Kisah disebalik batalnya wudhu' apabila memakan DAGING UNTA

Subhanallah... terliur la pulak tengok kambing bakar ni...

Alhamdulillah, sekian lamanya tidak berblog. Kadang-kadang rindu juga ingin mengarang, tapi kekangan masa dan idea menyebabkan laman ini sering kontang dari entri terbaru. Huhuhu. Tidak mengapalah.

Insya Allah pada kesempatan kali ini saya ingin berkongsikan sebuah perkara bersama kalian. Iaitu tentang isu 'memakan daging unta membatalkan wudhu'.

Mungkin ada yang sudah sedia maklum tentang perkara ini dan ada juga yang masih baru tentang hal ini. saya sendiri pun agak baru mendengar tentang hukum ini. maklumlah, negara kita tidak punya unta, maka sangat jarang kita memakan dagingnya.

Dalam beberapa bulan yang lepas, saya ada mengikuti sebuah program anjuran Asia Global Marketing. Saya dijemput sebagai fasilitator kepada sekumpulan pelajar dari UiTM Shah Alam. Banyak aktiviti dan pengisian yang menarik sepanjang saya berada dalam program tersebut.

Dan antara yang menariknya adalah tentang bengkel wudhu dan solat menurut sunnah. Banyak perkara baru yang saya pelajari sepanjang program tersebut walaupun hakikatnya saya bukan peserta.

Dan antara yang diperbincangkan adalah tentang batalnya wudhu apabila memakan daging unta. Pada mulanya saya juga pelik dan hairan kenapa ianya membatalkan wudhu, sedangkan memakan daging-daging selain unta tidak batal pula.

Alhamdulillah sepanjang perbincangan kami, ustaz yang membimbing kami dalam program tersebut telah menerangkan tentang asal-usul kejadian atau peristiwa yang menyebabkan makan daging unta menyebabkan batal wudhu.

Maka beginilah kisahnya.

“Pada suatu hari, Rasulullah saw bersama para sahabat Baginda makan bersama-sama dalam satu majlis jamuan. Makanan yang dihidangkan dalam majlis tersebut adalah daging unta bakar. Maka mereka semua pun makanlah dengan gembiranya. Tiba-tiba ada salah seorang sahabat terkentut dalam majlis tersebut sehingga menyebabkan majlis menjadi riuh rendah. Tiada siapa yang tahu siapa gerangannya si pengentut itu kecuali Rasulullah. Usai majlis, masuknya waktu solat dan Rasulullah mengarahkan semua sahabat untuk bersolat. Maka dalam ramai-ramai itu semua menunggu siapakah yang akan pergi mengambil wudhu kerana orang yang mengambil wudhu sudah tentulah orang yang kentut dalam majlis jamuan tadi. Namun tiada seorang pun yang berani untuk mengambil wudhu. Menyedari hal itu, maka Rasulullah pun bersabda bahawa sesiapa yang memakan daging unta bakar maka batallah wudhu’nya, dengan tujuan untuk menutup keaiban sahabat Baginda itu. Mendengar perintah itu, maka semua orang pun pergilah mengambil wudhu beramai-ramai dan solatlah mereka berjemaah bersama Rasulullah selepas itu…..”

Demikianlah apa yang disampaikan oleh ustaz yang membimbing kami semasa program tersebut. Saya tidak dapat mengenal pasti adakah ianya benar-benar datang dari sumber yang sahih kerana saya pun terlupa untuk bertanyakan hal itu kepada beliau.

Saya cuba juga mencari tentang kisah ini di internet (dalam hati, saja ingin test ada ke kisah ni kat internet), tapi tiada. Yang ada hanyalah beberapa hadis dan pandangan fuqaha tentang hukum batal wudhu memakan daging unta. Nak merujuk dari kitab lagilah tak sempat. Huhuhu.

Walaupun begitu, yang menarik perhatian saya adalah bagaimana Rasululllah begitu menjaga keaiban sahabat baginda di hadapan orang ramai sehingga secara tidak langsung Baginda telah menggagaskan satu hukum baharu dalam dunia fiqh. Hanya kerana ingin menutup rasa malu yang menyelubungi sahabat Baginda maka hukum ini diwujudkan. Demikianlah betapa besarnya nilai maruah dan martabat seseorang insan di sisi Islam. Betapa Islam menjaga maruah diri antara muslim dengan muslim yang lain.

Maka secara tidak langsung, hukum tersebut wujud kerana ia disabdakan oleh Baginda saw. Tapi ianya hanya khusus pada daging unta bakar sahaja, kalau rebus atau buat sup atau selain daripadanya ianya tidak membatalkan wudhu. Itulah antara keindahan yang ditunjukkan oleh Rasulullah dalam Islam.

Sama-samalah kita hindari sikap suka memburukkan orang lain di hadapan umum kerana ianya merupakan sesuatu yang sangat dibenci oleh Allah. Malah anda sendiri pun akan berasa marah kalau ada orang lain yang membuka keburukan anda di hadapan orang lain secara umum. Begitu jugalah perasaan orang lain kalau anda membuka keaiban mereka di hadapan umum.

Apa-apa pun, saya sekadar berkongsi apa yang diberikan oleh ustaz tersebut semasa program. Saya sendiri pun masih tidak berani menjadikan ianya hujah untuk hukum tersebut (dalam hati kata, "takpalah dia ni ustaz salafi, mungkin betul kot..huhuhu"). Insya Allah kalau ada dalam kalangan kalian yang lebih mengetahui tentang sumber kisah ini, diharap dapat memberi teguran dan memperbetulkan saya. Saya hanya sekadar insan biasa yang sedang mendalami ilmu-ilmu agama, banyak yang harus ditimba lagi. Semoga bermanfaat.
   
