Jiwaku yang POLOS...



Alhamdulillah, selamat sampai rumah pada pukul 1.30 pagi tadi. Perjalanan dari alor setar ke teluk intan sekadar mengambil masa selama lebih kurang 5 jam sahaja. Walaupun agak letih, namun semangat berkobar nak balik menyebabkan perasaan bergelojak. Tak tahu kenapa. Jarang2 perasaan ni bertandang.

Pada mulanya bercadang meneruskan lagi perjalanan ke beberapa destinasi. Ada sahabat yang mengajak hadir ke rumah, namun perancangan Allah mengatasi segala2nya. Akhirnya tidak berpeluang bertandang ke sana. Mungkin Allah mengaturkannya pada keizinan yang lain, barangkali.

Tak pernah2 pun menjejakkan kaki ke kedah. Tambah2 saya memang jenis jarang berjalan. Namun desakan kawan2 menyebabkan saya berada di sana lebih kurang 5 hari. Sambil melangsaikan tanggungjawab dan janji, kami mengambil kesempatan untuk melawat beberapa tempat2 menarik di sana.

Emm kadang2 saya sendiri tidak memahami. Entah mengapa perasaan terasa kosong. Polos. Sesuatu sedang bermain di pemikiran sebenarnya. Tidak dapat menikmati lawatan tersebut dengan sebenar. Sekadar senyuman yang menghiasi hari2 di sana. Sedang jiwa tidak serasi dengan lirikan tersebut.

Apakah aku sedang mencari sesuatu yang hilang dalam diri?

Ulasan