlaku. contohnya keistimewaan bagi sesetengah suku kaum terutamanya kaum yang dianggap peribumi bagi sesebuah penempatan dan lain2 lagi.
Maka terkadang cuba kita renung dan fikirkan, mengapa seringkali manusia tidak mampu untuk berada di atas satu barisan yang kuat, bersama2 bergabung dan memacu tenaga dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan atau merealisasikan sesebuah hasrat? Apakah sebenarnya yang menjadi titik tolak kepada kebenaran sesebuah fahaman atau kumpulan? Akan ada sahaja perselisihan2 yang berlaku dalam kalangan mereka. Tidak akan pernah aman dari kata2 nista, keji, umpatan dan kritikan. Malah mereka yang ekstrim akan terus menghukum kumpulan yang berbeza fahaman dengan kelompok mereka sebagai orang yang tergelincir dari jalan Allah SWT.
Sedar atau tidak, perasaan seperti ini sebenarnya telah memarakkan api hasad dalam diri secara tidak sedar. Ianya bagai api yang membakar kayu api kering. Terlalu cepatnya merebak hingga rentung semua. Malah apa yang lebih parah apabila persaudaraan islam seakan2 tiada nilainya lagi. Keta’suban atas fahaman masing2 ternyata lebih diutamakan. Lantas perasan membenci akan tersemai dalam diri. Kami  sahaja yang betul. Kalian semuanya salah!
Ingatkah kalian pada firman Allah SWT ;
(وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُوا)ْ
 “Dan berpeganglah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah berpecah belah…” 3:103
Allah SWT telah menghulurkan ‘tali’-Nya untuk sekalian umat di dunia. Tali ini merupakan ikatan yang akan menyatupadukan sekalian umat tanpa berlaku sebarang diskriminasi, malah tali ini jugalah yang akan menjadi penyelamat andai berlakunya penggelinciran. Tali inilah yang akan menyimpul ikatan ukhuwwah antara muslim hatta berada berbatu2 jauhnya dari tempat tinggal masing2. Tali ini terlalu mahal harganya. Tidak akan mampu terbeli oleh mana2 agama di muka bumi ini.
Tali ini telah dihulurkan oleh Allah SWT sejak zaman berzaman, iaitu ketika Rasulullah SAW masih hidup lagi. Adakah kita telah menyahut tali tersebut, atau tidak pernah kita ambil kisah tentangnya? Sedarkah kita apa yang dimaksudkan dengan TALI tersebut? Prihatinkah kita terhadapnya?
Dalam beberapa petikan hadis, telah ditafsirkan perkataan ‘tali’ tersebut dengan maksud ‘Al-Quran’. Diriwayatkan dalam hadis Al-Haris Al-A’war, dari sahabat Ali secara marfu’, Rasulullah bersabda ;
)هو حبل الله المتين وصراطه المستقيم(
“Al-Quran adalah tali Allah yang kuat, dan jalan-Nya yang lurus..”
Dalam hadis yang lain, Imam Al-Hafiz Abu Jaafar At-Tabari mengatakan, dari Abu Said bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda ;
)كتاب الله هو حبل الله المدود من السماء إلى الأرض(
“kitabullah (al-Quran) adalah tali Allah yang menjulur dari langit ke bumi..”

Ibnu Mardawaih pula meriwayatkan daripada jalur Ibrahim ibnu Muslim Al-Hijri bahawa Rasulullah pernah bersabda ;
)إن هذا القرءان هو حبل الله المتين وهو نور المبين وهو الشفاء النافع عصمة لمن تمسك به ونجاة لمن اتبعه(
“Sesungguhnya Al-Quran ini merupakan tali Allah yang kuat. Ianya merupakan cahaya yang jelas, penawar yang bermanfaat, perlindungan kepada mereka yang berpegang dengannya dan penyelamat kepada mereka yang mengikutinya..”
Daripada Waqi’ pula, Rasulullah ada menyebut kepada seorang sahabat bernama Abdullah ;
)إن هذا الصراط محتضر يحضره الشياطين. يا عبد الله هذا الطريق هلم إلى الطريق فاعتصموا بحبل الله فإن حبل الله القرءان(
“Sesungguhnya jalan itu ialah tempat berlalu lalang, syaitan-syaitan selalu datang kepadanya. Hai Abdullah, ambillah jalan ini. Kemarilah, tempuhlah jalan ini. Maka mereka berpegang kepada tali Allah kerana sesungguhnya tali Allah ialah AL-QURAN..”
Kemudian dalam ayat yang sama, Allah SWT berfirman :
(ولا تفرقوا)
“dan janganlah kamu berpecah belah..”
Menurut tafsir ibnu kathir, apa yang dimaksudkan dengan ayat ini ialah seharusnya semua umat muslimin bersatu dalam jemaah (kesatuan) dan melarang umat islam daripada bercerai berai. Mungkin masih ada yang bertelingkah diluar sana tentang pengertian jemaah yang sebenar. Insya Allah jika ada kelapangan saya akan cuba kupas isunya pada entri yang akan datang. Untuk artikel kali ini biarlah kita perbincangkan pada ayat ini secara fokus terlebih dahulu.
Rasulullah SAW bersabda ;
)عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "إن الله يرضى لكم ثلاثاً، ويكره لكم ثلاثاً. فيرضى لكم أن تعبدوه ولا تشركوا به شيئاً، وأن تعتصموا بحبل الله جميعاً ولا تفرقوا وأن ‏ ‏تناصحوا من ولاه الله أمركم. ويكره لكم، قيل وقال، وكثرة السؤال، وإضاعة المال" رواه مسلم.(
“sesungguhnya Allah meredhai kalian dalam 3 perkara dan membenci kalian pada 3 perkara. Maka Dia meredhai kalian sekiranya kalian menyembahNya dan tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu, dan berpegang teguh pada tali Allah dan tidak berpecah belah, dan memberi nasihat kepada mereka yang diberikan kekuasaan kepimpinan oleh Allah SWT terhadap urusanmu. Dan Dia membenci kalian yang banyak berbicara dan berdebat, banyak bertanya dan membazirkan harta..”