     

Ulasan

  1. Assalamualaikum.. first time dengar cite ni..thanx for share.. kirenya batal la wudhuk kalo mkn daging unta bakar ek.. ooo..baru tau

    BalasPadam
  2. ini mengikut beberapa pandangan ulama la.. ada sesetengah ulama yang mengatakan bahawa riwayat kisah ini adalah lemah dan tidak boleh dipakai untuk berhujjah.. maka jika kita kembali kepada hukum yang disepakati, ianya adalah batal wuduk kalau makan daging unta, tak kira apa jua masakan yang dikenakan ke atas daging unta tersebut sama ada bakar, goreng, rebus, gulai dan lain2 lagi.. wallahua'lam..

    BalasPadam
  3. Jika mengikut pandangan syafiiyah tdak btl.so jika kite mkn unta dok payah la gsau..tak btl ikut hujah syafiiyah

    BalasPadam
  4. Tapi imam syafii pernah berkata kalau perkataan atau perbuatan yang ia katakan atau kerjakan ternyata salah dan tidak sesuai dengan apa yg di perbuat oleh rasulullah kita boleh menentang/tidak melakukan apa yg dilakukan dan diperbolehkan oleh imam syafii :)

    BalasPadam
  5. Toh imam syafii juga manusia

    BalasPadam
  6. Antara kite dan imam syafie mne yg lebih pandai menilai hukum?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pendapat Qadim Imam Syafie di Iraq batal dan Imam Nawawi pegang kena ambil wuduk semula

      Padam
  7. Ini cerita rekaan...tak ada asal dalam hadis. Boleh dikatakan ustaz tu pendusta agama.

    Kalau ikut cerita ni, batal wuduk disebabkan kentut, bukan sebab daging unta.

    Jadi macam mana tiba-tiba penulis blog ni tiba-tiba cakap daging bakar je batal wuduk, kalau sup takpa?

    ???

    BalasPadam
  8. Inikan bijaksana Rasul yg ingin tutupi aib sahabat. Jgn ambil sebagian cerita dan tinggalkan yg lain

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum,

    Mengikut hadis yang dinyatakan sahih bahawa bila memakan daging unta kenalah berwuhdu manakala daging kambing tidak perlu berwudhu namun kalo nak berwudhu juga tidak di larang.

    Hadits Jabir, Nabi sallallahu’alaihi wa sallam ditanya, "Apakah kami berwudu dari (memakan) daging onta?" Beliau menjawab: “Ya". Orang itu bertanya (lagi): “Apakah kami berwudu dari (memakan) daging kambing?" Beliau menjawab: “Jika anda mau." (HR. Muslim, no. 360)

    Hadits Bara, Nabi sallallahu’alaihi wa sallam ditanya tentang daging onta? Beliau menjawab: “Berwudulah kalian darinya." Lalu beliau ditanya tentang daging kambing, maka beliau menjawab: “Tidak perlu berwudu.” (HR. Abu Daud, no. 184, Tirmizi, no. 81. Dishahihkan oleh Imam Ahmad, Ishaq bin Rahaweh)

    Tapi tidak pernah pula aku mendengar kerana salah seorang sahabat Nabi berkentut. Dan kalo di ikut dari hadis di atas tiada kena mengena pasal cerita yang ustaz anda cerita kan. Pada pendapat saya lah kerana saya kira logik sedikit kerana semasa Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s sehingga lah ke Nabi Isa a.s daging unta adalah di haramkan bagi umatnya. Di bawah ini adalah bukti larangan memakan daging unta selain babi:

    "1 And the LORD spoke to Moses and Aaron, saying to them, 2 “Speak to the people of Israel, saying, These are the living things that you may eat among all the animals that are on the earth. 3 Whatever parts the hoof and is cloven-footed and chews the cud, among the animals, you may eat. 4 Nevertheless, among those that chew the cud or part the hoof, you shall not eat these: The camel, because it chews the cud but does not part the hoof, is unclean to you. 5 And the rock badger, because it chews the cud but does not part the hoof, is unclean to you. 6 And the hare, because it chews the cud but does not part the hoof, is unclean to you. 7 And the pig, because it parts the hoof and is cloven-footed but does not chew the cud, is unclean to you. 8 You shall not eat any of their flesh, and you shall not touch their carcasses; they are unclean to you.( Leviticus 11:1-8)

    "4 These are the animals you may eat: the ox, the sheep, the goat, 5 the deer, the gazelle, the roebuck, the wild goat, the ibex,a the antelope, and the mountain sheep. 6 Every animal that parts the hoof and has the hoof cloven in two and chews the cud, among the animals, you may eat. 7 Yet of those that chew the cud or have the hoof cloven you shall not eat these: the camel, the hare, and the rock badger, because they chew the cud but do not part the hoof, are unclean for you. 8 And the pig, because it parts the hoof but does not chew the cud, is unclean for you. Their flesh you shall not eat, and their carcasses you shall not touch.( Deuteronomy 14:4-8)

    Wasalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni disebabkan nabi yakub a.s mengharamkan daging yang paling disukainya sebagai nazar jika dia sembuh dari penyakit yang dia alami...

      Padam

Catat Ulasan