Subhanallah... terliur la pulak tengok kambing bakar ni...
Alhamdulillah, sekian lamanya tidak berblog. Kadang-kadang rindu juga ingin mengarang, tapi kekangan masa dan idea menyebabkan laman ini sering kontang dari entri terbaru. Huhuhu. Tidak mengapalah.
Insya Allah pada kesempatan kali ini saya ingin
berkongsikan sebuah perkara bersama kalian. Iaitu tentang isu 'memakan daging
unta membatalkan wudhu'.
Mungkin ada yang sudah sedia maklum tentang perkara ini
dan ada juga yang masih baru tentang hal ini. saya sendiri pun agak baru
mendengar tentang hukum ini. maklumlah, negara kita tidak punya unta, maka
sangat jarang kita memakan dagingnya.
Dalam beberapa bulan yang lepas, saya ada mengikuti
sebuah program anjuran Asia Global Marketing. Saya dijemput sebagai fasilitator
kepada sekumpulan pelajar dari UiTM Shah Alam. Banyak aktiviti dan pengisian
yang menarik sepanjang saya berada dalam program tersebut.
Dan antara yang menariknya adalah tentang bengkel wudhu
dan solat menurut sunnah. Banyak perkara baru yang saya pelajari sepanjang
program tersebut walaupun hakikatnya saya bukan peserta.
Dan antara yang diperbincangkan adalah tentang batalnya
wudhu apabila memakan daging unta. Pada mulanya saya juga pelik dan hairan kenapa
ianya membatalkan wudhu, sedangkan memakan daging-daging selain unta tidak
batal pula.
Alhamdulillah sepanjang perbincangan kami, ustaz yang
membimbing kami dalam program tersebut telah menerangkan tentang asal-usul
kejadian atau peristiwa yang menyebabkan makan daging unta menyebabkan batal
wudhu.
“Pada suatu hari, Rasulullah saw bersama para sahabat Baginda makan bersama-sama dalam satu majlis jamuan. Makanan yang dihidangkan
dalam majlis tersebut adalah daging unta bakar. Maka mereka semua pun makanlah
dengan gembiranya. Tiba-tiba ada salah seorang sahabat terkentut dalam
majlis tersebut sehingga menyebabkan majlis menjadi riuh rendah. Tiada siapa
yang tahu siapa gerangannya si pengentut itu kecuali Rasulullah. Usai majlis,
masuknya waktu solat dan Rasulullah mengarahkan semua sahabat untuk bersolat. Maka
dalam ramai-ramai itu semua menunggu siapakah yang akan pergi mengambil wudhu
kerana orang yang mengambil wudhu sudah tentulah orang yang kentut dalam majlis
jamuan tadi. Namun tiada seorang pun yang berani untuk mengambil wudhu. Menyedari
hal itu, maka Rasulullah pun bersabda bahawa sesiapa yang memakan daging unta
bakar maka batallah wudhu’nya, dengan tujuan untuk menutup keaiban sahabat Baginda itu. Mendengar perintah itu, maka semua orang pun pergilah mengambil
wudhu beramai-ramai dan solatlah mereka berjemaah bersama Rasulullah selepas
itu…..”
Demikianlah apa yang disampaikan oleh ustaz yang
membimbing kami semasa program tersebut. Saya tidak dapat mengenal pasti adakah
ianya benar-benar datang dari sumber yang sahih kerana saya pun terlupa untuk
bertanyakan hal itu kepada beliau.
Saya cuba juga mencari tentang kisah ini di internet
(dalam hati, saja ingin test ada ke kisah ni kat internet), tapi tiada. Yang ada
hanyalah beberapa hadis dan pandangan fuqaha tentang hukum batal wudhu memakan
daging unta. Nak merujuk dari kitab lagilah tak sempat. Huhuhu.
Walaupun begitu, yang menarik perhatian saya adalah
bagaimana Rasululllah begitu menjaga keaiban sahabat baginda di hadapan orang
ramai sehingga secara tidak langsung Baginda telah menggagaskan satu hukum
baharu dalam dunia fiqh. Hanya kerana ingin menutup rasa malu yang menyelubungi
sahabat Baginda maka hukum ini diwujudkan. Demikianlah betapa besarnya nilai
maruah dan martabat seseorang insan di sisi Islam. Betapa Islam menjaga maruah
diri antara muslim dengan muslim yang lain.
Maka secara tidak langsung, hukum tersebut wujud kerana
ia disabdakan oleh Baginda saw. Tapi ianya hanya khusus pada daging unta bakar
sahaja, kalau rebus atau buat sup atau selain daripadanya ianya tidak
membatalkan wudhu. Itulah antara keindahan yang ditunjukkan oleh Rasulullah
dalam Islam.
Sama-samalah kita hindari sikap suka memburukkan orang
lain di hadapan umum kerana ianya merupakan sesuatu yang sangat dibenci oleh Allah.
Malah anda sendiri pun akan berasa marah kalau ada orang lain yang membuka
keburukan anda di hadapan orang lain secara umum. Begitu jugalah perasaan orang
lain kalau anda membuka keaiban mereka di hadapan umum.
Apa-apa pun, saya sekadar berkongsi apa yang diberikan
oleh ustaz tersebut semasa program. Saya sendiri pun masih tidak berani
menjadikan ianya hujah untuk hukum tersebut (dalam hati kata, "takpalah dia ni
ustaz salafi, mungkin betul kot..huhuhu"). Insya Allah kalau ada dalam kalangan
kalian yang lebih mengetahui tentang sumber kisah ini, diharap dapat memberi
teguran dan memperbetulkan saya. Saya hanya sekadar insan biasa yang sedang
mendalami ilmu-ilmu agama, banyak yang harus ditimba lagi. Semoga bermanfaat.
