Generasi Nasyid Malaysia Yang Menjengkelkan...

   
...sedang berjalan2 ke sekitar blog2 di internet dan terjumpa satu artikel yang best ni... 
memang masyuk... jom kita baca :)

1- Generasi baru nasyid malaysia sangat membosankan. Ya, satu fakta yang tidak boleh disangkal. Kecuali beberapa kerat sahaja yang tampak ada usaha untuk menjadikan nasyid sebagai medan seni islami yang prolifik dan berstatus tinggi. Hari ini saya mencuri sedikit masa yang terluang untuk menyusur klip klip lagu lagu nasyid dari keluaran kumpulan-kumpulan nasyid generasi baru yang berlambak-lambak dewasa ini dan keputusannya menyedih kan.

2- Pertama sekali, saya ingin bertanya, apa yang menariknya tentang mengubah ejaan perkataan melayu untuk kelihatan seperti keinggerisan, sehinggakan hampir kesemua kumpulan nasyid generasi baru pada hari ini menggunakan formula tersebut? Kadang-kadang ejaannya tidak masuk akal apatah lagi sebutannya ejaan ejaan tersebut kadang-kadang tidak seperti yang ingin disebut pada asalnya.

3- Telah menjadi satu trend juga untuk menggabungkan dua perkataan inggeris menjadi satu perkataan melayu. Apa yang gagal untuk difikirkan adalah maksud perkataan-perkataan yang digabung ini kadang-kadang salah dari segi nahu inggeris apatah lagi maksudnya. Kadang-kadang maksud nama kumpulan-kumpulan ini menjadi tidak masuk akal. Ini lah masalahnya bila penguasaan inggeris tidak seberapa tetapi tidak pula mahu merujuk kepada mereka yang lebih arif dalam bahasa tersebut. Memalukan.

4- Perkataan seperti One dan Heart adalah di antara perkataan yang sangat popular untuk dikepilkan bersama dengan perkataan lain untuk dijadikan nama kumpulan nasyid. All One, Saff One, Nur One, Feel One, Riz One, Mee One Tan, One Utama dan sebagainya. Letih dan kadang kala melucukan melihat bagaimana kumpulan-kumpulan baru hari ini boleh mendapat ilham untuk keluar dengan nama-nama yang sungguh tidak original ini.

5- Adakah ini yang dinamakan sebagai mengantarabangsakan nama dan menjenamakan kumpulan supaya lebih tampak antarabangsa? Atau agar nama kumpulan-kumpulan anda mempunyai 15 maksud yang berlainan?

"Dalam bahasa arab maksudnya ini"
"Dalam bahasa melayunya pula maksudnya ini"
"Dan kalau di pandang dari sudut ini, ianya perkataan inggeris yang bermaksud ini"
"Ia juga boleh dibaca dalam dialek Urdu"

6- Tidak pula kita dengar Raihan di eja dengan ejaan Ray-Hunt atau Hijjaz di eja sebagai He-Just atau Rabbani di eja dengan Rob-Bunny (Haha). Apa yang lebih melucukan adalah mereka-mereka ini boleh menghuraikan maksud nama kumpulan mereka sehingga boleh dibuat satu ceramah kecil.

"Kami memilih nama Ray-Hunt kerana dalam bahasa arab ianya bermaksud haruman syurga. Dalam bahasa inggeris perkataan "Ray" bermaksud cahaya manakala "Hunt" pula bermaksud memburu. Jadi kami sebenarnya memburu cahaya ilahi"


"He-Just dalam sebutan melayunya Hijjaz adalah salah satu dari jenis bacaan bertarannum seperti Nahwan, Bayati atau Ras. Tapi dalam bahasa inggerisnya bermaksud Dia Adil. Dia merujuk kepada Tuhan. Nama kami menunjukkan betapa adilnya Tuhan kepada kita semua"


"Kami merompak arnab"

7- Ini semua adalah gejala tipikal pemikiran melayu. Janji bunyi inggeris semua dibelasah. Now See Heart, sekarang lihat hati. Feel Honey, rasa madu. Are Buddy, semua seorang kawan baik, In Heart, dalam hati dan sebagainya. Senarainya akan berterusan dan berterusan. We should now see heart before you and I feel honey because you and I are buddy, you will always be in heart. Classic ENGRISH. Tidak kedengaran seperti terencat akal kah?

8- Bagi saya senang sahaja, sekiranya memilih nama melayu, eja sahaja dalam bahasa melayu. Sekiranya memilih nama inggeris, eja sahaja dalam bahasa inggeris. Tak perlu lah hendak mencampur campurkan bahasa melayu, arab, tamil nadu, inggeris, jawa menjadi satu nama untuk kedengaran antarabangsa dan bervariasi makna. Kalau nahunya betul boleh lah juga dimaafkan, tapi sekiranya salah? Hanya menjadi gelak tawa kami kami di Nasyid Cafe. Sekian.

