Aduhai Gadisku Yang CANTIK!




AMARAN : Terdapat unsur2 dewasa di dalam artikel ini. Ianya bukan bertujuan jelek melainkan untuk memudahkan pemahaman pembaca.

Satu petang, mak saya tiba2 bertanyakan satu soalan yang amat jarang ditanya oleh beliau sebelum ini, “Ki, apa perasaan lelaki bila tengok perempuan mendedahkan 
aurat?”

Saya yang ketika itu sedang meneguk air teh hampir tersedak . Segera saya meletakkan gelas di atas piring. Cepat2 saya ambil nafas semula, menenangkan diri. ‘Kenapa plak mak tanya soalan ni tibe2 ni’, gumam saya.


Saya menjawab secara ringkas, “Emm selalunya orang laki ni memang suke tengok pompuan yang pakai seksi2. Pastu kadang2 terasa nak kacau, terasa nak ngorat..gitu la lebih kurang.. kenapa tiba2 tanya camni ni mak?” saya bertanya kembali.

“Takdela, mak ada terbaca kat henset asit(adik saya), yang kawan dia ada ajak gi satu tempat, tapi dia tak nak pergi. Katanya sebab kat sana ada pompuan pakai skirt pendek2.. dia kata kalau tengok orang pompuan pakai seksi2 ni emosi jadi terganggu,” jawab mak saya.

Saya terdiam. Mak saya pun diam. Tiada lagi pertanyaan mahupun huraian lain. Saya tertunggu2 manalah tahu ada soalan susulan yang hendak diajukan kepada saya. Sambil2 menunggu saya mencapai semula gelas tadi. Tiada juga soalan, tetap diam. Lantas saya pun meneguk semula air teh yang masih berbaki di gelas. Sedikit tawar air teh tersebut.

Kenapa perempuan mendedahkan aurat?

Saya termenung sebentar. Berfikir2 tentang sesuatu. Kenapa perempuan suka mendedahkan aurat?

Minta maaf kepada kaum hawa di luar sana. Mungkin soalan ini agak sensitif apabila ditanyakan pada perempuan. Tambah2 mereka yang terkena dengan soalan tersebut.

Saya sendiri pernah bertanyakan pada orang2 tertentu tentang soalan ini. Antara jawapan yang diterima adalah seperti,

“Dah memang naluri orang pompuan suka berhias, nak buat macam mana lagi..”

Antara lain ;

“Dont judge a book by its cover. Luar je macam ni, dalam hati Allah je yang tahu..”

“Orang yang pakai jubah dan tudung labuh pun sama je jahat, kadang2 lebih teruk daripada kami ni, malah kami lebih bagus daripada dorang tu sebab kami tak hipokrit..”

Yang paling teruk ada yang menjawab ;

“Belum sampai seru nak tutup aurat lagi la beb..”

Emm saya tidak mahu mengulas jawapan2 tersebut. Cuma di sini saya ingin kongsikan beberapa realiti orang lelaki apabila terlihat kelibat perempuan seksi.

Apa reaksi lelaki apabila melihat perempuan seksi?

Ketahuilah, apabila orang lelaki bertembung dengan perempuan seksi, antara perkataan2 yang akan terpacul dari mulut mereka ialah ;

“Fushh, mantap beb,”

“Body montok beb, rugi tak tengok,”

“Ni kalau peluk pun sedap ni,”

Dan banyak lagi reaksi yang saya tidak sanggup untuk sebutkan di sini. Ni antara reaksi lelaki yang normal, kalau yang tak normal saya tak tahulah.

Tak percaya? Emm saya seorang lelaki, saya tahulah apa perasaan orang lelaki. Mungkin kalian selaku orang perempuan menganggap ianya hanya perkara remeh sahaja. Mungkin orang perempuan tidak pernah terfikir pun sejauh ini. Mereka hanya menganggap dengan berpakaian ketat dan mendedah2 tubuh ni hanyalah sekadar nak berfesyen atau mahu dipandang cantik oleh semua orang.

Saya sanggup bertaruh, panggil la ustaz atau ulama yang paling warak dan alim atas muka bumi ni, tanya kat dia apa yang dia rasa apabila melihat perempuan berpakaian seksi. Kalau ada yang berani bertaruh boleh hubungi saya secara langsung di FB atau di sini.

Maaf, bukan berniat untuk menzahirkan emosi. Mungkin ada sedikit tempias keemosian di perenggan atas ni. Huhu.

Keayuan anugerah Allah..

