Nasi Berteman Sup Yang MENGANCAM...

  
Lama sudah tidak mengemaskini blog. Saya pun tidak mengerti penyakit apakah yang telah melanda ini.. ~nasib bek ada ucen =..=

Malam itu saya keseorangan makan di warung ibu. Kebiasaannya akan ada kawan-kawan saya yang lain yang akan turut makan bersama, tetapi malam itu entah kenapa masing2 punya hal sendiri.

Saya tidak mengambil hati. Bagi saya makan itu tidak perlu sampai touching2. Yang penting perut kenyang dan terisi. Tutup mulut.

Maka order pun sampai. Sepinggan nasi putih dan semangkuk sup ayam yang masih panas dan berasap-asap ditemani oleh teh o limau panas. Bersedia untuk berlepas.

Dalam suasana yang agak mencengkam itu, kedengaran bingit lagu-lagu dangdut di telinga. Mata saya tertancap pada skrin televisyen. Masya Allah, gelek dan gelek.

Segera saya alihkan pandangan, tak sanggup untuk melihat. Sambil makan terpaksa menahan perasaan dalam hati walau telinga terus menerus mendengar melodi2 dangdut tersebut.

Mula2 saya ingatkan sekadar lagu2 indon yang berdangdut-dangdutan di kaca tv. Rupa2nya ada juga dangdut2 gelek yang dari malaysia, siap kecek klate lagi.

Dalam hati terkezutt, campur sedih. Tak sangka dalam malaysia ni pun dah ada pihak yang berani publish gelek2 seumpama itu.

Negara islam kan.
  

1 Bisikan:

  1. ASTAGHFIRULLAHALAZIM.............

    BalasPadam

 

Like Our Page

TQ to all my followers =)

Recent Visitors