RELAKAH Aku?

    
Tiba-tiba aku merasa begitu tersentuh 
mendengar sebuah lagu yang pada suatu ketika dahulu
pernah aku meminatinya..

Bertajuk "Aku Rela"
Dikarang oleh DR. MAZA
Dinyanyikan oleh Algebra

Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa

Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…

Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah. .
Kerana bimbang suapan harian

Dengan menjual nama Tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia
Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga..



Ulasan

  1. salam haulid.... =)

    relakah?? hakikat hidup manusia. x kira lah yg jahil ataupun tidak, demi cinta sanggup ku korbankan sglanya.. betapa para sahabat sanggup melakukan apa shja walaupun terpaksa menggadai nyawa, demi melindungi Nabi saw yg sentiasa membawa kebenaran ttg Allah yang Maha Esa, demi Islam yg tercinta. lalu apa yg di katakan Nabi saat mereka meminta baginda mendoakan agar mereka di selamatkan, : "bersabarlah, umat terdahulu lebih sengsara penderitaan mereka berbanding kamu. dan syurga itu adalah bagi mereka yg sabar " ... perjuangan itu memang pahit, namun balasannya pasti indah. katakanlah kebenaran itu, walaupun kita terpaksa menanggung kepahitannya..

    salam mujahadah penuh maghfirah. ayuh, teruskan bermusafir menuju cinta Ilahi =)

    BalasPadam
  2. Waalaikum salam Alhamraa'..

    Ucapan dan luahan cinta kepada Allah menuntut kepada pengorbanan, kesusahan, kesabaran dan kesengsaraan.. perasaan itu bukan bertandang bagai bunga2 di hati tatkala menerima jambangan mawar dari seorang kekasih.. tetapi ianya hadir bagai cengkaman kuku2 besi, mencakar kulit dan belulang.. ketika itu perasaan rindu kamu terhadap syahid sangat2 menebal.. di akhir nafas, barulah kau menemukan jambangan2 cinta tersebut..

    kecintaan itu tersangat mahal ukhti.. darah yang mengalir itu adalah ukuran kepada cinta yang abstrak..

    BalasPadam

Catat Ulasan