Tragedi Hari IBU...

   
Tangan menggenggam telefon. Segera meng’UNLOCK’ Vivaz Pro kesayangan. Membuka ruangan kenalan dan terus mencari-cari ejaan ‘MAK’ pada senarai kenalan tersebut. Dalam masa tidak sampai 13 saat nama tersebut berjaya dijumpai. Tertera sebaris nombor yang tersusun rapi di bawah nama ‘MAK’. Ibu jari sudah bersedia di butang hijau sebelah bawah kiri telefon. Hanya menunggu masa untuk ditekan.

Entah kenapa seakan ada sesuatu yang bermain di lubuk hati. Saya sendiri merasakan hairan. Masih berfikir dalam beberapa detik. Telefon sekadar dipandang. Ibu jari seakan telah disumpah menjadi si tanggang. Lantas telefon diletakkan di atas meja. Cadang mahu menelefon esok sahaja. Sebab malam sudah agak lewat.

Laptop lagenda segera dihidupkan. Macam biasa ianya akan berkelip satu kali sebelum boleh ditekankan button on. Dan paparan desktop pun terpampang di hadapan mata setelah menunggu hampir 1 minit selepas menekan punat on.

Mencari-cari video yang boleh mengenangkan saya kepada ibu. Youtube diselongkar dan terjumpalah sebuah lagu yang didendangkan oleh kumpulan Brothers. Lagu yang sangat-sangat lama sudah saya tinggalkan. Kali terakhir saya mendengarkan lagu tersebut ketika berada di tingkatan dua. Dan hari ini baru terdengar semula. Dahulu ianya pernah menjadi lagu kegemaran saya.

Bait demi bait cuba diselami… Allah… terlalu sayu….. sambil menahan genangan yang ingin meluncur…. Cuba ditahan…….


Usai mendengar. Berjaya menghalang air mata dari tertumpah. Bukan ego, sekadar berusaha untuk menjadi seorang yang kuat dan tabah. Air mata seorang lelaki tidak boleh ditumpahkan selalu. Itu adalah prinsip.

Usah dilayan perasaan yang cuba menghambat. Cuba mencari sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian. Lantas membuka buku fiqh ibadat. Kononnya ingin study. Tapi tiada apa yang berjaya masuk ke pemikiran. Seakan membaca tulisan-tulisan sankskrit yang dihiasi oleh khat2 firaun. Berpusing2 dan berputaran.

Tidak mampu untuk bertahan, lantas buku ditutup rapat, ditindih di bawah laptop lagenda.

Pandangan mula melilau-lilau. Buku kosong yang terbuka di atas meja mula menarik perhatian saya. Kertas putih yang menyilaukan membuatkan saya ghairah dan bernafsu. Ianya tidak boleh dibiarkan suci tanpa noda. Ianya sesuatu yang mustahil akan terjadi. Dan saya tidak akan pernah percaya bahawa ianya akan berlaku di depan mata saya.

Saya cuba bertahan. Tidak mahu tewas dengan pujukan nafsu. sedaya upaya cuba memusatkan perhatian pada hal2 lain. Kononnya buka-buka video di handphone la. Namun entah video apa yang ditonton pun tidak diketahui.

Amarah yang tidak berjaya dikawal akhirnya mula meluncurkan jemari ke arah pensil tekan pilot supergrip 0.5 yang berwarna ungu cair. Tidak sanggup untuk melihatnya. Mata ditutup.

Segala yang terbuku di hati dihamburkan. Sudah tidak kisah apa pun akibat yang akan diterima di kemudian hari. Yang penting segala luahan rasa dapat dimuntahkan di atas kertas ini. Maafkan aku ibu. Aku tidak berniat ingin melukakan hatimu. Namun, inilah hakikatnya rasa hatiku padamu. Sudah tidak mampu untuk ku pendam lagi. Oh ibu……

=)

SELAMAT HARI IBU BUAT IBUNDA TERCINTA 
HAJJAH TUMIJAH BT HAJI MAAMOM
PENGORBANANMU SANGAT BERHARGA BUAT DIRIKU
SEMOGA SENTIASA MENDAPAT NAUNGAN RAHMAT DARI ALLAH SWT
DOAKAN KEJAYAANKU DI DUNIA DAN AKHIRAT

TERIMA KASIH IBU... =)
   

Ulasan