Pulanglah Bersama KETENANGAN...

   
..mungkin hanya mainan perasaan..

entah kenapa hari-hari yang berlalu
seolah-olah bayangan kematian bagi diriku..

perasaan tidak senang
jiwa tidak keruan
hati tiada tenteram
pemikiran kacau dan bilau..

setiap langkah yang diatur
diiringi dengan bisikan sakarat yang menyeringai
berdatangan dari setiap penjuru arah

ia berulang-ulangan tiada berhenti
seolah-olah tiada peluang melarikan diri

dan aku terkedu sendirian

aku menyuarakan perasaan ini pada mereka
dan mereka memarahi aku

"sudah cukup amalankah berbicara tentang kematian?"

secara tidak langsung ianya kenyataan yang menempelak diri

"berapa banyak amalan yang telah aku lakukan.."

aku ingin mengulangnya sebanyak yang mungkin pada sendiri
kerana aku sedar ianya sekadar soalan
yang memang tiada jawapan

dan tidak berani dijawabkan

dan ianya akan menjadi persoalan
yang hanya akan dijawab oleh

MALAIKATUL MAUT

berterima kasihlah kepadanya

"kematian akan mengejarmu pada esok hari..
namun andai kau bertemu dengannya pada hari ini
sesungguhnya aku berdengki
kerana Dia lebih menyayangi kamu
daripada aku..."

kirimkanlah doa kesejahteraan
andai giliranku tiba malam ini...
namun
andai namamu yang diseru
pulanglah kepada-Nya 
bersama ketenangan...

Ulasan