*Credit to Nasyid Cafe... ^_^

Ulasan

  1. hmm...suda bc komen anda d blog sana!upe2nya ex-UMNP!!lctrr apium x ajar pun ckp cmtu...ptutnye supotla group dr tmpt anda sndri..apium~sy rs anda msh cetek lgik,dan x thu ttg asal usul kewjudn 1 group yg asalnye dr UMNP dan skrg d UMKL, juga asal usul nama group tu..

    BalasPadam
  2. feelhoney ke?

    yee... saya minta mahap...

    saya terlepas tadi...

    entahla.. bukan tujuan nak kutuk...

    cuma mungkin sudah lama memikirkan benda ni...

    apa kata kita bersembang secara berdepan, janganlah berselindung camni...

    ok?? saya minta maaf skali lagi...

    dan berkali-kali...

    ~.~

    BalasPadam
  3. saya rasa saya tak tuju pada kumpulan tertentu.. saya bagi misal perkataan je...

    BalasPadam
  4. heh...bagus zaki...mmbuka minda...n no offence meant to anyone lgsg....=)
    just doesnt understand how tnpa nama berkata anda msih cetek lagi...sape yg xdgr nsyid pun pasti ketawa mengeja kembali nama2 itu...bru terfikir...so zaki...sile tubuhkan kumpulan nsyid yg intelectual dr segi namanya...mnmbh pktaan dlm bhse english+malay xcukup intelektual lg...kate bhase jiwa bgsa...

    BalasPadam
  5. Ki, aki cadangkan kau bagi nama nnti ikut jawa. mesti gempak. :)

    BalasPadam
  6. to kakak - insya Allah.. nama team dah ada.. baru2 je mula, orang tak kenal pun.. sekadar merasakan selesa dengan bernasyid.. mungkin kalau da rezeki boleh lebih maju ke hadapan.. insya Allah..

    to IA - nama jawa? huhu.. bukan senang tu.. yang aku taw asam jawa je la.. keh3

    BalasPadam
  7. asam jawa pon boleh kot. asalkan ado makna. hehe.

    BalasPadam
  8. aiyakkk... itu kan nama sebuah makanan... dan jus sebuah minuman.. ;p

    BalasPadam
  9. ok lah tu. ada pekdahnye jgk. air sodap diminum. kalu cni ore pggl air tamr hindi. hehe. ok2. dah2. karut semua tu. maaf byk2 yer. apo namo kumplan nko tu, Ki?

    BalasPadam
  10. maaf anda diterima...dorg smua okay je,kalau anda nk jmpa ngan dorg,dipersilakan...dorg lgik suka org yg kritik scra dpn2 ni,wpun sy selalu bersm dorg,x smestinya sy akn stuju smua yg dorg wat,kalau ada yg sy x suka, sy tegur je...lgik2 sama apium kn?sng je nk jmpa...sy sndri boleh detect anda student apium...anda pun,boleh detect dorg dgn sepantas kilat,sape group tu n cmna nk knal ngan dorg...ape2 pun, slm ukhuwwah =)

    BalasPadam
  11. betul2.. sebelum2 ni tak penah jumpe pun, sekadar nampak2 cenggitu je.. tak berani nak tegur.. tak sangka bleh plak bertemu dalam ruangan komen tu.. huhu..

    pape pun salam ukhuwwah.. team kami tak la hebat mana pun.. suka2 je.. jauh beza nak banding dengan FH.. harap dapat tunjuk ajar dari kalian.. sama2 harmonikan semula industri nasyid di UM.. saling support menyaport :)

    BalasPadam
  12. biase la kan,dunia tnpa smpdn skrg,,mklmt smua dihujung jari..hehe...tgur je dorg,dorg tu friendly je..

    btw, ley join fb FH..juz taip feelhoney,dan ni blog dorg..http://feelhoney.blogspot.com..
    mngkin di sana anda ley thu serba sdkt ttg FH...sbrg prtnyaan ley trus diajukan,nk blaja apa2 dr dorg pun,dorg ley bg tnjk ajr,,sm2 kongsi ilmu,,x rugi pun =)

    BalasPadam
  13. ok bro.. tq very much.. insya Allah saya bukak nanti.. :)

    BalasPadam
  14. dah lama tak baca blog sampai tergelak2..tq atas percambahan minda..nanti kupas pasal jenis suara nasyid m'sia ni..

    BalasPadam
  15. Salam 'alaik...

    "Kami rompak arnab"???? hahaha... nice..

    Tp, betul gak. cukup membuka minda... salam ukhwah menyambung mahabbah Zaki... (^_^)

    teruskan menulis dengan penuh hikmah!

    BalasPadam

Catat Ulasan