Saat Tangan Menggenggam PENSIL...

    
Sudah lama tidak melukis. Terasa rindu pada dunia kartun. Dulu ketika sekolah sering membuat komik atau cerita-cerita kartun pendek dalam buku latihan. Tak pun kadang-kadang menconteng buku teks sekolah. Pantang terjumpa ruangan yang putih bersih, pasti tangan akan terasa gatal untuk menconteng. Macam-macam benda yang dilukisnya. Tapi saya suka lukis muka orang. Hehe

Dulu kalau kat sekolah ada la teman yang sekepala untuk sama-sama melukis. Pantang tengok dia melukis sikit, mesti akan terdetik rasa iri hati dan ingin melukis juga. Sering tidak mahu kalah dengan dia. Kalau dia buat kartun, kita pun akan cuba buat kartun juga. Dalam hati ada persaingan yang sihat ingin menandinginya dalam bab lukisan. Kalau boleh biar kita yang jadi taiko dalam bab-bab melukis ni dalam kalangan batch kita, bukan orang lain. Haha

Betapa obsesnya saya terhadap dunia pelukisan. Malah sampai tahap saya pernah terfikir ingin menjadi seorang kartunis sepenuh masa. Tapi memandangkan banyak lagi perkara yang harus saya terokai, lantas saya menyimpan hasrat tersebut dalam lubuk hati yang dalam. Mungkin hasrat untuk menjadi seorang kartunis susah untuk saya capai. Huhuhu =..=

Dulu ketika zaman sekolah saya banyak membeli komik-komik jepun dan membawanya ke asrama. Sudahlah ketika itu saya pegang jawatan mpp, namun kerana minat yang mendalam sanggup untuk menyorokkan koleksi komik bawah tilam. Tujuannya supaya mudah untuk buat rujukan kalau nak melukis atau membuat kartun. Dalam masa yang sama kongsi komik2 tersebut dengan kawan2.

Saya amat-amat sangat-sangat merindui kenangan-kenangan sebegitu. Dengan melukis jiwa saya bisa tenang. Dengan melukis saya mampu meluahkan segala rasa yang terjerut di hati. Dengan melukis saya dapat meraih semangat untuk terus merasai nikmatnya kehidupan. Begitu besar kecenderungan saya dalam dunia pelukisan ini.

Sering sekali merindui seorang senior yang selalu menemani saya melukis. Malah pernah bersama-samanya membuat satu komik. Kononnya ingin jalinkan kerjasama, namun akhirnya terbengkalai dan tidak sempat siap. Dia telah pergi ke mesir dahulu untuk menyambung pengajiannya. Sekarang dia sudah menjadi salah seorang designer untuk testimoni iluvislam.com. kalau singgah ke blognya saya berasa kagum. Teringin menjadi seperti dia. Sering saya mencuba, namun seakan berat. Tidak tahu mana silapnya perasaan ini.

Mungkin kerana persekitaran baru yang saya sedang tempuhi sekarang. Dunia saya sekarang sudah tidak dihiasi oleh lakaran-lakaran tangan saya seperti dulu. Tiada teman yang mampu saya kongsikan hobi ini. Jarang dapat menjumpai sahabat-sahabat yang minat melukis. Atau mungkin mereka juga mengalami masalah yang sama seperti saya. Iaitu tiada teman untuk berkongsi minat dalam melukis.

Urmmm, tidak mengapalah. Saya mengomel panjang-panjang di sini pun bukannya boleh menarik minat kalian untuk menyelami dunia saya. Biarlah aku bersendirian dengan dunia ciptaanku…. Bersendirian dalam lamunan persepsi.. huhuhu (mood sedih bila teringat kenangan-kenangan melukis masa sekolah dulu.. rindu sama HanRi, Salam Kambing, Saiful Amirin Dar, Jjupa and the geng.. bilakah kiranya kita bisa bertemu kembali..huhu)

*semalam tiba2 ada mud melukis. Lantas beberapa lakaran telah dibuat.. hehe.. lama tak melukis agak kekok dibuatnya…
   
bukan gambar scan, sekadar diambil dari kamera phone dan di edit2 sikit je.. huhu

sengaja mengosongkan raut wajah si gadis.. biar seakan2 misteri gitu.. hihi ^^,

setiap kali memegang pensil, saya sangat2 suka lukis gambar dia ni.. bagi saya ianya simple dan tomey.. saya gelarkan dia sebagai Haulid Junior, boleh?? kikiki =D

p/s - rasa sangat2 puas hati bila dapat melukis lagi.. huhu.. kalau ada kekuatan ingin menghasil sebuah komik yang berbentuk islamic (cita-cita yang telah lama dipendam namun tak pernah bergerak.. huhu).. doa2kanlah ye.. =)
    

5 Bisikan:

  1. Cis, berani kau sebut nama aku! Ha ha.

    Aku sudah lama tidak melukis. Entahlah, sejak memulakan profesion sebagai guru, kurang ada masa hendak melukis. Bermain permainan video komputer pun sudah jarang. Ho ho.

    Kau nak buat komik? Hantar manuskrip kepada senior aku di syarikat PTS. Insya-Allah kau boleh terbitkan satu komik. :D

    BalasPadam
  2. woaaa... ustaz mithali.. sejak dulu duk maen game tak habis2... ;D

    urmmm, ayat ko tak bleh bla, mcm nk tulis jurnal je.. hahaha... aku tataw lagi ni, banyak benda yg sedang bermain di fikiranku ini.. nnti kalau aku hendak membuatnya aku akan menghubungimu okay?? :)

    BalasPadam
  3. Bukan ayat tulis jurnal. Aku memang selalu tulis begini dalam komentar-komentar di blog. Memendekkan kata menampakkan kemalasan. Ha ha!

    Jangan ragu-ragu, buat saja komiknya. Aku pun ada hajat, mahu sambung Budak Bionik, tapi tak kesampaian kerana himpitan waktu. Kau belum kerja, mesti masih ada waktu kosong.

    BalasPadam

 

Like Our Page

TQ to all my followers =)

Recent Visitors