New artwork..

Sekadar ingin memuat naik sketch terbaru saya. Belum ada kelapangan untuk edit lagi. Baru-baru ini saya ada melawat sebuah tutorial mewarna yang diterbitkan oleh Freshie, namun belum sempat mencuba sepenuhnya. Baru peringkat permulaan, tambah-tambah belum mempunyai kepakaran penuh dalam penggunaan Adobe Photoshop. Kalau sekadar crop picture tu pandai la. Hehe. Niat di hati ingin memuat naik lebih banyak sketch, namun di rumah tiada scanner. Kalau di APIUM seringkali saya meminjam scanner milik sahabat saya, Dr. Asy. Emm satu lagi, baru-baru ini saya telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan
membuat komik sempena program ihya' ramadhan anjuran MURSYID '09. Namun apa yang menyedihkan saya tidak berpeluang merasai hadiah yang diberikan kerana tidak menghadiri majlis penyampaian hadiah pada malam majlis perasmian penutup MURSYID '09 lantaran ada beberapa kekangan. Pihak MURSYID mengatakan terdapat wakil yang mengambil hadiah tersebut, namun bila saya bertanya sahabat-sahabat yang hadir dalam majlis tersebut mereka kata tiada. Hmm.. tidak mengapalah. Dapat tempat pertama pun telah saya kira sebagai satu kepuasan. Huhu.. Hasil karya tersebut masih berada dalam simpanan mereka. Insya Allah jika diberi kelapangan saya akan memuat naik di blog ini. Tunggu dan lihat saja..

Ulasan