Selangor yang ku cinta..

Selangor yang gawat! Haha, sejauh mana tanggapan umum terhadap negeri lahirku ini. Bermacam spekulasi bermain di sekeliling dan kita hanya mendapat maklumat daripada persekitaran kita sahaja. Maklumat yang berbaur provokasi ke atas pihak-pihak tertentu, sekadar memenuhi kepentingan politik mereka sahaja, namun segala kebenaran hanya Allah sahaja mengetahuinya.

Inilah fitnah yang diperkatakan oleh Allah dalam kehidupan akhir zaman. Orang yang menfitnah tidak dianggap jahat, malah orang yang terkena fitnah tersebutlah yang seringkali dipandang buruk. Golongan yang mengatakan kebenaran seringkali dipersisih dan diketepikan. Terkadang hati saya sendiri muak mendengar tohmahan-tohmahan yang dilemparkan kepada PR yang berbaur fitnah dan pengubahan fakta. Bak pepatah arab ada menyebut, "sudahlah menyakiti orang yang tidak bersalah, mengadu dirinya disakiti pula.."

Sebenarnya niat saya menulis kali ini kerana ingin berkongsi sedikit maklumat tentang isu yang hangat diperkatakan di Selangor baru-baru ini, iaitu isu kuil. Tapi sebelum saya pergi dengan lebih jauh, marilah kita cuba lihat semula apakah perkara duduk sebenar yang melanda dalam isu kuil ini lantaran terdapat ramai dalam kalangan sahabat saya yang tidak faham cerita sebenar. Saya tidak mahu maklumat yang diterima dalam kalangan kita hanya dari sebelah pihak semata-mata.

Isunya ringkas sahaja, tidaklah terlalu memeningkan. Simple. Ianya bermula apabila MB mengumumkan akan memindahkan kuil Sri Maha Kaliamman yang terletak di seksyen 19 ke seksyen 23 kerana permintaan penduduk setempat. Namun yang menyebabkan isu ini menjadi hangat lantaran terdapat sesetengah golongan yang sengaja menginginkan perpecahan dalam kalangan rakyat. Isu perkauman mula dilancarkan.

Dalam isu kuil yang melanda seksyen 23 Shah Alam, golongan-golongan yang lantang membangkitkan isu ini kelihatan begitu ghairah sekali dengan permasalahan yang menimpa. Mereka berusaha mengapi-apikan rakyat Selangor dengan hasutan media masa, provokasi akhbar dan penyelewengan fakta. Salah satu yang sering diperkatakan ialah PR mengikut telunjuk DAP. Sejauh mana kebenaran itu dapat dibuktikan? Sedangkan pelajaran Sejarah Malaysia silibus sekolah menengah sendiri pun terdapat penyelewengan tertentu. Atau dengan lebih jelas, kita ambil contoh negara Jepun. Rakyat-rakyat yang hidup selepas aman daripada zaman penjelajahan sendiri tidak mengetahui bahawa bangsa Jepun pada suatu ketika dahulu merupakan negara yang kejam, menyeksa orang sebelum membunuhnya sesuka hati. Apa yang ditanamkan dalam pemikiran mereka hanyalah fakta-fakta yang diubah suai dan ditambah dengan perahan asam limau nipis. Tapi tidak mengapalah, yang kita ingin bincang di sini ialah negara kita Malaysia, bukannya Jepun.

Kita cakap dengan bukti, bukan dengan tuduhan liar. Antara penyelewengan yang dilakukan oleh pihak tersebut ialah dengan mengatakan bahawa golongan yang turut serta dalam demonstrasi mengarak kepala lembu telah dilakukan oleh orang-orang PAS, PKR dan UMNO sendiri. Kononnya mereka bersatu-padu dalam menentang isu tersebut. Namun apa yang terselindung disebalik fitnah tersebut adalah berlawanan. Ketika ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat sesi dialog bersama mereka di Majlis Bandaraya Shah Alam, ternyata tiada seorang pun ahli PAS atau PKR yang menyertai perarakan tersebut. Malah katanya mereka yang menyertai sesi dialog tersebut merupakan orang yang sama mengikuti perarakan tersebut. Lantaran mendapat sokongan daripada Datuk Seri Hishamuddin sendiri, maka mereka telah bertindak dengan lebih berani dan menimbulkan kekecohan dalam sesi dialog tersebut menyebabkan ianya tidak berjalan dengan lancar. Mereka lebih menzahirkan perasaaan anti perkauman yang menebal dan kelihatan sekadar melampiaskan kemarahan tanpa berniat untuk menjernihkan keadaan.

Manakala disebalik isu pemindahan kuil tersebut yang usianya telah lebih dari 100 tahun, pada asalnya telah menjadi satu tuntutan penduduk di seksyen 19 untuk memindahkan kuil tersebut sejak bertahun-tahun lamanya, sebelum PR memegang wilayah itu. Kerajaan BN sekadar mendengar rungutan itu tanpa sebarang tindakan. Dan sekarang setelah kerajaan PR memegang Selangor ternyata merupakan masa yang sesuai untuk mereka membangkitkan isu ini. Di sini sahaja telah nampak betapa busuknya hati mereka, bukan bertindak kerana ingin menegakkan Islam tetapi berniat memecah-belahkan PR lantaran sokongan undi yang kian merosot di pihak mereka.

Antara lain, dalam laman web agendaselangor.com, mereka memperkatakan bahawa pihak PAS telah memperalatkan Al-quran dalam menjawab dakwaan yang membabitkan isu kuil tersebut. Bagi saya ini merupakan tuduhan orang jahil yang berlagak pandai. Apa yang mereka pandang dalam al-quran tersebut tidak lain hanya yang membabitkan kepentingan mereka sahaja tanpa mengambil berat hukum sebenar yang telah termaktub. Dalam Islam, amalan menghina agama lain sangat ditegah. Saya lampirkan link di sini untuk kemudahan rujukan kalian. Ambillah mana yang baik.

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8087.0

Sekadar itu dahulu coretan ringkas saya.

Ulasan