Monolog di Aidiladha


Sunyi malam ini. Teman-teman telah ramai yang berangkat pulang ke kampung masing-masing sempena cuti raya haji ni. Rumate pun telah pulang ke rumahnya di setapak, yang hanya memakan masa lebih kirang 20 minit untuk sampai. Dan tinggallah saya sendirian di bilik. Berteleku menghadap laptop sambil ditemani keropok udang yang dibeli di koperasi pada petang tadi.

Esok hari sabtu. Dan hari ahad jatuhlah Hari Raya Aidiladha. Insya Allah andai diizinkan Allah, esok akan berangkat pulang ke rumah, meninggalkan tempat pengajian buat sementara waktu. Ingin bertemu dengan keluarga tercinta yang sangat-sangat dirindu. Nak jumpa asit, isam, ayep, mimah, kak titah, kak nor, dan tidak dilupa mak dan bapak.. huhuhuhu.. entah mengapa rindu kali ini bergelojak lebih daripada sebelumnya. Adakah ini petanda diri sudah semakin matang? (OMG)

Hahaha.. begitulah.. perjalanan hidup sebagai seorang pengembara kehidupan.. sangat-sangat menyeronokkan.. sentiasa dilanda dengan pelbagai masalah. Dan ternyata setiap detik yang terindah adalah saat mengharungi setiap dugaan tersebut. Betapa besarnya pengajaran yang sentiasa diperolehi, setiap saat demi saat. Tiada langsung yang hilang begitu sahaja. Semuanya punya perancangan yang sangat rapi oleh Sang Pencipta.

Jadi dikesempatan yang ringkas ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua sahabat yang mengenali diri saya ni. Sahabat setidur, seminum, semakan, sekelas, senasyid, sejabatan, seakademi, sekolej, senegeri, dan juga seagama. Tak lupa juga kepada sahabat baik saya yang sedang menunaikan haji di makkah iaitu Nasir Salleh, atau nama glamornya Anas Al-Ghamidi. Tak sabar menunggu kepulanganmu, semoga pulang dengan haji yang mabrur, walau hakikatnya mencapai mabrur itu ternyata sesuatu yang mencabar dalam hidup. Tak sabar nak merasmikan lagu baru Al-Hararr yang baru saja siap pembikinan muziknya, setibanya kepulanganmu ke malaysia nanti.. huhuhuhu (kena betulkan niat lagi ni)

Dan sebelum terlupa, sekalung doa kesejahteraan kepada arwah atuk, semoga ruh mu tenang di alam sana. Dan tidak lupa juga kepada Luqman dan Nabil. Belajar betul-betul, semoga pelita al-Quran sentiasa menerangi hidup kalian sekeluarga, ustaz suruh add fb ustaz sampai sekarang pun tak add-add lagi.. memang nak kena ni…huhuhu.. ok lah tiada apa yang ingin dicelotehkan lagi. Harap-harap perayaan kali ini disambut dengan penuh taqwa dan rendah diri. Semoga kisah pengorbanan nabi ibrahim dan ismail menjadi dakapan ibrah yang senantiasa dijadikan penunjuk dalam meneruskan perjalanan hidup di dunia yang penuh berliku ini. Akhir kalam, jumpa lagi di post-post mendatang (hakikatnya semakin hilang mood untuk mengupdate blog.. huhuhu)

Sekian. Wassalam. =)

(sebenarnya nak post semalam tapi tak sempat sebab ngantuk, so hari ni baru sempat nak post...huhuhuhu... dah kat rumah dah pon)
    

Ulasan