Aku Adalah Seorang Muslim Yang Berbangga Dengan Akidah Ini..

    
Aku yang bersarungkan akidah ini
aku yang memiliki sarat malu di hati
aku yang sentiasa tidak seperti peribadi yang lain
ini acuan diri aku yang telah ditakdirkan
aku adalah seperti ini

manusia lain dengan perihal sendiri
aku tidak hairan melihat mereka berbeza
dari karakter cintaku
mereka melalui lorong akidah yang sama
malah mengaku diri lebih memahami akidah tersebut

akidah ini tidak sama walau
aku dihadapan kau
dan kau dihadapanku
walau kakimu bertatih laju melebihi rangkakku
ianya hanya langkah, bukan tusukan dari relung atma
kau tiada beza dengan jarak itu
pemikiranmu dengan jarak itu akan menghujahmu kembali
di pertemuan yang kau lupai

maka aku tegaskan dengan degupan nadi ini
mencakupi deria keenam
aku adalah seorang muslim
yang berbangga dengan akidah ini..

Ulasan

  1. saya malu setiap kali baca blog awak sebelum solat. Huuu~

    peringatan yang sangat baik dan berkesan mungkin.

    BalasPadam
  2. saye pon malu gak. tp da solat, so tk malu dah. hehe..

    BalasPadam
  3. burung hantu - sama2 la kita saling ingt mengingati...;)

    islmic author - apa yang kau solatkan??huhu

    BalasPadam
  4. salam haulid alhararr...

    bangga punya teman spt kamu.. =)
    sungguh aku juga bangga punya mujahid yang berbangga dengan akidahnya seperti kamu..

    ibtisam... =)

    BalasPadam
  5. salam haulid alhararr...

    bangga punya teman spt kamu.. =)
    sungguh aku juga bangga punya mujahid yang berbangga dengan akidahnya seperti kamu..

    ibtisam... =)

    BalasPadam
  6. syukran alhamraa'.. ;)

    biarlah Allah sahaja yang mengetahui apakah sumbangan kita terhadap akidah ini.. biarlah orang lain memalitkan prasangka mereka terhadap diri ini..
    yang pasti, akidah ini adalah yang mensejahterakan kita..

    smile :)

    BalasPadam

Catat Ulasan