RAMADHAN Yang MEMBENCIKU...

 
Ramadhan berbaki beberapa hari lagi. Lambaian lebaran makin menghampiri. Berbagai-bagai reaksi mula terzahir. Tidak sabar menunggu munculnya hari raya aidilfitri, atau merasa kesayuan di atas ramadhan yang kian melabuh tirai. Kedua-duanya sedang bermain di benak setiap insan.

Malam ini malam yang ke-24 dalam ramadhan. Telah 4 hari berada dalam fasa lailatul qadar. Pembelajaran dan aktiviti di kampus telah diberhentikan seketika untuk bercuti, sebagai persiapan menghadapi hari raya yang mulia barangkali.. Aduhai gembiranya..

Meraikan hari raya aidilfitri memang menyeronokkan. Debaran yang ditanggung di dada tidak mampu bertahan lama. Ianya akan terluah sekalipun sebenarnya tempoh untuk menghadapi hari tersebut masih jauh. Kegembiraan tersebut akan berlarutan selama sebulan, bahkan lebih. Betapa besarnya nilai kesyukuran yang ditunjukkan oleh umat zaman sekarang apabila menjelangnya hari raya.

Sungguh, hari itu akan tiba
Dan hari yang lama akan beredar 
menghilang beransur-ansur. 
beredar tanpa punya pengiring. 
Meninggalkan sekalian umat islam yang merindukan 
lebaran yang mulia.

Kadang aku benci dengan tarikh itu. 
Aku benci dengan syawal. 
Memutuskan aku dari lena ini. 
Sehingga hari yang berlanjutan, 
demikian ianya merangkak dan melarikan diri.

Aku dan ramadhanku yang pudar…

bencikah kau padaku wahai Ramadhan? 
tidak cukupkah belaianku padamu? 

sehingga kau menghindar dari menatap wajahku..

sesungguhnya lena ini adalah kenikmatan
rasa ini adalah rajutan kalbu
dahagaku di setiap saat yang berdetik..
itu adalah kerinduanku..

dan tidak lama lagi
ianya akan direnggut oleh kehadiran 
SYAWAL..

gema takbir itu mensyahdukan jiwaku...

Ulasan

  1. memburu lail qodr di hari2 terakhir ramadhan. sunnatullah.. udah menjadi percaturan dalam hidup manusia, setiap yang hidup pasti akan mati.. setiap yang datang pasti akan pergi.. begitulah ramadhan, datangnya penuh di raikan, perginya di tangisi.. mohon agar ini bukan ramadhan terakhir.. mohon maaf andai banyak khilaf ya akhi.. syukran ataz sgla tunjuk ajar... salam ramadhan.. salam syawal.. salam lebaran.. =)

    BalasPadam
  2. syukran.. :)

    pemergian yang ditangisi.. semoga setiap titisan syahdu itu menjadi saksi kerinduan kepada Lailatul Qadar di akhirat kelak, insya Allah :)

    salam lebaran juga, maaf andai punya silap selama perkenalan.. mungkin tanpa disedari diri ini pernah melukai kamu.. salam aidilfitri :)

    BalasPadam

Catat Ulasan