Hikmah Yang JARANG Kita Fikirkan Tentang RAMADHAN...

   
*Kesian adik kecil ini. Letih bertarawih sampaikan tertidur ^.^


Sepanjang ramadhan yang mulia ini saya ditugaskan untuk menjadi imam di masjid selayang. Sudah lama kiranya saya tidak menyahut jemputan tersebut selepas kali pertamanya ketika tingkatan 3 dahulu. Bermaksud tahun ini merupakan kali kedua saya menerima jemputan menjadi imam tarawih sebulan di masjid. Sebelum ini sekadar menjadi imam part time sahaja, mungkin kerana sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengulang kot (padahal alasan sahaja).

Dan ditakdirkan Allah, apabila saya menjejakkan kaki ke masjid tersebut, sangat-sangat tidak disangka kerana masjid tersebut terletak berdekatan dengan masjid yang saya pernah jadi imam pada suatu ketika dahulu, iaitu ketika tingkatan 3. Cumanya masih belum berkesempatan untuk bertandang ke sana lagi. Dan insya Allah jika mempunyai kelapangan waktu memang berniat dan berhajat untuk menjejakkan kaki ke sana buat kesekian kali setelah hampir 5 tahun tidak bertandang ke sana. Rindunya pada ahli qariah masjid tersebut. terimbau kenangan-kenangan lama ketika berkhidmat di sana. Entahkan masih ada lagi ataupun tidak AJK-AJK masjid yang dahulu. Takut-takut sudah dirombak pula.

Ok cukup sekadar itu imbasan masa lampau. Sebenarnya ada perkara yang ingin dikongsi dalam entri kali ini. Satu pengisian yang diambil sempena tazkirah yang diadakan di masjid selayang, yang saya rasakan sangat-sangat menarik untuk dikongsikan.

Bulan ramadhan : syaitan dibelenggu, betul ke?

Dalam beberapa riwayat hadis yang kuat dan masyhur, terdapat hadis yang memperkatakan hal tersebut secara jelas. Secara keimanan yang hakiki kita wajib mempercayainya dengan sepenuh keimanan bahawa Allah swt telah membelenggu syaitan-syaitan sepanjang bermulanya ramadhan sehinggalah saat-saat akhir berpuasa dengan tujuan mereka tidak akan dapat mengganggu anak adam dalam proses pentarbiyahan sepanjang bulan ini.

Namun begitu kadang-kadang terdapat beberapa pandangan nakal yang seringkali menghinggap di pemikiran manusia. Malah saya sendiri pernah merasakannya ketika tahap keimanan sedikit goyang. Almaklumlah, iman manusia biasa akan berkurang dan bertambah dari semasa ke semasa =p

Dan persoalan tersebut menjadi satu polemik yang popular terutamanya dalam kalangan generasi muda ; “betul ke syaitan dibelenggu sepanjang ramadhan ni? Aku rasa macam sama je. Kalau nak buat jahat rasa senang je macam bulan-bulan lain..”

Baiklah, maka di sini ada beberapa jawapan yang boleh kita sama-sama renungkan.

Pertama ; apakah yang dimaksudkan dengan perkataan membelenggu secara hakiki? Adakah ianya berbentuk objektif atau subjektif? Adakah pentakrifannya jelas ataupun sekadar kiasan yang dibawakan oleh Allah dalam kalimat Rasul-Nya?

Golongan-golongan yang berpegang kepada manhaj salafussoleh akan mengelak daripada membicarakan pentafsiran ayat ini kerana mereka berpegang bahawa ianya merupakan satu kenyataan yang harus diimani dan tidak wajar untuk diperbahaskan. Dan bagi pendapat saya sendiri ianya merupakan jawapan yang paling selamat dalam erti kata memelihara akidah daripada berlaku kekeliruan.

Bagi golongan-golongan yang terkehadapan sedikit (khalaf), mungkin akan cuba mentafsirkan zahir hadis tersebut berdasarkan fitrah semulajadi akal mereka yang ditunjangkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Dan antara pandangan yang mereka lajurkan ialah : ”yang dimaksudkan dengan syaitan dibelenggu ialah Allah telah menutup segala pintu kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya pintu kerahmatan. Bermaksud peluang untuk melakukan maksiat dan dosa telah disempitkan dengan kesibukan melakukan ibadah-ibadah sepanjang ramadhan seperti solat tarawih, tadarus, bersedekah, zakat, memberi makan kepada fakir miskin, dan banyak lagi. Dengan keletihan melakukan amal kebaikan ini, mereka akan terhindar daripada melakukan kejahatan dan kemaksiatan sepanjang ramadhan..”

