DOAKANLAH Untuk Aku Sekali...

   
....resah yang membahagiakan adalah saat seorang hamba memanjatkan doa kepada sang penciptanya atas kekerdilan dirinya di hadapan Kebesaran yang tiada bandingannya....


Seorang sahabat pernah berkongsikan keresahannya kepada saya, tentang perihal seorang sahabat baik beliau..

“Aku kesian la tengok si Leman  tu, dah banyak kali dia dikecewakan oleh perempuan. Sejak dari sekolah menengah sampai sekarang, tak pernah ada perempuan yang betul-betul lekat dengan dia... Kadang-kadang aku simpati jugak dengan keadaan dia tu. apa pandangan kau?” Petah dia bercerita. Memang kami kalau duduk bersama sering terkeluar cerita jodoh dan perempuan. Mungkin pemikiran sudah tertuju ke arah gerbang perkahwinan, walaupun masih belum habis belajar.

Saya sekadar termenung dengan ungkapannya tadi. Ya, Teman dia merupakan teman baik saya juga. Memang saya sendiri sering mendengar permasalahan yang dilontarkannya tu. Ternyata dia juga meresahi dirinya sendiri.

“Hmmm... aku pun sebenarnya kesian jugak kat dia, tapi kadang-kadang aku tengok mungkin kesilapan tu berada pada dirinya sendiri,” secara jujurnya saya meluahkan. Namun dari hati kecil tidak berani untuk berkata sebegitu di hadapannya. Menjaga hati kawan.

“Hmmm... entahlah... kalau nak bandingkan aku, kau, dan dia, kau lah yang paling bahagia kan?” ujarnya tiba-tiba. Tergumam saya seketika.

“Apasal pula?” sengaja bertanyakan kembali soalannya, walau sebenarnya jawapan sudah saya duga.

‘Hmmm, mungkin itu apa yang terzahir di pandangan kalian.. walau hakikatnya sukar untuk diluahkan dengan tutur bicara..’ tidak terkeluar bicara itu dari bibir saya. Mungkin kerana saya lebih suka berahsia antara kami bertiga.

“Hmmmm...” dia mengeluh lagi. Saya sekadar menjeling sambil menyusun bicara. Saya tahu dia pun baru-baru ni telah dilanda dengan masalah yang sama. Berkaitan perempuan.

“Berdoalah..” ujar saya pendek.

“Aku dah berdoa.. selalu minta pada Allah..  tapi benarlah, Dia lebih suka menguji daripada terus memberi...” ujarnya seakan pasrah dengan kejadian yang menimpa.

“Kau doa macam mana?” soal saya. Sengaja ingin mencungkil kaedah rahsia yang digunakan.

“Macam biasalah, minta supaya di dekatkan hati aku dengan hati sang perempuan.. Mohon pada Allah agar dipermudahkan urusan jodoh...” ujarnya..

“Hmmm... bagus dah doa kau tu.. tapi masih belum lengkap..” sengaja saya bertutur dengan gaya bahasa Ust Pahrol Juoi. Ternyata dengan penggunaan bahasa sebegitu menyebabkan dia lebih teruja untuk mengetahui perihal sebenar yang ingin saya sampaikan.

“Lantas, bagaimana ingin melengkapkannya?” soalan yang telah diduga.

“Kau terlupa doa untuk aku sekali... dan sahabat-sahabat yang lain..” ujar saya.

“Errr.... maksud kau?”

“Berdoalah untuk semua sahabat-sahabat seperjuangan kita sekali. Doakan supaya aku dan sahabat-sahabat lain dimurahkan rezeki juga, dipermudahkan jodoh dan diampunkan segala dosa. Sebut nama sorang-sorang, kalau tak pun bayangkan wajahnya dalam setiap doa. Seorang sahabat yang kau doakan, seribu malaikat yang mengaminkan untuk diri kau semula...” ujar saya sambil menghela nafas yang panjang dan dalam. Benar, berdoa untuk manusia lain lebih menenangkan jiwa sebenarnya daripada hanya mendoakan diri sendiri.

“Owh... kiranya itulah yang kau selalu amalkan? Patut la kau selalu sangat dapat apa yang kau nak...” ujarnya seakan ada unsur meninggikan saya di situ. Astaghfirullah Al-Adzim.

“Astaghfirullah.. aku takde niat nak meninggi diri. Aku kongsikan benda ni sebab engkau sahabat baik aku. Aku nak kau juga turut bahagia. Biarlah tiada terzahir bahagia di luar, tetapi tetap tersemadi di dalam diri kau..” ujar saya. Benar-benar saya kasihkan dia kerana Allah.

Dia termenung, memikirkan petah bicara saya agaknya. Sedar tak sedar, rojak mee yang berada di atas meja telah habis di makan.... lantas kami meneruskan bicara perihal lain pula sementara menunggu hujan reda untuk pulang ke rumah.......
   

Ulasan

  1. gaya tulisan hampir sama macam Ust Pahrol Juoi la. pe nama buku dia tu, lupe pulak.

    BalasPadam
  2. setelah google, baru ingt. 'nota hati seorang lelaki'.

    BalasPadam

Catat Ulasan