Selamat Hari Raya (^^,)

   
   
Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar… Wa Lillahil Hamd!

Alhamdulillah akhirnya lebaran yang dinanti telah tiba. Setelah bertungkus lumus menyelesaikan amanah daripada Allah swt selama sebulan di bulan Ramadhan, akhirnya dengan rahmat dan kasih sayangNya, Dia menghadiahkan hari yang istimewa pula pada kita iaitu Hari Raya Aidilfitri. Betapa pemurahnya Allah terhadap hamba-hambaNya sedangkan hamba-hambaNya sentiasa lalai dalam mengingatiNya.

Bagaimana dengan sambutan raya anda? Meriah dengan sanak saudara? Atau bingit dengan dentuman meriam dan mercun? :) Sesungguhnya meraikan hari kemenangan ini sememangnya penuh dengan hilai tawa mesra dan kegembiraan yang sukar di gambarkan dengan perkataan. Sanak saudara yang jauh mula bertandang, sahabat handai yang dirindui turut sama menziarahi. Di situlah kemanisan ukhuwwah terasa dan bertambah erat. Ikatan persaudaraan akan bertambah kejap dan mensyahdukan.

Maka dikesempatan ini, bersempena dengan lebaran yang mulia, Al-Hararr mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam, terutamanya kepada sahabat-sahabat yang mengenali dan sentiasa membimbing Al-Hararr dalam perjalanan seni yang penuh dengan onak dan duri ini. Sesungguhnya tanpa ukhuwwah yang terbina seperti sekarang, belum tentu dan amat payah sebenarnya untuk Al-Hararr bergerak menerobos segala onak duri (eh, termasuk lagu gelombang keadilan shoutul harakah..). Sejuta kemaafan dipohon andai perlakuan kami tidak kena pada pandangan sahabat. Halalkan makan minum jika ada termakan atau tertelan tanpa sedar. Dan yang paling penting doakan kami agar sentiasa istiqamah dan thabat dalam perjuangan membawa agenda dakwah ke lapangan umat. Sesungguhnya bebanan ini merupakan bebanan yang paling berat dan memerlukan jiwa seorang daie yang teguh dan kental. Semoga penglibatan Al-Hararr dalam industri nasyid ini tidak tersimpang dari landasan asal iaitu menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Sesungguhnya Dia lah yang paling berkuasa atas segala sesuatu.

Akhir kalam, selamat menyambut hari lebaran dengan penuh ketaqwaan. Nantikan kemunculan Al-Hararr dalam single terbaru “Sujud Terakhir”. SELAMAT BERHARI RAYA :)

http://alhararr.webs.com/apps/blog/show/4751639-selamat-hari-raya-

Ulasan