Takdir Yang MENDUGA...

   
Masih berbaki beberapa hari lagi untuk menapak dan berehat di rumah. Walaupun suasana di fb kelihatan agak membara dengan reaksi sahabat2 (semangat nak masuk UM lah katakan..), namun ianya tidak sedikitpun mengganjakkan punggungku untuk terus mengadap laptop di rumah, memanfaatkan sisa2 akhir ini sebaik mungkin. Mungkin selepas ini sudah tidak berpeluang untuk berehat lagi apabila melangkahkan kaki ke sana (bajet sibuk je..). pun begitu, tidak dinafikan debaran jantung terasa agak memberat, mungkin kerana menahan gelojak hati.. bermacam2 perkara berlegar di pemikiran. Apakah sebenarnya yang akan berlaku pada diriku ini dalam tempoh 4 tahun di sana nanti.. ku serahkan segalanya pada takdir...

Takdir.. 
yang dicita 
terkadang memusnah 
segala impian.. 
Lantas 
Hiba membuai 
Memanja 
Meralit emosi.. 

sering meragukan hati.. 

Penasaran sugul 
Sehingga tidak mampu 
Lagi.. 
Mengendahkan kerenah 
Kamu.. 

Maafkan aku.. 
Kerna 
Memungkirinya..

0 Bisikan:

Catat Ulasan

 

Like Our Page

TQ to all my followers =)

Recent Visitors