Hari-Hari Sepanjang CUTIKU...



SALAMUN ‘ala falastin. Ops silap stage. Huhu. Tiba2 teringat lagu lagu terbaru dalam album mirwana ‘bumi akhir usia’. Dah dengar belum? Ha kalau belum cepat2 la beli album yang original. Sokong industri nasyid tempatan.

Em maafkan saya. Awal2 pembukaan posting dah mengarut. Emm alhamdulillah akhirnya diberi kenikmatan oleh Allah lagi pada hari ni untuk mengecap semua nikmat2Nya. Marilah kita merenung satu ayat quran yang cukup ringkas, namun maksudnya tersangatlah mendalam. Hanya mereka yang ‘sedikit’ memahaminya :


وقليل من عبادي الشكور - السبأ :13 

Maksudnya ; dan sedikit sekali hambaku yang bersyukur (berterima kasih). 

Adakah kita termasuk yang sedikit itu? Sedangkan solat lima waktu pun caca merba (betul ke ayat ni?), khusyuk pun entah ke mana. Berdiri solat pun hanya atas dasar terpaksa dan riak, bukan atas dasar menzahirkan kesyukuran. Jom sama2 kita menangisi diri ini kerana kealpaan dan kelemahan yang tersangat besar ini, ingatlah firman Allah swt :

فليضحكوا قليلا وليبكوا كثيرا جزاء بما كانوا يكسبون - التوبة : 82

Maksudnya : maka sedikitlah dalam tawamu dan perbanyakkan tangisanmu, sebagai pembalasan terhadap apa yang telah engkau kerjakan. 

Tanya diri kita semula, adakah aku banyak menghiasi hariku ini dengan tawa senda ataupun tangis sendu? Mengapalah kita terlalu bergembira dengan dunia yang semakin uzur ini. Bilakah agaknya kesedaran akan bangkit. Menyedarkan sekalian umat yang sedang bermimpi..

Hari2 sepanjang cutiku.. 

Sudah hampir 2 bulan berada di rumah. Macam2 perkara yang dibuat. Antara peratusan terbesar sekali melayari internet. Nasib baik ada internet kat rumah, kalau takde mesti dah boring tak tahu nak buat apa.

Semasa awal permulaan cuti saya rajin membaca buku2 ilmiah. Antara yang saya belek ialah kitab rijal haular rasul, syamail muhammadiyyah, at tibyan, dan lain2. Kesemuanya kitab yang saya pernah belajar ketika di sekolah menengah dahulu. Bila dibelek2 semula terasa seronok. Manis. Terimbau semula kenangan2 semasa zaman persekolahan dulu. Belajar bersama sahabat. Berbincang bersama ustaz2. Secara tidak langsung pembacaan saya masuk ke otak. Terasa bersemangat untuk membuka kitab dan mengingati semula apa yang telah dipelajari sebelum ini.

Ada juga kitab yang dah tersedia ada di rumah. Buku2 lama yang pernah saya belek sebelum ini. Kitab2 baru yang dibeli oleh ayah dan mak pun ada dijumpai. Alhamdulillah, banyak jugalah input yang dapat saya simpan dalam peti khazanah ilmu saya.

Namun entah kenapa, makin lama berada di rumah, makin terasa malas untuk membaca buku2 tersebut. Hanya bersemangat di awal2 sahaja. Atau dalam kata lain hangat2 tahi ayam. Huhu. Mungkin memang perangai saya begitu kot.

Masa zaman sekolah dulu pun sahabat2 saya pernah kata yang saya ni hangat2 tahi ayam. Kalau buat sesuatu mesti tak sampai habis. Berhenti separuh jalan. Kadang2 saya melukis, menghasilkan komik. hampir satu buku penuh saya buat. Tapi belum habis cerita, saya dah berhenti melukis. Then sambung komik lain pula. Habis mengamuk kawan2 saya. Tidak berpuas hati kerana tidak dapat mengetahui kesinambungan cerita yang saya buat tu.

Emm.. mungkinkah sikap ini telah sebati dalam hidup saya? Seakan tiada kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara? Huhu.. memang kadang2 saya berfikiran sebegitu.

