CUTI atau STUDY WEEK??

   

Minggu study week sedang berlangsung. Waktu inilah seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk mentelaah mata pelajaran yang bakal diduduki dalam peperiksaan nanti. bukannya apa, sering sangat kita menyalahertikan cuti study week sebagai cuti untuk bersenang-senangan. Kelihatannya mahasiswa terpedaya atau terperangkap dengan istilah ‘cuti’ yang digunakan dalam ungkapan tersebut. Saya rasa sudah tiba masanya untuk kita mengubah istilah ‘cuti study week’ kepada istilah ‘study week’ sahaja. Buangkan perkataan ‘cuti’ itu.

Mungkin selepas ini pihak universiti boleh memasukkan minggu study week dalam jam kredit yang harus dihabiskan oleh pelajar. Tujuannya tidak lain supaya mahasiswa tidak terlalu senang dengan cuti yang sedang berlangsung ini. Kerana kadangkala mereka mengambil peluang cuti ini untuk bertemu dengan keluarga, atau melakukan aktiviti bersama sahabat-sahabat seperti rombongan dan sebagainya, dan akhirnya menyebabkan penelaahan mereka menjadi terbantut kerana mereka sibuk dengan benda lain ketika bercuti.

Saya sendiri secara jujurnya, apabila dikatakan ‘cuti’, secara tidak langsung otak akan di set untuk berehat atau balik ke rumah. Ataupun kadang-kadang otak menerawang mencari idea untuk melakukan aktiviti lain ketika bercuti. Secara tidak langsung seolah-olah perkataan ‘cuti’ lebih mendominasi daripada perkataan ‘study week’. Oleh sebab itulah saya mencadangkan yang sedemikian.

Namun saya percaya mesti anda tidak setuju dengan pandangan yang saya ketengahkan ini. Huhuhu. Mungkin masalah yang berlaku bukan disebabkan oleh ungkapan tersebut, tetapi ianya lebih kepada mind set yang ditetapkan oleh mahasiswa itu sendiri. Kalau kita sendiri yang menetapkan bahawa cuti study week adalah untuk bersenang lenang, maka senang lenanglah yang akan kita dapat. Tetapi jika kita setkan supaya cuti tersebut digunakan untuk mentelaah subjek peperiksaan, maka itulah juga yang akan kita perolehi.

Justeru, terbukti bahawa persekitaran hidup kita adalah bergantung kepada apa yang kita tanamkan dalam pemikiran sendiri. Kita haruslah senantiasa berfikiran baik atau husnuzzon, dan ternyata ianya adalah saranan yang sering ditekankan dalam agama. Berapa ramai manusia yang lebih suka memikirkan keburukan dan memandang serong terhadap setiap kejadian yang berlaku di sekeliling mereka, berbanding memikirkan kebaikan dan hikmah yang berlaku di atas setiap perkara yang berlaku dalam hidup mereka.

Demikianlah manusia dijadikan dengan akal yang sejahtera. Allah swt telah menetapkan jalan kesejahteraan yang akan memandu manusia ke arah kesejahteraan juga, namun manusia juga yang sering melarikan diri daripada mendapat kesejahteraan itu. Manusia ternyata lebih suka mencari keseronokan dan kesenangan sementara yang langsung tidak menguntungkan, bahkan akan mengheret mereka ke arah kebinasaan dan kesengsaraan. Kadang-kadang saya sendiri hairan, perkara yang membinasakan itulah ternyata yang menggoda untuk kita amalkan dalam hidup kita. Perkara itu sering saya hadapi. Huhuhu.

Maka bersempena dengan itu, marilah kita bermuhasabah sempena minggu study week ini. pergunakanlah masa yang terluang dengan sebaiknya. Janganlah anda terperangkap dengan istilah masa kosong atau masa free, kerana kelak ianya akan memakan diri. Tiada istilah masa free dalam hidup orang yang beriman, melainkan sebenarnya mereka sendiri yang tidak menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan sebaiknya, atau dalam kata lainnya mereka tidak mengetahui kerja sebenar yang harus dilakukan oleh orang yang beriman. Kerana orang yang benar-benar beriman tidak akan punya masa kosong selain beribadah dan melakukan gerak kerja islam.

Hakikatnya, Islam itu masih asing walaupun dihuni oleh orang islam itu sendiri!! Salam study week, semoga najah!
    

0 Bisikan:

Catat Ulasan

 

Like Our Page

TQ to all my followers =)

Recent Visitors