Futur..

  
Kadangku 
merasa bimbang
Berada di dunia 
yang lapang ini

Sampai kapan 
aku berjuang
Di jalan 
dakwah panjang..

Takutku akan semua
Semua yang takkan 
berlanjut lagi

Hanya karna memikirkan
Nafsu dunia 
yang fana

Rasa futurku 
menghalangiku
Menempuh semua perjalanan 
imanku..

Aku pun ingat 
semua teman-temanku
Yang masih coba 
membimbingku..

Ulasan

  1. salam... moga sentiasa istiqomah. berbahagialah kerna masih yg mahu membimbingmu.. mohonlah agar Allah sentiasa memegang hatimu akhi.. tenaga mu sentiasa di perlukan dalam membina dan membentuk semula ummah.. salam mujahadah penuh mehnah.. senyumlah pada setiap mehnah yg menimpamu...

    BalasPadam
  2. semoga dikurniakan kudrat untuk mengukir senyuman itu lagi..

    rindu pada senyuman sahabat seperjuangan...

    BalasPadam
  3. Usah bersedih,
    Saat mentari menyinari hidupmu,
    Ada awan memayungi wajahmu,
    Saat wajahmu terbakar dek panasnya matahari,
    Kala itu awan melindungi wajahmu,
    Begitulah roda hidup ini,
    Saat duka datang mengintai,
    Ada bahagia yang menanti,
    Usah berkeluh kesah dengan mehnahNya,
    Usahlah menangis krn memikirkan mehnahNya,
    Menangislah krn gembira dipilih olehNya,
    Menjadi hamba yg sering diingatiNya,
    Hamparan hidup penuh likunya,
    Hanya hamba yg tabah & cekal mampu meredahnya,
    Ianya mahar untuk syurgaNya,
    Istiqomahlah dalam perjuangan ini,
    Saat kau sunyi,
    Temanmu ada untuk kau bicara,
    Janganlah berputus asa,
    Kerna kau mujahidah muda!

    BalasPadam
  4. syukran.. indahnya ungkapan tersebut.. entahkan layak diri ini menerima teduhan tersebut.. dalam keadaan hamba sering melakukan dosa, Yang Maha Pemurah tidak pernah memutuskan secubit pun kenikmatan2-NYA.. pemurahnya Dia tidak pernah berkira2 memberikan kenikmatan di setiap sahur dan maghribku.. sedangkan di sepanjang itulah ku alpa meniti degupan ini..

    Ya Allah, siapalah aku mahu membicarakan iradat-Mu.. rangkul jiwaku Tuhan.. hanya kau saat ini yang benar2 mententeramkan atmaku...

    BalasPadam

Catat Ulasan