Saat Itu Kian MERANGKAK...

   
Alhamdulillah..
Membugar cinta Ilahi pada diriku pagi ini
kerana masih dilimpahi nikmat yang tidak terjangkakan oleh kehinaanku
hamba yang sentiasa di bawah telapak kudrat-NYA..

Inilah udara akhir Syaabanku tahun ini
kerana haruman yang kian menjengah lebih menjerut hati
kian merangkak nan kebesarannya yang ampuh
aduhai kelemasan nafsu yang memberat..

hati yang sebelum ini andar
jiwa yang sekian lamanya surut
tersisih dari kerinduan kepada Pemilik sanubari cinta
bersedialah!
ini tarbiyah lembut dari Allah
langsung dari-NYA
tanpa perantara..

suburkanlah keikhlasan dlm bibit qiam
siramkan Al-Quran dengan lunak burdahmu
haluskan intonasi bicara sepanjang tuturmu
ringankan kekikiran yang terendap di benak hitam hatimu

maka
inilah kemunculan yang menantikan pengorbanan 
menguji kesanggupan pemikiran untuk mengalirkan darah tentera badar
inilah bulan asmaraloka
kecintaan yang tiada tandingannya...

3 Bisikan:

  1. puisi yg mnyentuh qalbu :)

    BalasPadam
  2. ..... dah masuk ramadhan .... =
    ) jgn ponteng!!! ... moga beroleh kerahmatan, keberkatan dan keampunan di sisi Maha Pencipta .... =)

    BalasPadam

 

Like Our Page

TQ to all my followers =)

Recent Visitors