Boboi Dan UMNONYA....

   

Siapa yang tidak kenal rancangan Maharaja Lawak Mega. Sebut sahaja kumpulan-kumpulan yang berada di dalamnya, maka semua orang akan mengenali figura-figura yang dinaikkan dalam kumpulan tersebut. Kumpulan Boboi, Osbon, dan sebagainya. Saya bukanlah dari kalangan orang yang mengikuti perkembangan rancangan tersebut, tetapi kawan-kawan saya ramai yang menyebut-nyebut tentangnya, maka saya pun secara tidak langsung menontonnya juga.

Dan sekarang, rancangan tersebut telah menjadi satu fenomena baru di Malaysia, malah ianya telah mendapat perhatian hingga ke ceruk Indonesia dan Singapura. Sokongan yang padu daripada segenap lapisan masyarakat telah menaikkan rancangan ini ke mata dunia.

Maka nak dijadikan cerita, baru-baru ini kumpulan Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik telah mengisytiharkan diri mereka menyertai UMNO, dan ianya berlaku sebaik sahaja mereka telah dinobatkan sebagai naib juara, (walaupun ada beberapa kelompok penonton yang  menganggap kumpulan Boboi lebih layak untuk menyandang juara dalam rancangan tersebut).

Saya tidak hairan dan tidak ingin mengambil tahu pun kalau mereka ingin menyertai mana-mana parti politik. Itu adalah hak dan kemahuan individu. Cumanya saya berasa hairan, mengapa baru hari ini mereka mengisytiharkan bahawa mereka menyertai UMNO? Sebelum-sebelum ini mereka bukan umno kah?

Demikian juga dengan AC Mizal (yang baru dikurniakan pangkat dato’ delay), ketika menjadi pengacara untuk konsert Maher Zain di Ipoh anjuran MB Zambry kerajaan negeri Perak. Dengan terangnya mengatakan bahawa dia adalah pemuda UMNO bahagian Ipoh Barat di depan khalayak ramai. Persoalan yang bermain di pemikiran saya, perlukah sebut semua itu? Apa kaitan jawatan yang dipegangnya itu dengan konsert Maher Zain yang sedang berlangsung?

Sebelum ini memang saya beranggapan bahawa golongan-golongan artis ni ialah mereka yang menyokong kerajaan. Dan saya tidak hairan kalau mereka menyokong umno. Kerana memang media-media perdana yang berada di Malaysia pada hari ini dipegang oleh puak umno.

Saya nampak usaha-usaha tersebut sebenarnya dilakukan oleh umno dengan tujuan supaya rakyat melihat bahawa golongan artis bersama-sama dengan umno. Mungkin ini salah satu perancangan mereka kononnya apabila artis ramai yang menyokong umno, maka ramailah rakyat yang menyokong umno pula. Saya masih sangsi dari mana formula sifir ini mereka dapati.

Hakikatnya, media umno agak terpukul apabila mendapati beberapa orang artis mengisytiharkan kemasukan mereka ke dalam pas. Seperti contoh Bob Lokman yang dahulunya juri dalam raja lawak dan lain-lain. Antara lain video tentang hudud yang telah dianggotai oleh Mat Luthfi, vlogger terkenal.

Jika cuba dianalisis, terdapat 2 situasi yang berbeza yang perlu dikenalpasti; pertama kemasukan artis ke dalam pas, dan kedua kemasukan artis ke dalam umno.

Kemasukan artis ke dalam Pas kebiasaannya akan menunjukkan perubahan besar yang dilakukan oleh artis tersebut daripada sikapnya yang lama kepada yang baru. Seperti contoh Bob Lokman. Perubahan beliau terlalu ketara iaitu daripada seorang yang suka berhibur, dan akhirnya memilih untuk berdakwah. Demikian juga Ali Setan.
   
  Ali 'malaikat'... bukan lagi setan

Manakala kemasukan artis ke dalam umno pula ialah sebaliknya. Tiada sebarang perubahan yang berlaku dalam hidup mereka. Seolah-olah kemasukan mereka ke dalam umno tidak memberi sebarang impak pun. Ianya tidak lain adalah bertujuan kempen, dan ianya sangat mudah dihidu oleh masyarakat dan orang ramai.

Saya tidak ingin mengatakan bahawa artis-artis di malaysia adalah teruk dan sebagainya, Cuma saya rasa masyarakat umum telah mengakui hal tersebut secara tidak langsung. Dan kelihatannya selera golongan umno adalah kepada hal-hal yang berkaitan keburukan. Mereka lebih suka memilih artis daripada para ilmuan atau ahli akademik. Mereka lebih mendahulukan hiburan daripada keilmuan.

Sedangkan saya rasa dalam umno ada ulama-ulama mereka yang tersendiri, tetapi seolah-olah fungsi mereka tidak dimanfaatkan sebaik mungkin oleh umno. Ulama-ulama muda ini punyalah menjaja dan melindungi setiap kesalahan pemimpin mereka dalam umno, namun ternyata umno lebih suka menggunakan nama artis untuk menaikkan nama mereka. Kesian ulama-ulama ini. hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Siapalah agaknya mereka pada pandangan umno yang sebenarnya.

Namun begitu, secara peribadinya saya bersimpati terhadap golongan artis yang menjadi barang mainan umno ini. ternyata mereka merupakan golongan pelakon yang terhebat, selayaknya dengan karier mereka sebagai pelakon di kaca tv. Dan pengarah kepada lakonan tersebut sudah tentu umno. Berapa bayaran lakonan tersebut saya tidak pasti, yang penting bukannya sekadar 10k. habis duit rakyat dipergunakan untuk agenda yang sia-sia seperti itu.

Hakikatnya, orang ramai respek kepada artis yang menyokong pas, namun tidak merasakan apa-apa pada artis yang sokong umno. Dan saya tengok Boboi kerana kelawakan mereka, bukan kerana keUMNOan mereka. Sekian.
  

Ulasan

  1. pelik juga tgk artis2 yang mengisytiharkan diri mereka dalam politik.rasa xde beza nya pun.lainlah kalo isytiharkan diri mereka pendakwah ke,baru la nampak beza nye~politik bukannya sesuatu y nak dibanggakan~

    BalasPadam

Catat Ulasan