Kadang2 bersemangat dalam satu2 persatuan, dan kadang2 tiba2 semangat itu turun semula. Betullah sabda nabi dalam hadis baginda tentang iman. Yazid wa yanqus. Hehe

IMTEC ’10 menyusul 

Lagi 3 hari program yang saya organize akan berlangsung. Program berbentuk motivasi. Sasaran pelajar sekolah agama menengah Jeram, tingkatan 3, 5 dan 6. Ini antara aktivit IKHLAS ketika cuti. Walaupun penyertaan sebagai ahli telah dibubarkan (sebab dah keluar dari apium), namun semangat abi (firli) untuk mengadakan program tidak berkurangan. Dialah dalang yang merancang program ni. Hehe

Dengan kuasa abinya tu, dia melantik saya sebagai pengarah untuk menggerakkan setiap ahli. Dilantik jadi pengarah memangla seronok, sebab nama naik (huhu), tapi di kemudian hari saya pun terasa menyesal, “kenapala aku ngada2 sangat terima jawatan ni..” malas nak menyibukkan diri time cuti2 ni.. itu tanggapan pertama saya.

Namun bila difikir2kan semula, tidak mengapalah. Tak kisah pun nak handle program. Sebelum ni pun dah banyak program yang dilaksanakan. Harap2 tidak berlaku sebarang permasalahan yang akan mencacatkan program. Anggaplah keterlibatan dalam aktiviti bermasyarakat ni merupakan antara sumbangan dakwah yang dapat saya salurkan, walaupun diri ini sangat lemah lagi sebenarnya..

Kadang2 bila terlibat dengan program2 motivasi ni, kita terpaksa bersikap agak hipokrit. Yela, nak bagi nasihat kat budak, tapi kadang2 apa yang kita kata tu pun belum tentu kita dapat laksanakan sepenuhnya. Bila saya terfikir sebegitu, saya jadi tidak keruan. Teringat firman Allah swt :

ياأيها الذين ءامنوا لم تقولون ما لا تفعلون * كبر مقتا عند الله أن تقولوا ما لا تفعلون * 

Maksudnya ; wahai orang2 yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan. 

Kadang2 ada orang yang menyangkal konsep ini dengan mengatakan ‘unzur ila ma qala, wala tanzur ila man qala.’ Sekalipun saya menganggap ianya betul, tapi saya tidak berapa bersetuju kerana ianya ternyata menyalahi ayat al-quran ini. Jom kita cuba tengok apa yang tersirat disebalik kedua2 konsep ni.

1. wahai orang2 yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.

2. unzur ila ma qala, wala tanzur ila man qala (lihat apa yang diperkatakan, jangan lihat kepada siapa yang mengatakan)

andai dilihat sekali imbas, kita mendapati perbezaan yang agak jelas antara kedua2nya kan? Namun andai dipusing2 dari kiri ke kanan, atas ke bawah, kita akan mendapati ianya punya kaitan yang agak serasi sebenarnya. Dan mengikut pandangan saya, kedua2 konsep ini lahir daripada situasi yang berbeza.

Andai cuba dirujuk pada asbab nuzul ayat al-quran tersebut, ianya bermula apabila terdapat beberapa orang sahabat yang saling berdiskusi bersama mereka. Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan oleh Hakim, Ahmad dan Tarmizi, ketika itu sahabat sedang berbicara, “jikalau kami tahu suatu perbuatan yang paling dicintai oleh Allah swt, pasti kami akan melakukannya.” Maka turunlah ayat ini.

Manakala dalam konsep yang kedua saya tidak pasti dari mana datangnya. Mungkin daripada kata2 hikmah para alim ulama terdahulu kot. Barangkali.

Kedua2nya hampir sama. Ianya berkonsepkan penyucian jiwa. Orang yang berkata pasti akan berjaga2 dalam tutur katanya. Manakala orang yang mendengar pasti akan berjaga2 juga, mengambil apa2 perkara yang bermanfaat daripada si penyampai tanpa mengira darjat atau keturunan orang itu.

Namun jika difikir2 lagi, konsep kedua mempunyai kelemahannya. Agak cacat.

Cuba bayangkan andai seorang penagih dadah memberikan nasihat kepada anda, “ korang janganlah merokok, tak baek untuk kesihatan..” apa reaksi kamu?

Kalau saya dah lama saya komdem semula orang itu. Menasihati orang, padahal dia sendiri yang tidak mempraktikkannya. Kuncinya satu. PENGAMALAN. Lagi sekali saya ulang, PENGAMALAN!

Berkata2 memang senang. Menaip artikel memang senang. Memang best. Namun pengamalannya cukup payah. Tidak sama orang yang pandai berkata2 dan orang yang membuat kerja. Walaupun secara halusnya mempunyai perkaitan.

emm sebenarnya nak cerita pengalaman cuti selama 3 bulan di rumah. Lain pulak yang saya syarah. Huhu. Takpelah, anggaplah ianya perkongsian yang berguna dan bermanfaat.

Semoga kalian mendapat redha Allah…;)

Ulasan

  1. jazakallah untuk entry kali ini~~~byk dpt kutip ilmu di sini....

    BalasPadam

Catat Ulasan