Assalamualaikum.. first time dengar cite ni..thanx for share.. kirenya batal la wudhuk kalo mkn daging unta bakar ek.. ooo..baru tau
BalasPadamini mengikut beberapa pandangan ulama la.. ada sesetengah ulama yang mengatakan bahawa riwayat kisah ini adalah lemah dan tidak boleh dipakai untuk berhujjah.. maka jika kita kembali kepada hukum yang disepakati, ianya adalah batal wuduk kalau makan daging unta, tak kira apa jua masakan yang dikenakan ke atas daging unta tersebut sama ada bakar, goreng, rebus, gulai dan lain2 lagi.. wallahua'lam..
BalasPadamJika mengikut pandangan syafiiyah tdak btl.so jika kite mkn unta dok payah la gsau..tak btl ikut hujah syafiiyah
BalasPadamTapi imam syafii pernah berkata kalau perkataan atau perbuatan yang ia katakan atau kerjakan ternyata salah dan tidak sesuai dengan apa yg di perbuat oleh rasulullah kita boleh menentang/tidak melakukan apa yg dilakukan dan diperbolehkan oleh imam syafii :)
BalasPadamToh imam syafii juga manusia
BalasPadamAntara kite dan imam syafie mne yg lebih pandai menilai hukum?
BalasPadamPendapat Qadim Imam Syafie di Iraq batal dan Imam Nawawi pegang kena ambil wuduk semula
PadamIni cerita rekaan...tak ada asal dalam hadis. Boleh dikatakan ustaz tu pendusta agama.
BalasPadamKalau ikut cerita ni, batal wuduk disebabkan kentut, bukan sebab daging unta.
Jadi macam mana tiba-tiba penulis blog ni tiba-tiba cakap daging bakar je batal wuduk, kalau sup takpa?
???
Memangnya kentut batal wuduk bila Rasulullah nak jaga aib sahabat maka jadilah hukum
PadamCerita ustaz ini bukan saja palsu, malah merapu dan mereka-reka asal hukum Islam tanpa dalil yang sah. Jangan jadikan Islam agama kartun. Rujuk penjelasan bekas mufti wilayah di link yang saya bagi ini https://zulkiflialbakri.com/370-daging-unta-membatalkan-wuduk/
PadamInikan bijaksana Rasul yg ingin tutupi aib sahabat. Jgn ambil sebagian cerita dan tinggalkan yg lain
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamMengikut hadis yang dinyatakan sahih bahawa bila memakan daging unta kenalah berwuhdu manakala daging kambing tidak perlu berwudhu namun kalo nak berwudhu juga tidak di larang.
Hadits Jabir, Nabi sallallahu’alaihi wa sallam ditanya, "Apakah kami berwudu dari (memakan) daging onta?" Beliau menjawab: “Ya". Orang itu bertanya (lagi): “Apakah kami berwudu dari (memakan) daging kambing?" Beliau menjawab: “Jika anda mau." (HR. Muslim, no. 360)
Hadits Bara, Nabi sallallahu’alaihi wa sallam ditanya tentang daging onta? Beliau menjawab: “Berwudulah kalian darinya." Lalu beliau ditanya tentang daging kambing, maka beliau menjawab: “Tidak perlu berwudu.” (HR. Abu Daud, no. 184, Tirmizi, no. 81. Dishahihkan oleh Imam Ahmad, Ishaq bin Rahaweh)
Tapi tidak pernah pula aku mendengar kerana salah seorang sahabat Nabi berkentut. Dan kalo di ikut dari hadis di atas tiada kena mengena pasal cerita yang ustaz anda cerita kan. Pada pendapat saya lah kerana saya kira logik sedikit kerana semasa Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s sehingga lah ke Nabi Isa a.s daging unta adalah di haramkan bagi umatnya. Di bawah ini adalah bukti larangan memakan daging unta selain babi:
"1 And the LORD spoke to Moses and Aaron, saying to them, 2 “Speak to the people of Israel, saying, These are the living things that you may eat among all the animals that are on the earth. 3 Whatever parts the hoof and is cloven-footed and chews the cud, among the animals, you may eat. 4 Nevertheless, among those that chew the cud or part the hoof, you shall not eat these: The camel, because it chews the cud but does not part the hoof, is unclean to you. 5 And the rock badger, because it chews the cud but does not part the hoof, is unclean to you. 6 And the hare, because it chews the cud but does not part the hoof, is unclean to you. 7 And the pig, because it parts the hoof and is cloven-footed but does not chew the cud, is unclean to you. 8 You shall not eat any of their flesh, and you shall not touch their carcasses; they are unclean to you.( Leviticus 11:1-8)
"4 These are the animals you may eat: the ox, the sheep, the goat, 5 the deer, the gazelle, the roebuck, the wild goat, the ibex,a the antelope, and the mountain sheep. 6 Every animal that parts the hoof and has the hoof cloven in two and chews the cud, among the animals, you may eat. 7 Yet of those that chew the cud or have the hoof cloven you shall not eat these: the camel, the hare, and the rock badger, because they chew the cud but do not part the hoof, are unclean for you. 8 And the pig, because it parts the hoof but does not chew the cud, is unclean for you. Their flesh you shall not eat, and their carcasses you shall not touch.( Deuteronomy 14:4-8)
Wasalam.
Ni disebabkan nabi yakub a.s mengharamkan daging yang paling disukainya sebagai nazar jika dia sembuh dari penyakit yang dia alami...
Padam