Fiq Feat Mirwana - Manifestasi Cinta

    

Industri muzik tanah air semakin lesu. Ramai artis yang berhati-hati dan berasa sangsi untuk mengeluarkan album terbaru masing2. Gelombang cetak rompak yang berleluasa di laman sesawang membimbangkan mereka. dengan hanya satu unit cd, beribu2 pengguna internet dapat memuat turun ke komputer masing2. Ketika pengguna internet berteriak keriangan kerana dapat album baru secara percuma, artis yang berada di luar sana merintih kerugian (mungkin ada yang menangis barangkali..huhu).

Kalau ada yang melancarkan album baru pun, mungkin ianya terdiri daripada artis2 yang lahir dari rancangan realiti televisyen seperti shahir akademi fantasia (dia sorang je yang saya kenal sebab saya jarang menonton rancangan2 sebegitu, tambahan pula dia merupakan bekas kumpulan nasyid saujana). Mungkin kerana mereka yang lahir daripada rancangan sebegitu seakan-akan keropok lekor goreng (bukan pisang goreng ye) kerana ketika masih panas orang ramai menyerbu, tapi bila dah sejuk dan keras orang bagi kat kucing atau anjing saja untuk makan. Itu perumpamaan saya sendiri sahaja, belum dikomersialkan kepada dewan bahasa dan pustaka lagi, tapi kalau nak pinjam pun boleh. Huhu.

Kadang2 saya sendiri pun merasa bosan apabila tiada lagu baru yang dapat didengari, tambah2 memang hobi saya mendengar muzik, cenderung kepada nasyid. Nak dengar radio rasa malas, lebih suka dengar lagu berformat mp3. So malam tadi saya pun menjelajah ke website2 radio yang hangat kat malaysia ni macam era, ikim, hot fm dan lain2 lagi untuk mengetahui carta lagu2 baru yang hangat di radio sekarang.

Maka menjelajahlah saya. Klik dan klik, akhirnya terbukalah website2 tersebut. mata saya pantas mencari2 carta lagu2 yang terkini. Dari lagu2 nasyid sehinggalah lagu2 pop dan jiwang. Rock pun ada jugak. Hehe.

dan yang membuatkan saya agak terkejut apabila terlihat satu lagu yang tidak pernah saya dengar sebelum ini, tambah2 daripada kumpulan yang saya minati. Punyala rasa teruja, saya terus taipkan tajuk lagu tersebut di 4shared dan hasilnya saya dapat mendownload lagu tersebut. seronok yang amat. Puas hati.

Saya turut mencarinya di youtube, rupanya sudah ada video klipnya. Saya cek tarikh video tersebut diupload, sekitar akhir bulan mei dan awal bulan jun. maksudnya agak baru jugaklah. Orang yang dah view pun masih belum ramai, sekitar 1000 lebih baru. Komen2 pun masih belum banyak jugak.

Walaupun secara peribadinya lagu tersebut tidak berapa best sangat, tapi apabila yang menyanyikannya adalah artis kegemaran kita, so secara otomatik lagu tersebut dirasakan seakan2 best. Hehe. Papepon, jom enjoy dengar lagu tersebut, klik je butang ‘play’ pada video di atas..(^^,)

Ulasan

Catat Ulasan