Percaya atau tidak, sebenarnya kaum hawa ni sudah tersedia cantik seperti yang sedia ada. Walau labuh macamana pun pakaian atau jilbab yang dikenakan oleh seseorang perempuan itu, dia tetap kelihatan menawan pada pandangan seorang lelaki. Walaupun hanya melihat susuk tubuh dari belakang tanpa melihat wajah sekalipun, mereke tetap kelihatan cantik. Sudah ketentuanNya menjadikan setiap daripada tubuh dan anggota wanita itu kelihatan cantik.

Kadang2 sesetengah perempuan beranggapan, “ala aku nak bagi nampak bentuk badan sikit je, bagi nampak menarik sikit, bukannya nak bogel pun..”

Ya memang kaum hawa ni sudah tersedia cantik seperti kejadiaannya. Percayalah apabila kalian memilih jalan untuk lebih menarik daripada apa yang telah tersedia ada, maka ia adalah SYAHWAT.

Apabila kalian memakai beberapa aksesori make-up pada wajah, dan sahabat anda memuji,

“Cantik la kau hari ni..”

Maka yang dipujinya itu bukanlah anda, tetapi make-up.

Seorang lelaki yang berniat jahat sangat2 sukakan gadis gedik dan manja. Kerana gadis2 ini bisa memuaskan nafsu mereka, nafsu seorang lelaki. Nafsu ini tidak pernah berkurangan dalam diri seorang lelaki.

Teringat kata2 seorang sahabat saya (perempuan), “Orang laki ni, makin tua makin menggatal..”

Kalau tak percaya, kalian boleh mencuba eksperimen ini.

Suruh la mana2 perempuan pergi pada seorang lelaki yang dah agak berumur, tapi janganlah tua sangat, then buat gedik2 dan manja pada dia. Mesti dia akan berasa seronok, suka dan teransang. Malah mahu dijadikan isteri kedua pula agaknya.

Tapi cuba kalau seorang lelaki muda datang pada seorang perempuan yang dah agak berumur, buat2 manja sikit. Kompem kena pelempang rusia sebijik. Kecuali la kalau buat kat mak datin. Memang kena lahap la jawabnya (jadi gigolo).

Nafsu lelaki dan perempuan..

Nafsu orang lelaki dan perempuan berbeza. Saya tidak tahu secara mendalam bagaimanakah jenis nafsu yang ada pada perempuan melainkan nafsu membeli belah, barang kemas, make-up, eksesori dan nafsu ingin dicintai. Jarang sekali mendengar kes2 orang perempuan merogol lelaki, atau orang perempuan meninggalkan boyfriend dia setelah puas melampiaskan nafsu bersama teman lelakinya. Kalau ada pun peratusan tersebut sangat kecil. Malah secara puratanya kes tersebut hanyalah berlaku dalam 2 tahun sekali (mengikut perangkaan sendiri..huhu).

Tapi nafsu orang lelaki ni lain. kalau baca berita, dalam 1 hari hampir empat berita yang menceritakan kes lelaki rogol perempuan, lelaki meninggalkan kekasih dan macam2 lagi. Kesemuanya berita yang menceritakan tentang nafsu orang lelaki, dan kebiasaannya yang menjadi mangsa ialah perempuan. Kes buang anak yang didiamkan lagilah banyaknya. Saya rasa kalian pun menyedari berita2 tersebut.

Demikianlah. Hinggakan timbul ungkapan, “PEREMPUAN ADALAH SIMBOL SEKS”.

Saya rasakan ada benarnya ungkapan tersebut. Sebab dengan melihat perempuan, akan timbulnya nafsu syahwat. Pusing la arah mana sekalipun, dari depan nampak buah dada, dari belakang nampak punggung yang menonggek, dari tepi lagilah nampak kedua2nya.

Kalau orang lelaki jangan harap. Tengokla dari arah manapun, takde orang perempuan yang teransang (err..kalau saya silap sila sanggah di ruangan komentar).

Maka ungkapan tersebut telah mendapat hujah dan buktinya yang konkrit. “PEREMPUAN ADALAH SIMBOL SEKS.”

Persoalannya sekarang, adakah anda setuju dengan pengiktirafan tersebut? Adakah anda setuju andai orang di sekeliling anda mengatakan, “woi simbol seks, jom seks dengan aku..”? adakah anda rela diperkosa oleh orang lelaki dengan sewenang2nya? Hari ini orang lain, esok orang lain. Lusa orang lain lagi.

Kalau anda rela dan bersetuju dengan ungkapan tersebut sila tekan butang [x] yang berada di penjuru kanan windows anda sekarang. Anda hanya membuang masa membaca artikel ini.

