Dakap abang erat-erat ye 'sayang'....

   
Saya sering berulang alik dari UM ke Klang dengan menaiki motor. Kebiasaannya saya mengambil masa hampir setengah jam untuk sampai ke sana. Oleh kerana sering ulang alik ke sana, maka saya dapat menjimatkan masa selama hampir 10 minit untuk perjalanan tersebut. Bermaksud saya mengambil masa hanya 20 minit dengan pecutan motor kapcai saya tu la, kalau motor lain mungkin 15 minit dah sampai. =,=’

perjalanan yang agak lama bagi saya itu sering membuatkan saya mengantuk. Mungkin ramai yang berasa hairan, “naik motor pun boleh ngantuk..?” ya, memang itulah realiti yang terjadi pada saya. Huhu. Kadang-kadang hampir terlajak ke longkang tepi jalan ketika sedang memandu melewati terowong motorsikal, namun mujur mata sempat celik semula lantas menghindar dari memasuki lurah kebinasaan tersebut. Hehe

oleh sebab itu, saya mencipta satu inisiatif untuk menghilangkan ngantuk yang melanda. Sambil memandu saya mendengar lagu di mp3. Alhamdulillah berkesan ^^,

dan satu lagi yang paling berkesan ialah apabila dapat melihat show live daripada penunggang motorsikal yang lain. Fahamkah apa itu show live??

Haa.. kalau nak tahu cubala bawak motor gi klang melalui laluan motosikal, malah saya rasa mana-mana tempat pun banyak berlaku sebenarnya. Insya Allah banyak scene-scene menarik yang boleh menghilangkan ngantuk sepanjang perjalanan. Tapi, urmm, saya rasa lebih baik tak payah kerana ianya sekadar mengundang dosa. Astaghfirullah al-azim.. o_+

Maka nak dijadikan cerita, begitulah orang muda-mudi kita. Mentang-mentang umur masih muda, terus dilupakan segala perintah agama seakan hidup masih lama. Yang wanitanya membonceng dengan si lelaki, dengan genggaman yang erat pula tu. Si lelaki pula sengaja membawa motornya lambat-lambat kerana bimbang adegan mahal itu akan berakhir cepat. Tak tahulah apa yang dirasa oleh si lelaki dari belakangnya.

Kadang-kadang si lelaki sengaja membawa motornya dengan cara yang bahaya supaya pelukan si wanita semakin erat terhadap tubuhnya. Kemudian buat2 brek mengejut la ntah apa la. Aduyaii, meluat tengok.

Dalam hati dah terbayang-bayang dah, bestnya nanti kalau dah ada zaujah boleh bawak naik moto gi jenjalan. Hoho (dengan zaujah takpe ye.. ^^)

Mungkin adegan-adegan tersebut dapat menghilangkan ngantuk, tapi dalam masa yang sama telah mengganggu emosi manusia lain. Saya pasti bukan saya sahaja yang merasakan begitu, malah penunggang-penunggang lain juga mesti turut sama merasakan hot dengan adegan-adegan yang kurang munasabah itu. Apatah lagi dengan pemakaian si wanita yang membonceng. Segala kurap dan panau yang berada di bahagian sensitif pun seakan sengaja ingin diperlihatkan.

Bagi pendapat saya, pihak polis yang selalu jaga kat area laluan motosikal tu harus menyekat anak-anak muda yang suka melakukan aksi kurang bermoral ni. Paling kurang kalau tak saman bagi la nasihat ke pe ke. Ni yang ditahannya orang yang tak idupkan lampu motor la, siap saman lagi. Padahal lampu motor apa la sangat, tekan suis je dah idup. Gelabah tol sampai nak saman-saman.

Pihak polis ni entah sedar atau tidak. Sebenarnya remaja-remaja yang melakukan kesalahan moral sebegini lah yang harus diberi perhatian. Mana tak nya, rasanya segala kes-kes salah laku remaja sama ada gejala sosial, buang tak buang anak, rogol, anak luar nikah, semunya bermula dengan adegan-adegan dan aksi yang dianggap ringan seperti ini. Saya rasa insya Allah dengan pemerhatian yang ketat terhadap gejala salah laku yang dianggap ‘ringan’ seperti ini mampu mencegah daripada berlaku permasalahan-permasalahan yang lebih besar dalam kalangan anak muda.

Apa-apa pun saya berpesan kepada diri saya dan sahabat-sahabat agar janganlah melakukan aksi-aksi yang tidak bermoral seperti yang saya ceritakan tadi. seorang anak muda yang berfikiran matang semestinya akan sentiasa memikirkan kebaikan dan keburukan atas setiap perkara yang dilakukannya. Bimbang nanti kebiasaan yang sering kita lakukan ketika muda remaja ini akan berlaku pada anak-anak dan generasi keluarga kita pada masa akan datang, lantas menghumban sekalian keluarga kita ke kancah kebinasaan di dunia. Di akhirat apatah lagi.

Allah swt berfirman yang bermaksud ; “Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari azab api neraka..”

Maka, renung-renungkan dan selamat beramal.. (^^,)
    

Ulasan

  1. Ingatkan cite Cerpen baru.. Oh ye.. Si Penggali kubur pun xsiap agi citenye.. hehe

    ^^, Nice entry...

    BalasPadam
  2. eh ada bunyi ayat macam cerpen ke ni? huhu.. rasanya ni ayat menyembang je kot... =P

    urrmmmm.... si penggali kubur dah kena kambus, tak dapat nak sambung.. tunggu dia bangkit semula nanti ek.. hik3.. =P

    BalasPadam

Catat Ulasan