Dedikasi Buat ABU DZAR......


Benarlah benarlah benarlah…..
Biar kebenaran menebas tengkukmu..
Biar sebatang kara di atas bara sahara..
Saksi sebatang tubuh..
Berkara dalam tiga sabda..
Sabda itu benar tiada dusta..
Kerana firasat dari wahyu dan sulaman sutera hati Baginda..

Akhirat melari mengejar Abu Dzar..
Dunia mencanak, gugup menelan liur..
Kau lampirkan firman Tuhan,
Bengis dalam hunus yang tersimpan;

“Beritakanlah kepada pemupuk harta….
Yang menumpuk emas dan perak….
Mereka akan diseterika dengan seterika api neraka….
Menyeterika kening dan pinggang mereka di hari kiamat….!”

Lari lari bukan lari anak lagi..
Bukit, lembah dan kota terus berdebu..
Dan lolongan, tegas bergegak..
Kalau bukan kerana sabda Baginda, tiada kenal lagi pedang akan sarungnya..

Ucapan itu terus benar terlaung..
Sabda terus mengharum dalam wafat;

“Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas Abu Dzar…!
Ia berjalan sebatang kara….
Meninggal sebatang kara…..
Dan dibangkitkan nanti sebatang kara……!”

.....mulia dalam dingin Rabadzah dan muslimin…

*inspired from Rijal Haular Rasul..
   

Ulasan