Jikalau anda tidak bersetuju dan bertegas untuk mempertahankan maruah anda, maka anda adalah orang yang beruntung. Andalah perempuan yang paling dinanti2kan oleh semua orang lelaki di dunia ini. Malah orang lelaki yang paling jahat di atas muka bumi pun menginginkan orang seperti anda. Tidak ada seorang pun lelaki di dunia yang ingin memperisterikan orang yang telah tercemar maruahnya.

Tidak ada orang yang memilih nangka yang telah busuk dan berulat untuk dimakan, semua orang menginginkan nangka yang paling cantik dan molek isinya, tidak pernah disentuh oleh ulat walau seekor pun.

Demikianlah halnya dengan orang perempuan. Ibaratkan dirimu bagai buah nangka. Walau cantik manapun luaran nangka tersebut, orang akan memilih berdasarkan isi dalam yang masih elok dan terpelihara dari sebarang serangga. Manakala yang busuk dan rosak akan dibuang begitu sahaja walau cantik mana pun luarannya.

Bebaskan dirimu dari belenggu nafsu lelaki..

Islam telah menunjukkan jalan keselamatan untuk mengatasi masalah ini. Pencipta kita teramat memahami lumrah dan kecenderungan setiap manusia. Dia tidak pernah menetapkan sesuatu yang menjadi bebanan kepada hambaNya. Setiap percaturan terdapat hikmah2 yang tertentu. Namun, hanya sedikit yang menyedarinya.

Adakah anda tergolong dalam golongan yang sedikit itu? Bersediakah untuk menjadi golongan yang sedikit ini?

Islam memberi kebebasan untuk manusia memilih fesyen berpakaian. Pakailah apa yang dirasakan selesa dan cantik. Hal ini hanya termasuk dalam cabang2 hukum (furu’) dan bukan usul.

Yang menjadi perkara asas (usul) ialah menutup aurat dengan sempurna. Pusinglah tudung arah manapun, yang penting ianya menutup keseluruhan rambut dan menutup dada. Pakailah baju yang berbunga warna-warni sekalipun, yang penting menutup keseluruhan tubuh (kecuali tapak tangan) dan tidak menampakkan susuk tubuh.

Apabila anda menutup kesemua simbol seks yang berada pada tubuh anda, maka orang lelaki tidak berani untuk mengganggu anda. Malah kalau ada yang nak mengorat pun pasti akan malu kesipu2an. Sebaliknya apabila anda mendedahkannya, orang lelaki sangat suka. Mereka akan berebut2 untuk mengganggu anda.

Percayalah hakikat ini. Saya seorang lelaki, saya tahu apa yang saya rasa, dan apa yang sering dibincangkan oleh orang lelaki di sekitar saya. Kecenderungan seks seorang lelaki sangat tinggi berbanding perempuan. Tu la sebab banyak bayi kena buang sebelum sempat ia memanggil ibu..(tetiba masuk lirik lagu Mestica – Wajah Suci pula..)

Dan satu perkara lagi, realiti yang harus kalian sedar, orang lelaki akan berlepas tangan setelah tercapai kepuasan nafsu mereka. Itulah sebab mengapa orang lelaki suka meninggalkan perempuan setelah merasakan puas dengan perempuan tersebut dan bertindak untuk mencari perempuan lain pula. Amat malanglah kalian kalau mudah terjerumus pada pujukan cinta seorang lelaki. Itulah hikmah mengapa Allah suruh kahwin antara lelaki dan perempuan. Sebab dengan adanya ikatan pernikahan, lelaki akan berasa lebih bertanggungjawab terhadap seseorang perempuan itu. Kalau tidak kerana ikatan tersebut, nescaya lelaki akan meninggalkan perempuan tersebut dan mencari perempuan lain pula untuk memuaskan nafsu mereka lagi.

Maka tulah pentingnya kenapa seorang perempuan perlu menjaga dirinya daripada segenap segi, lebih2 lagi akhlak dan sikap. Tutuplah aurat dengan sesempurna mungkin. Nak berhias pun, berhiaslah dengan berpada2. Janganlah melampaui batas.

Saya kasihan apabila membaca berita2 wanita malang yang sering diperlakukan oleh orang lelaki. Namun saya tahu, perkara ini takkan berhenti sampai hari kiamat. Lelaki akan tetap dengan nafsu mereka. perempuan akan tetap menjadi mangsa sampai bila2.

Kuncinya hanya satu, KAMU YANG MEMILIH JALAN MANA YANG MAHU KAMU TEMPUHI!!
    

13 Bisikan:

  1. --Mabrouk, dua tiga hri ni AQ baru nk tulih benda yg sama.. X pa ah Zaki da tulih. Bagus². Barakallahufik. (^.^)--

    BalasPadam
  2. AlhamduliLLAH, entri yang menarik. Penggunaan ayat-ayat yang ringan dan mudah difahami. Penulisan saudara ni lebih santai dan dapat menarik pembaca.

