Setiap Yang Aku RINDUI..

  
duhai.. setiap yang aku rindui..
dalam detik yang tidak pernah berhenti..
dalam rongga nafas yang terhembus halus..
dalam ajal yang tergantung di rengkungan..

tempoh yang terbatas ini mengajar aku
menjadi seorang yang memahami erti rindu
dalam keresahan hati yang tiada tepi
sehingga membutakan pandangan
dari rindu yang sejati..

pemilik jasadku datang bersama kurniaNya..
melemparkan rahmatNya dalam ketidaksedaranku..
kadang aku malu di hadapan iradatNya..
seakan tidak layak untuk menyebut asmaNya yang suci itu lagi..

saat aku memaling diri dariNya..
dia mencantas angan2ku..
terkocoh-kocoh aku..
dalam genang air mata..

aku ingin kembali kepadanya..
kepada jiwaku yang tenang...
suatu ketika dahulu..

0 Bisikan:

Catat Ulasan

 

Like Our Page

TQ to all my followers =)

Recent Visitors