Dalam Hela Nafas Ini...

   
Tuhan..
malam ini lenaku dalam rengkungan nafas yang sempit
dalam kesesakan dada yang memberat
dalam keresahan jiwa yang membungkam..

Tuhan
aku gembira dalam kedukaan
tersenyum aku dalam titis air mata ini
aku bersyukur dalam setiap percaturan
yang Kau lampirkan sepanjang lembar kitabku..

Kagumnya aku
bagaimana Kau bisa menciptakan perasaan seperti ini
segugus kesyukuran dalam segarit kedukaan
kadang aku gundah memikirkan nasib sendiri
rupanya Kau sedang menciptakan kebahagiaan..

Tuhan
biarlah aku mengadu sampai nafas ini habis
aku tahu Kau sahaja yang menjadi puncak harapanku
dan Kau Tuhan yang tidak menzalimi hambaNya
kerana aku telah menyaksikannya sendiri dalam takdir hidupku
bersyukurnya aku oh Tuhan..

dan aku tahu, bahagia ini tidak akan kekal..
Kau akan mengujinya lagi.. kan Tuhan?
   

Ulasan