    Hmm..pada pendapat saya, apa yang saudara kongsikan ni tepat sekali. Amat malang bagi muslimat yang mendedahkan aurat. Memperlihatkan susuk tubuh yang merupakan harga diri mereka. Boleh tak kalau saya katakan, "perempuan yang mendedahkan aurat ni, xde harga diri?". Pada saya, amat tepat sekali..pada sape2 yang terasa dialah yang kena..hehe

    BalasPadam
  3. Salam ziarah.. nice entry kali ni.. mabrOuk haulid. Ana pulak malu bila bce entry nta ni.

    tibe2 t'ingt dgn pertanyaan seorg mad'u ana ni(lelaki).. dia tnye kenapa prmpuan suke buka aurat..hohO.. ana juz jawab "dia tak sygkn maruah die kot"..hehe Apepun..syukran atas peringatan ini. ^^,

    BalasPadam
  4. nice entry.
    insyaallah, cube untuk menjdi seperti ini :) ngeee

    BalasPadam
  5. cumit - takpe ko wat ar jgk..baru best wat sesama..huhu

    rosi - benar tanggapan saudari. tapi kalau nak berdakwah jangan panggil mereka dengan gelaran tersebut pula..bimbang mereka makin jauh pula..;)

    layyinul - tiada apa yang perlu dimalukan. ana pun beberapa kali jugak berfikir sebelum nak publish tu..tapi demi kebaikan bersama akhirnya publish jgk..(^^,)

    yuyu - saya doakan semoga ianya termakbul..;)

    BalasPadam
  6. menarik... saya harap saya akan berubah sedikit demi sedikit... dan berterusan...

    BalasPadam
  7. Salam..

    memang benar kalau nk berdakwah xbleh guna panggilan begitu. Tetapi kalaulah ada yang susah nak berubah, kaedah targhib seperti tu adalah yang sebetulnya digunakan. Uslub bahasa kan indah. "Xde harga diri" tu bukannya kasar sgt. Ada lagi uslub targhib yg kasar saudara Haulid. Maaf memperbetulkan hujjah saya.

    Apa pendapat saudara jika, seorang memainkan watak baik dengan uslub yang berhemah ketika berbicara dan seorang lagi pada waktu yang sama berperanan menggunakan uslub targhib. Sudah pasti ada keinsafan di situ. Siapa yang membaca akan berfikir wahai saudara..

    BalasPadam
  8. nadia - semoga Allah perkenankan hajat tersebut..;)

    rosi - yup, terserah untuk memilih hemah bagaimana yang dirasakan sesuai..sedangkan Allah pun memberi amaran kepada umat2 terdahulu dengan azab yang pedih, seperti kaum nabi lut yang diterbalikkan bumi ke atas mereka, dan lain2 lagi.. dan jgn lupa berdoa supaya orang yang diseru itu mudah untuk menerima dan lembut hatinya untuk menginsafi diri..;)

    BalasPadam
  9. SYABAS!

    saya kagum dengan awak.

    Seorang lelaki yang berani.

    Awak telah membuat saya malu kerana saya sendiri tak cukup berani publish entri tentang aurat yang saya tulis.

    kata-kata dipilih dengan teliti. teguran penuh hikmah.Kalau
    kalau awak katakan lelaki jahat manapun akan mahu perempuan yang baik. Maka, awak adalah lelaki yang diidam oleh semua wanita yang membenarkan entri ini. Sebab yang tak membenarkannya tak akan baca sehingga ayat terakhir untuk mendapati betapa bagusnya entri ini.

    BalasPadam
  10. terima kasih coz sudi baca.. eh rasanya belum layak lagi untuk mendapat pujian sbegitu.. semoga ianya dikembalikan kepada Allah kerana Dia lah empunya kepada segala kesempurnaan..;)

    BalasPadam
  11. Mohon share.. jazakallahukhairakathira adik =)

    BalasPadam
  12. "Sedikit tawar air teh tersebut."

    WTH? LOL.

    BalasPadam
  13. Tak pernah bosan baca entri ini. Kali kedua baca, rasa macam - aduh... lelaki fikir apa? isy... malunya.

    Walaupun saya telah mengenakan tutupan aurat yang saya usahakan sempurnanya - insyaAllah, saya jadi malu juga.

    Tapi entri ini bagus. Sebab ia terus terang.

    Dan saya perasan, encik dah lama tak menulis entri tazkirah seperti ini.

    Harap di masa depan akan diperbanyakkan.

    Terima kasih.

    BalasPadam

 

Like Our Page

TQ to all my followers =)

Recent Visitors