Bagi golongan moden yang tidak mempunyai asas-asas agama yang kuat, dan tidak memahami metod perbahasan hukum secara ilmiah, jawapannya pula lebih santai dan mendalam : “kalau kau rasa takde beza antara ramadhan dengan bulan-bulan lain, maknanya nafsu engkau tu pun dah tahap syaitan dah!

Maafkan saya, itu bukanlah jawapan yang saya amalkan =p

Qiamullail dan bersahur

Seterusnya mari kita cuba perhatikan perkaitan antara ibadah qiamullail dan sahur.

Secara tidak sedar, sebenarnya kedua-dua ibadah ini mempunyai perkaitan yang amat tinggi, terutamanya apabila kita melangkah ke bulan ramadhan. Terdapat beberapa hikmah yang dapat kita renungkan bersama.

Qiamullail merupakan ibadah khusus yang disediakan oleh Allah kepada abid yang benar-benar merindukan belaian cinta Allah swt. Ibadah ini dianggap sebagai ibadah VIP kerana tidak semua orang mempunyai kudrat untuk melakukannya. Hanya insan terpilih yang ingin menempah syurga sahaja yang akan mendapat layanan eksklusif dari Allah ini. Ianya sunat dilakukan pada akhir malam di setiap bulan dan tahun.

Berbeza dengan ibadah sahur. Ibadah ini lazimnya didapati pada bulan ramadhan sahaja. Atau ketika seseorang sedang berpuasa pada hari-hari sunat seperti isnin dan khamis. Cara perlaksaan ibadah ini juga berbeza dengan qiamullail. Kalau qiamullail merupakan solat tahajud dan zikir, sahur pula hanya memadai dengan makan atau minum sebelum subuh, maka anda telah mendapat pahala sunat tersebut.

Mari kita cuba renungkan. Mengapa ramai orang yang mampu bangun untuk sahur, tapi begitu payah untuk bangun solat di waktu malam?

Sesungguhnya benarlah Allah swt mengetahui fitrah manusia. Dia sangat-sangat memahami percaturan yang telah ditetapkan pada hamba-hambaNya. Manusia ni kalau bab makan memang nombor 1!

 Maka itulah mengapa Rasulullah bersungguh-sungguh menganjurkan manusia untuk bangun sahur di waktu pagi. Banyak sekali hadis baginda yang menunjukkan kepentingan bersahur. Bangunlah untuk bersahur walau dengan hanya seteguk air. Semua ini dicaturkan kerana Allah telah mengetahui, manusia mampu dipujuk untuk bangun di waktu akhir malam dengan makanan!

Dan hari ini kita dapat lihat kebenarannya bukan? Ramai yang mampu untuk bangun di akhir malam untuk bersahur. Namun untuk melakukan tahajud sangat-sangat sedikit. Malah mereka yang bangun sahur itu kadang-kadang tidur semula sementara menunggu azan subuh berkumandang.

Dapatkah kita renungkan bahawasanya selama sebulan kita berada di dalam madrasah tarbiyyah ini, Allah swt ingin melatih hamba-hambaNya bangun di tengah malam dan mencungkil kemampuan tersebut kepada setiap hamba-hambaNya yang ikhlas menginginkan kecintaanNya? Selama sebulan kita dilatih secara langsung oleh Allah, adakah ianya masih belum mengubah kebiasaan yang telah lama kita amalkan selama ini? Saya rasa kalian pun tahu bahawa secara psikologinya, sesuatu amalan yang dilakukan secara berterusan selama 40 hari berturut-turut akan mampu mengubah tabiat seseorang manusia. Maka mengapakah kita sering mengabaikan psikologi dari Allah swt yang ternyata lebih memahami naluri hamba-hambaNya daripada manusia biasa? Lebih mengimani manusia daripada Tuhankah?

Maka seharusnya kita merasakan satu keberuntungan yang sangat tinggi kerana Allah swt telah menyediakan platform khas untuk kita melatih diri menjadi seorang hamba Allah yang benar-benar bertaqwa dan ikhlas dalam melakukan setiap amalan dan ibadah kepadaNya. Namun berapa ramaikah yang sedia menyahutnya? Adakah kita berada dalam golongan tersebut?

kuncinya
NAK atau TIDAK. Kita yang menentukannya! ;p

2 Bisikan:

  1. Tahniah..!Semoga menjalankan tugas Imam dengan baik;)..

    Manusia ganti tempat setan,sebab tu ramai yang masih buat kerja setan,macamana tak macm setan,suka2 buang anak,tak puasa,mencuri dan lain-lain..

    sama-sama insaf..!

    BalasPadam
  2. ingat..!!!terawih jagn lupe gak... hehehehe...

    BalasPadam

 

Like Our Page

TQ to all my followers =)

Recent Visitors