Andai diperhatikan dengan teliti apa yang terkandung dalam hadis ini kita akan mendapati beberapa sebab dan punca terjadinya pertelingkahan antara umat sehingga menyebabkan mereka tidak mampu bersatu padu dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Antara yang menarik perhatian saya ialah “MEREKA YANG BANYAK BERDEBAT DAN BANYAK BERTANYA..”
Cuba kita berbalik kepada zaman lampau yakni ketika zaman tabi’in. andai ditelusuri sejarah2 ilmuan islam pada zaman itu nesaya kita akan mendapati terdapat beberapa perselisihan yang berlaku antara mereka dalam mengisbatkan sesuatu hukum. Ternyata ianya lumrah bagi setiap manusia hatta ilmu banyak di dada sekalipun mereka tidak akan terlepas daripada pertikaian2 tersebut. Namun yang menjadi persoalan apakah sikap yang diambil oleh mereka sehingga tidak berlaku pertikaian dan fitnah yang besar pada zaman mereka?
Malah andai ditelusuri dengan lebih mendalam, sebenarnya pengikut2 bagi satu2 aliran itulah yang seringkali mengambil sikap melampau2 dalam mempertahankan pendapat guru mereka seperti yang berlaku dalam mazhab aliran imam Syafie Rahimahullah sehingga  melahirkan kelompok Ahbash. Sedangkan imam syafie sendiri pernah mengatakan sebelum kewafatan beliau ; “sesungguhnya apa yang menjadi sunnah Rasulullah SAW itulah mazhabku. Andai terdapat perselisihan antara pandanganku ini dengan hadis yang sahih daripada rasulullah saw, maka gugurkanlah ia..”
Demikianlah disiplin dalam menuntut ilmu. Bersifat telus dan tidak pernah mementingkan diri sendiri atau mana2 perkumpulan. Sentiasa terbuka dalam menerima pelbagai pandangan dan tidak pernah menghukum terhadap sesuatu perkara secara melulu. Bersikap tolak ansur dan mengurangkan perdebatan yang tidak membawa kepada sebarang faedah. Meneruskan gerak kerja islam dengan hati yang penuh ikhlas dan tidak pernah lelah. Mengesampingkan segala bentuk tohmahan dan pertikaian. Menjadikan gerak kerja sebagai matlamat keredhaan allah SWT.
Dan akhirnya insya Allah kalian akan merasakan kemanisan dalam menyahut TALI ALLAH tersebut..
(وَمَن يَعْتَصِم بِاللَّهِ فَقَدْ هُدِىَ إِلَى صِرَطٍ مّسْتَقِيمٍ)
"Barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus..” 3 : 101

*Rujukan : Tafsir Ibnu Kathir


2 Bisikan:

  1. satu pengisisan yg sgt bgs.. =)

    terasa gak.. hehe...

    mengapa x mencuba untuk mencari "rahmat" di sebalik perbezaan pendapat @ perselisihan tu??

    Di samping perbezaan (bukan perpecahan!!) merupakan satu rahmat dan keperluan, ia juga merupakan satu kekayaan yang tidak ternilai. Perbezaan pendapat yang bersifat ijtihad telah memperkayakan, mengembangkan dan memperluaskan fiqh.

    Namun, bersyukurlah bahawa dengan berbeza pendapat di kalangan sahabat, adalah satu rahmat dan apabila kita menuruti mana-mana pendapat di kalangan mereka, dengan kefahaman yang betul, maka kita tidaklah tergolong dalam meninggalkan sunnah..

    Namun hari ini, kerana gagal mencari kebaikan dalam perbezaan pendapat membuatkan Ummat islam berpecah belah, berpuak-puak, saling khianat mengkhianati, caci mencaci, dan mengeluarkan segala macam sifat mazmumah lg.. huhuhu

    berbalik kpd firman Allah dlm al-furqan : 118-119 - menunjukkan kepelbagaian pendapat adalah satu ujian yg amat hebat. namun seorg muslim yg hebat pd hakikatnya sbnrnya xkan di kalahkan oleh ujian yg hebat, tetapi menjadikan ujian itu sbg pemangkin untuk menambah kehebatan dirinya, bi iznillah!

    huhu~ sowie lau ada salah cakap..

    haulid perbetulkan laa =)

    BalasPadam
  2. Emm dah betul la tu..

    فإن تنازعتم في شيء فردوه إلى الله والرسول إن كنتم تؤمنون بالله واليوم الأخر

    Sebaik2 jalan ialah mereka yang mengikut sunnah2 baginda dan tidak mencipta sesuatu yang bidah..semoga setiap perselisihan tersebut dikembalikan kepada sunnah Baginda SAW..:)

    BalasPadam

 

Like Our Page

TQ to all my followers =)

Recent Visitors