Minggu-minggu TERAKHIR Study...


Sudah berada di minggu-minggu akhir pembelajaran. Tak lama lagi cuti study week dan raya haji selama 3 minggu. Dalam sejarah cuti study week begini punya panjang. Huhu

Seperti kebiasaan, minggu-minggu terakhir ini sering memperlihatkan keganjilan yang berlaku pada sikap individu. Kadang-kadang orang yang ceria akan menjadi muram, orang yang muram akan menjadi ceria, yang panjang akan jadi pendek, yang bulat akan menjadi segi tiga, dan begitulah sebaliknya. Perubahan sikap yang berlaku kepada mahasiswa begitu ketara. Fenomena ini masih dianggap misteri sehingga kini. Seakan mereka telah terpengaruh di bawah pancaran sisa radioaktif yang tidak diketahui dari mana punca dan sumbernya.

Mungkin mahasiswa masih belum menyedari hakikat ini secara serius sedangkan perkara ini telah diperbincangkan secara serius oleh kementerian amarika syarikat dan telah diperpanjangkan ke pihak PBB. Mereka melihat hal ini ada perkaitannya dengan beberapa isu yang sering dimainkan oleh media seperti isu pembuangan cicak secara radikal, isu kemelut harga minyak yang menandingi harga karipap, dan isu bumbung rumah pengetua yang dikopak oleh makcik cleaner tanpa KKD yang sah daripada HEP.

Kesemua isu ini seakan-akan menjadi satu polemik dalam warga kampus, dan akan menjadi satu kecenderungan yang serius kepada pembetukan daulah. Hal ini berikutan dengan kesan yang akan melanda Negara dalam jangka masa panjang. Sehinggakan jurucakap Adam Lambert, saudara Nasrul Alam sendiri mendakwa bahawa beliau akan membeli mentol-mentol yang banyak untuk membantunya tidur dengan selesa, berbeza dengan masakan yang dibungkus dari kedai zaid selesa.

“Kita melihap dengam adanya lampu mentol yan banyak akan memudahkan proses pembentukan karakter seorang naqit (naqib). Jangan hanya menilai seseoran berdasarkan luaram, tetapi jadilah seorang yang responsif seperti pepatah Uganda ada menyebut ‘menyidai pakaian janganlah disangkut di tingkat’. Saya percaya masyarakat kampus sekarang sudah terbuka mindanya tidak seperti zaman-zaman muda dahulu,” ujar beliau.

Beliau menambah secara serius bahawa kemelut rosmah yang semakin berkecamuk harus ditangani dengan segera. “Pihak polis seharusnya menunjukkan contoh yang baik seperti membasuh tangan ketika makan, minum dengan teratur dan sentiasa bersedia apabila menerima sebarang arahan. Kita melihat dengan adanya komitmen daripada pihak berkuasa, kestabilan Negara akan dapat dipertahankan seterusnya menjadikan konsep 1 malaysia sebagai zikir di bibir-bibir orang melayu.”

Namun demikian beberapa aktivis yang kelihatan tidak berpuas hati dengan beliau cuba untuk meludah ke langit, namun terkena pada batang hidung sendiri. Mereka menyatakan kekesalannya pada kenyataan media.

“Kami akan terus menerus berusaha untuk support Veejay ’10 pada masa akan datang.” -Berhala

Ulasan