Puisi Di Malam EID...


...kaku dalam dakapan Asma'Nya... mohon belai kasihNya sentiasa...

بسم الله الرحمن الرحيم......
   
Malam ini hujan lebat
berjatuhan menyiram bumi yang bernoda
membasuh lumpur-lumpur durjana
yang berbalut lendir-lendir dosa..

angin pun bersiul-siulan
mengalunkan irama misteri
berlatarkan gelap yang pekat
hitam malam yang suram..

bayu dingin ini menghairankan aku
hembusannya membelai temulang
seakan ada berita yang ingin disampaikan
adakah ini salam daripada ibrahim AS?

tanganku bergetar
jemari seakan kaku
membelai hela nafas di leher
oh, saatnya makin hampir..
dalam rengkungan nafas ini..

aku mula menjiwai rasa Ismail
adakah aku sudah cukup bersedia
mengorbankan diri sendiri
bergalang gantikan agama suci ini?

*****

mohon pagi esok
masih punya peluang
untuk membuktikannya...

Ulasan

  1. antara cinta dan pengorbanan, seorang suami dan seorang ayah...

    Alhamdulillah kita dipertemukan sekali lagi dengan hari raya eid Adha yang disambut setahun sekali hari ini. Ironiknya tahun ini Hari Raya eid adha disambut dalam musim hujan, cuaca yang sederhana, juga matahari yang tidak memancar dengan terik. Semua ini sama ada kita sedar ataupun tidak merupakan satu nikmat yang Allah berikan kepada kita, tetapi Alhamdulillah kita dapat merasainya. Bukan setakat itu sehaja, tetapi kita di pilih untuk merasainya!.

    Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Ar-Rahman ; 57)

    Tetapi, disebalik nikmat yang banyak ini, seharusnya kita sedar akan apa itu pengorbanan disebalik sambutan hari raya eid Adha dan diharap dengannya juga memotivasikan kita untuk terus beramal di hari-hari yang bakal mendatang.Simboliknya, hari raya eid Adha pastinya dikaitkan dengan kisah Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Ismail a.s. Begitulah kisah ini diceritakan saban tahun sebagai menunjukkan besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menurut perintah Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. kalau kita, sanggup tak?? hee~...

    apa pun, salam eid adha akhi ^_^
    moga barakah Allah sentiasa mengiringi perjalanan hidup mu, dalam mendepani kehidupan akan datang, sebagai hamba dan khalifah tercinta-Nya.. insyaAllah..

    BalasPadam
  2. syukran waznah alhamraa..

    teringat satu mesej yang diterima daripada seorang sahabat pada malam aidiladha.. katanya, "lembu pun telah mengorbankan dirinya demi kepentingan agama, kita bila lagi??"

    huhu... salam eid adha juga.. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan