Kisah disebalik batalnya wudhu' apabila memakan DAGING UNTA

Subhanallah... terliur la pulak tengok kambing bakar ni...

Alhamdulillah, sekian lamanya tidak berblog. Kadang-kadang rindu juga ingin mengarang, tapi kekangan masa dan idea menyebabkan laman ini sering kontang dari entri terbaru. Huhuhu. Tidak mengapalah.

Insya Allah pada kesempatan kali ini saya ingin berkongsikan sebuah perkara bersama kalian. Iaitu tentang isu 'memakan daging unta membatalkan wudhu'.

Mungkin ada yang sudah sedia maklum tentang perkara ini dan ada juga yang masih baru tentang hal ini. saya sendiri pun agak baru mendengar tentang hukum ini. maklumlah, negara kita tidak punya unta, maka sangat jarang kita memakan dagingnya.

Dalam beberapa bulan yang lepas, saya ada mengikuti sebuah program anjuran Asia Global Marketing. Saya dijemput sebagai fasilitator kepada sekumpulan pelajar dari UiTM Shah Alam. Banyak aktiviti dan pengisian yang menarik sepanjang saya berada dalam program tersebut.

Dan antara yang menariknya adalah tentang bengkel wudhu dan solat menurut sunnah. Banyak perkara baru yang saya pelajari sepanjang program tersebut walaupun hakikatnya saya bukan peserta.

Dan antara yang diperbincangkan adalah tentang batalnya wudhu apabila memakan daging unta. Pada mulanya saya juga pelik dan hairan kenapa ianya membatalkan wudhu, sedangkan memakan daging-daging selain unta tidak batal pula.

Alhamdulillah sepanjang perbincangan kami, ustaz yang membimbing kami dalam program tersebut telah menerangkan tentang asal-usul kejadian atau peristiwa yang menyebabkan makan daging unta menyebabkan batal wudhu.

Maka beginilah kisahnya.

“Pada suatu hari, Rasulullah saw bersama para sahabat Baginda makan bersama-sama dalam satu majlis jamuan. Makanan yang dihidangkan dalam majlis tersebut adalah daging unta bakar. Maka mereka semua pun makanlah dengan gembiranya. Tiba-tiba ada salah seorang sahabat terkentut dalam majlis tersebut sehingga menyebabkan majlis menjadi riuh rendah. Tiada siapa yang tahu siapa gerangannya si pengentut itu kecuali Rasulullah. Usai majlis, masuknya waktu solat dan Rasulullah mengarahkan semua sahabat untuk bersolat. Maka dalam ramai-ramai itu semua menunggu siapakah yang akan pergi mengambil wudhu kerana orang yang mengambil wudhu sudah tentulah orang yang kentut dalam majlis jamuan tadi. Namun tiada seorang pun yang berani untuk mengambil wudhu. Menyedari hal itu, maka Rasulullah pun bersabda bahawa sesiapa yang memakan daging unta bakar maka batallah wudhu’nya, dengan tujuan untuk menutup keaiban sahabat Baginda itu. Mendengar perintah itu, maka semua orang pun pergilah mengambil wudhu beramai-ramai dan solatlah mereka berjemaah bersama Rasulullah selepas itu…..”

Demikianlah apa yang disampaikan oleh ustaz yang membimbing kami semasa program tersebut. Saya tidak dapat mengenal pasti adakah ianya benar-benar datang dari sumber yang sahih kerana saya pun terlupa untuk bertanyakan hal itu kepada beliau.

Saya cuba juga mencari tentang kisah ini di internet (dalam hati, saja ingin test ada ke kisah ni kat internet), tapi tiada. Yang ada hanyalah beberapa hadis dan pandangan fuqaha tentang hukum batal wudhu memakan daging unta. Nak merujuk dari kitab lagilah tak sempat. Huhuhu.

