Biar Sekelumit KEIKHLASAN Yang Menilai....


...pandu hati ini dengan inayah dan belasMu Ya Tuhan...
    
seringkali manusia itu melihat apa yang terzahir pada pandangan mereka...
apa yang jelas di hadapan mata, itulah dia...
apa yang buruk di pandangan mata, maka buruklah dia...
apa yang baik di pandangan mata, mulalah berhasad sesama mereka...

mampu menilai kebaikan seseorang dengan melihat luaran sahaja..
hebat sungguh..
macamlah mereka mempunyai hati yang bersih sangat..
terlalu hampir dengan Allah barangkali...

hmmm~

mari bersimpati pada diri
kerana manusia sedang memandang kita dengan pandangan hina
kerana mereka melihat luaran
yang huduh ini...

ya manusia itu huduh dan buruk pada pandangan manusia
namun..
Allah jua yang memandang manusia dengan segala kecantikan..

sedikit amal yang dilakukan dengan niat yang ikhlas keranaNya
akan beroleh segunung cintaNya..
namun segunung amalan yang kau lakukan kerana manusia
takkan pernah terkesan dalam hati manusia sedikit pun..

manusia itu hatinya busuk...
bagaikan sampah..
mereka takkan pernah merasai keikhlasan kamu pun..
tak pandai menghargai usaha orang..
bukan macam Allah, yang sentiasa melebarkan rahmatNya
walau kepada sehina-hina makhluk sekalipun
tetap beroleh nikmat dan kurniaNya...
menghargai walau sekelumit keikhlasan pun..

Allah mencipta kita dengan begini punya cantik..
tapi kita hina ia dengan perangai buruk kita...
jum beristighfar...

أستغفر الله العظيم

ulang lagi...

أستغفر الله العظيم

ulang banyak kali..

أستغفر الله العظيم
أستغفر الله العظيم
أستغفر الله العظيم

bagi terkesan kat hati tu..

أستغفر الله العظيم
أستغفر الله العظيم
أستغفر الله العظيم

dan terus mengulangnya..
dengan keikhlasan di hatimu...

Ulasan

  1. astaghfirullah...

    sungguh meruntun jiwa... biarlah hina di mata manusia, tapi tidak pandangan Allah...

    BalasPadam

Catat Ulasan