Sahaja Aku Mengumpat Kerana ALLAH..

    

Ya, sedar tak sedar kita selalu bercerita perihal orang lain dalam perbualan kita sehari-harian bersama teman. Baik lelaki mahupun wanita perihalnya sama saja. Secara tidak sedar kita telah berada di jurang pengumpatan. Sedikit sahaja lagi akan terjerumus ke dalam jurang dosa.

Apabila kita duduk-duduk bersama teman sambil minum di petang hari, pelbagai kisah dan rencah lidah yang menemani kita. Adakalanya rencah itu pedas, adakalanya masam, masin, manis dan sebagainya. Kita terlalu mudah untuk menceritakan perihal manusia lain dalam perbualan harian kita. Bukan saya nak mengata orang lain, diri saya sendiri kadang-kadang sebegitu. Wal ‘iyadzu billahi min zalikal ‘amal.

Manusia itu penuh dengan dengki.

Hakikatnya dalam diri seorang manusia itu kebiasaannya ada tersimpan sedikit perasaan iri hati atau dengki terhadap manusia lain. Dan kebiasaannya yang menjadi sasaran iri hati tersebut adalah kawan-kawan sekeliling kita lah. Sebab apa? Sebab mereka adalah insan terdekat yang berada di samping kita. Kita mengetahui perihal diri mereka lebih daripada orang lain. Kita tahu semua kelebihan dia, kita juga tahu setiap keburukan mereka. Macam-macam lagi perihal mereka yang berada dalam genggaman pengetahuan kita kerana mereka hidup hampir dengan kita.

Maka, syaitan mula menjalankan tugasnya. Dia mula membisikkan kata-kata nista terhadap anda supaya merasa dengki dengan setiap kejayaan sahabat anda. Apabila sudah terdetik sahaja secebis perasaan iri, maka bermulalah jarum kejahatan syaitan akan menyelinap masuk dan meneruskan cucukan demi cucukan. Syaitan akan melaksanakan setiap tipu daya mereka dengan langkah-langkah yang tersusun, sesuai dengan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 168:

وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan..”

Jika syaitan sendiri pun ada langkah-langkah tertentu dalam menghasut manusia, maka manusia apatah lagi harus menyediakan langkah-langkah juga untuk menjadi seorang yang beriman dan bertaqwa di sisi Allah swt sekaligus menjauhkan bisikan syaitan daripada bermaharajalela dalam diri anda. Harus ada perancangan, langkah dan strategi terlebih dahulu, bukannya hanya mendiamkan diri dan menyerahkan urusan takdir kepada Allah semata-mata.

Maka apabila syaitan telah berjaya menanamkan benih iri dan dengki dalam diri, kita pun akan mula berbicara sedikit demi sedikit tentang perihal kawan kita tu, bermula dari yang buruk sehinggalah kepada keaibannya.

Langkah mengatasi

Kita menyedari bahawa amatlah sukar untuk menghindar daripada perbuatan mengumpat dalam perbualan kita sehari-harian. Apabila kawan kita mula buka cerita, kita rasa berat untuk menolak cerita tersebut kerana kita sendiri memang akan berminat untuk mengetahuinya. Namun di sini ada satu pedoman yang boleh kita sama-sama ambil untuk jadikan penawar, dan sekurang-kurangnya kita dapat mengubah tabiat mengumpat kepada sesuatu yang lebih baik lagi bermanfaat, dan in shaa Allah semakin lama semakin jauh daripada tabiat buruk ini.

Pedoman ini diambil daripada kisah seorang tabi’in terkenal yang hidup di zaman para sahabat. Nama beliau memang sudah tidak asing lagi iaitu Muhammad bin Sirin Radiallahu ‘Anhu. Maka apakah yang dilakukan oleh tokoh ini dalam sirah beliau? Mari kita cuba gali kisah dan sirah beliau yang maha agung ini. Apa yang saya cuba petik ini hanya sebahagian sahaja daripada kisah agung sepanjang kehidupan beliau di zaman para tabi’in. Nak tahu lebih lanjut boleh baca dalam buku ini.

Atau dari judul asalnya (صور من حياة التابعين)

Antara tingkah laku beliau dalam menghadapi kaum yang suka mengumpat ialah, apabila manusia menceritakan keburukan orang lain dalam sesebuah majlis, beliau akan segera menceritakan kebaikan-kebaikan orang tersebut pula sepanjang pengetahuan beliau. Beliau akan menyebarkan kisah kebaikan orang tersebut sebanyak yang mungkin dan tidak akan membiarkan manusia berlarutan dalam umpatan mereka hingga mencapai keburukan yang banyak. Beliau akan memastikan bahawa di akhir perbualan tersebut manusia akan hilang perasaan jelek terhadap mangsa umpatan tersebut seterusnya mengingati kebaikan-kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang tersebut.

Bahkan ketika manusia sedang berbicara tentang kejahatan seorang pemimpin, beliau dengan tegas berkata kepada orang tersebut, “Diamlah wahai saudaraku. Sesungguhnya orang yang kau umpat itu sudah kembali ke pangkuan Tuhannya. Nanti saat kau kembali kepada Tuhanmu kelak kau akan dapati dosa kecil yang kau lakukan di dunia ini pun adalah lebih memedihkan daripada dosa yang dilakukan oleh orang yang kau umpat itu. Ketahuilah, Allah swt akan menuntut dari dia atas orang-orang yang dizaliminya sebagaimana dia menuntut atas orang yang menzaliminya. Maka janganlah engkau sibukkan dirimu dengan memaki orang lain lagi selepas ini.”

Ertinya, sekalipun anda mengatakan keburukan orang lain kepada manusia, ianya tidak akan mengurangi kesengsaraan anda sedikitpun di akhirat kelak. Maka apakah kebaikan yang anda dapat daripada hasil umpatan tersebut? Merasakan puas? Lantas seandainya puas, apa pula jaminan bahawa anda akan berasa puas di akhirat sana? Kepuasan mana yang lebih harus diutamakan, dunia ataupun akhirat?

Kesimpulan

Maka bersabarlah sedikit di atas dunia. Kerana hakikatnya orang-orang yang sabar adalah orang yang berjaya. Kerana apa, kerana mereka sabar dalam melaksanakan amal, sabar dalam beribadah, sabar dalam meninggalkan kemaksiatan walaupun hati dan nafsu meronta-ronta ingin melakukan maksiat. Kawan-kawan, ingatlah selalu bahawa Allah sentiasa bersama di sisi. Dan janji Allah adalah bersama dengan mereka yang sabar. Tinggalkanlah segala amalan buruk, perbanyakkanlah amalan-amalan kebaikan. Sebagaimana kita tidak suka manusia bercerita keburukan kita, demikian jugalah orang lain tidak suka jika keburukan mereka tersebar.

Dan yang terakhir, sebelum menceritakan keburukan orang lain, cuba anda ceritakan keburukan diri sendiri dahulu. Ada bran?
     

1 Bisikan:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    BalasPadam

 

Like Our Page

TQ to all my followers =)

Recent Visitors