Walaupun begitu, yang menarik perhatian saya adalah bagaimana Rasululllah begitu menjaga keaiban sahabat baginda di hadapan orang ramai sehingga secara tidak langsung Baginda telah menggagaskan satu hukum baharu dalam dunia fiqh. Hanya kerana ingin menutup rasa malu yang menyelubungi sahabat Baginda maka hukum ini diwujudkan. Demikianlah betapa besarnya nilai maruah dan martabat seseorang insan di sisi Islam. Betapa Islam menjaga maruah diri antara muslim dengan muslim yang lain.

Maka secara tidak langsung, hukum tersebut wujud kerana ia disabdakan oleh Baginda saw. Tapi ianya hanya khusus pada daging unta bakar sahaja, kalau rebus atau buat sup atau selain daripadanya ianya tidak membatalkan wudhu. Itulah antara keindahan yang ditunjukkan oleh Rasulullah dalam Islam.

Sama-samalah kita hindari sikap suka memburukkan orang lain di hadapan umum kerana ianya merupakan sesuatu yang sangat dibenci oleh Allah. Malah anda sendiri pun akan berasa marah kalau ada orang lain yang membuka keburukan anda di hadapan orang lain secara umum. Begitu jugalah perasaan orang lain kalau anda membuka keaiban mereka di hadapan umum.

Apa-apa pun, saya sekadar berkongsi apa yang diberikan oleh ustaz tersebut semasa program. Saya sendiri pun masih tidak berani menjadikan ianya hujah untuk hukum tersebut (dalam hati kata, "takpalah dia ni ustaz salafi, mungkin betul kot..huhuhu"). Insya Allah kalau ada dalam kalangan kalian yang lebih mengetahui tentang sumber kisah ini, diharap dapat memberi teguran dan memperbetulkan saya. Saya hanya sekadar insan biasa yang sedang mendalami ilmu-ilmu agama, banyak yang harus ditimba lagi. Semoga bermanfaat.

*dah lama tak menulis, ayat macam budak-budak balik.. =,=’
     

8 Bisikan:

  1. Assalamualaikum.. first time dengar cite ni..thanx for share.. kirenya batal la wudhuk kalo mkn daging unta bakar ek.. ooo..baru tau

    BalasPadam
  2. ini mengikut beberapa pandangan ulama la.. ada sesetengah ulama yang mengatakan bahawa riwayat kisah ini adalah lemah dan tidak boleh dipakai untuk berhujjah.. maka jika kita kembali kepada hukum yang disepakati, ianya adalah batal wuduk kalau makan daging unta, tak kira apa jua masakan yang dikenakan ke atas daging unta tersebut sama ada bakar, goreng, rebus, gulai dan lain2 lagi.. wallahua'lam..

    BalasPadam
  3. Jika mengikut pandangan syafiiyah tdak btl.so jika kite mkn unta dok payah la gsau..tak btl ikut hujah syafiiyah

    BalasPadam
  4. Tapi imam syafii pernah berkata kalau perkataan atau perbuatan yang ia katakan atau kerjakan ternyata salah dan tidak sesuai dengan apa yg di perbuat oleh rasulullah kita boleh menentang/tidak melakukan apa yg dilakukan dan diperbolehkan oleh imam syafii :)

    BalasPadam
  5. Toh imam syafii juga manusia

    BalasPadam
  6. Antara kite dan imam syafie mne yg lebih pandai menilai hukum?

    BalasPadam
  7. Ini cerita rekaan...tak ada asal dalam hadis. Boleh dikatakan ustaz tu pendusta agama.

    Kalau ikut cerita ni, batal wuduk disebabkan kentut, bukan sebab daging unta.

    Jadi macam mana tiba-tiba penulis blog ni tiba-tiba cakap daging bakar je batal wuduk, kalau sup takpa?

    ???

    BalasPadam
  8. Inikan bijaksana Rasul yg ingin tutupi aib sahabat. Jgn ambil sebagian cerita dan tinggalkan yg lain

    BalasPadam

 

Like Our Page

TQ to all my followers =)

Recent Visitors