berdetiklah..
dan setiap saat tidak akan pernah berhenti
tetap berlari sepertimana yang telah
ditetapkan
dan tetamu agungku Ramadhan
jua akan pergi
meninggalkan kamu dan aku
sungguh
bagai semalam ia hadir
menyapa tahajjud dan tasbihku
menjadi sahabat yang sentiasa menemani
lagikan beberapa jenak
kau dipaksa meninggalkan sekalian umat
yang bersedih dengan noda-noda lumpur dosa
kau tidak akan pernah menghirau
kau tidak akan pernah peduli
kerana amanah selama sebulan bukan satu tempoh masa yang sekejap
kecuali mereka yang terlalai dengan buaian nafsu
sebulan bagaikan sehari
seakan beberapa detikan sahaja
malah tidak menyedari pun kehadiran ramadhan
maka setiap teriakan yang merembeskan air mata
sudah tidak berguna lagi saat ini
kerana ramadhan tetap akan pergi
tetap akan beredar menghilangkan endah pada kalian
tetap akan mensia-siakan segala kerugianmu
tangisan pemergianmu itu sudah hilang harganya
kecuali kau tumpahkan ia disaat-saat akhir ramadhan ini
dalam sujud terakhirmu
sempena ia masih berbaki..
Ulasan
Catat Ulasan