“Ki, kau taw tak ust Badruldin masuk wad
kena strok?” laungnya dari beranda rumah.
Saya tersentak. Ust Badruldin merupakan
ayah kepada sahabat baik saya. Khabarnya sahabat baik saya itu baru saja pulang
dari Mesir, namun saya masih belum berkesempatan untuk bertemu dengannya. Lama
sudah perasaan rindu ini saya pendam untuk bertemu.
“Eh yeke, tak tau pulak.. ni baru taw..
dah lama ke?” jawab saya sambil disusuli pertanyaan lain.
“Ada la dalam 2 3 hari dah. Pukul 12
nanti kita pergi ziarah kat hospital..” kata ayah. Saya termangu sambil tangan
memegang getah paip yang memuntahkan air tanpa henti.
*****
Saya tiba di hospital. Mata melilau-lilau
mencari kelibat sahabat baik saya itu. Tetamu yang berziarahan agak ramai. Semua
merupakan teman-teman ayahnya, merangkap ustaz dan ustazah yang pernah mengajar
saya di SAMT Batu 38.
Seraut wajah kusam dan muram kelihatan. Itulah
wajah yang saya cari. Air mukanya sedang menahan kesedihan. Manakan tidak, baru
saja pulang ke Malaysia dengan niat ingin bertemu dan bermesra dengan sanak
keluarga yang dirindui, namun takdir Ilahi mencaturkan segala kisah dan diari.
“Waafi, apa khabar?” saya memulakan
ramah sambil menghulur tangan mengunjurkan salam. Dua telapak tangan bertemu. Berpadu
dengan kerinduan yang telah dipendam lama.
“Alhamdulillah, ki.. lama tak jumpa...” ujarnya
dalam nada sugul. Seulas senyuman yang saya hulurkan pun hanya dibalas suram. Saya
memahami kondisi perasaannya. Senyuman dikendurkan semula. Hakikatnya terlalu
gembira dapat bertemu dengannya.
“Macamana keadaan ayah kau, ok?” tanya
saya memulakan bicara sambil mata menjeling ke arah katil tempat ayahnya
dibaringkan. Ayahnya kelihatan tidak sedarkan diri. Mata tertutup, tapi
mulutnya kelihatan terbuka.
“Hmm.. macam tu lah. Dia tak sedarkan
diri,” balasnya ringkas.
“Sejak bila lagi dia sakit ni?”
“Ada la dalam dua tiga hari lepas.. masa
jumaat malam baru-baru ni ayah aku sihat lagi, dia kata nak jemput aku kat
airport... tapi bila keesokan paginya, tiba-tiba ayah aku tak dapat bergerak..”
ujarnya menceritakan kronologi secara ringkas.
“Owh, jadi siapa yang ambik engkau kat
airport?” tanya saya.
“Kakak aku, tapi ni dia dah balik kolej
dah,” balasnya. Kami terus berbual, melampiaskan rindu yang telah lama
bersulam. Bertanyakan keadaan di Mesir dan sebagainya. Dan dia pula bertanyakan
keadaan saya di bumi Malaysia.
Perbualan kami berlarutan tidak lama
kerana keadaan tidak mengizinkan. Ayahnya terpaksa dihantar ke hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut kerana kondisinya tidak menunjukkan perubahan. Sebelum
berangkat pulang sempat saya hadiahkan doa kepada ayahnya dan seluruh isi
keluarganya.
“Ok apa-apa hal contact aku ye,” ujar
saya mengakhiri pertemuan.
Sebelum berangkat pulang, kami singgah
di masjid berhampiran untuk bersolat zuhur. Kebetulan memang baru masuk
waktunya.
Entah kenapa terasa solat zuhur kali ini
sangat mensyahdukan. Hinggakan air mata yang jarang menitis ini pun berteleku
di tubir retina.....
*****
Malam itu saya menjalankan aktiviti
biasa di hadapan laptop, dan tiba-tiba telefon berdering.
“Assalamualaikum ki,, ayah aku dah takde....”
suara serak basah diiringi esak tangis menerjah gegendang telinga. Saya terdiam.
Tidak mampu bertanya, apatah lagi menzahirkan emosi. Mulut seakan ingin
bertanya, tapi gugup. Hilang segala bicara. Agak lama saya dengan keadaan itu,
hinggalah dia mengucapkan salam kesejahteraan dan meletakkan telefon.
Saya masih terdiam beberapa minit. Loading.
Otak saya keras berputar. Dalam dua dimensi, antara sedar atau mimpi.
.
.
.
.
.
.
“Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun...”
akhirnya hanya ungkapan itu yang mengiringi segala-galanya.
wow! awek baru la. jelesnye. ngee~
BalasPadaminnalillah~ skrg nie ramai yg meninggal kn.. baru2 nie kwn ayah e'in meninggal gak..
BalasPadamamilin - jangan jelez2, x bek..huhuhu
BalasPadamein - demikianlah Allah mengambil segala kepunyaanNya tanpa perlu meminta kepada hambaNya pun... huhu