Rintihan Ramadhan : Tersungkur di pintu Syawal.


aduhai... ramadhan...

aku hanya insan lemah.
yang menggonggong secebis iman
dan berlataran dalam noda dunia

tika iman di atas, aku baik
tika iman di bawah, aku jahat
aku masih belum kenal akhirat sepenuhnya
masih belum puas dengan dunia sepenuhnya.
dosa masih banyak
pahala masih kurang.
hanya ku harap 
semoga setiap amalan ku diterima

entahlah
berharap pada apa yang tidak aku lakukan
mungkin aku adalah dalam kalangan yang rugi
kerana tidak beribadah dengan rancak
sepanjang ramadhan
Ya Allah, terimalah segala amalku
walau sedikit, dan tidak pernah banyak
hanya engkau, yang akan menghukum aku
sama ada ke syurga
atau nerakamu.
namun aku tanak nerakaMu
aku takut Ya Allah
janganlah Ya Allah!

andai ini ramadhan terakhirku
hanya satu ku pohon
redhalah aku sebagai hambaMU
andai Engkau seksa aku
aku hanyalah hambaMu yang tidak berdaya
dan tidak mampu melawan segala takdirMu
namun andai Engkau mengampuniku
sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengampun
lagi Maha Luas Kurnia
dan Maha Mengasihani hamba-hambaMu

terimalah
kesaksian amal ini
hanya keranaMu
hadrat kebesaranMU
   

Ulasan