Tuhan RINDU Kamu...

   
...berbisik dengan Asma' Agung, Rabbul Jalaali wal Ikram...
...بسم الله الرحمن الرحيم...

Manusia akan sentiasa mengeluh
akan sering mendomba
selalu merasa resah dan hiba
mula mencaci-caci tuhannya
apabila diuji dengan PENDERITAAN....

Allah menarik satu nikmat
sahaja
satu sahaja
sedangkan nikmat yang lain masih dibekalkan
masih mengalir dalam setiap tubuhmu
dalam desus nafasmu..

mengapa harus mengeluh dengan satu penderitaan tersebut
sedangkan dalam masa yang sama masih beroleh SEJUTA KENIKMATAN dariNya??

sabarlah hati
tenanglah jiwa..

pejamkan matamu
kucup manja hatimu
katakan pada diri...

"Tuhan..
barulah aku merintih saat ini
dengan kenikmatan yang satu itu..
sedangkan aku tidak pernah mensyukuri
sejuta kenikmatan yang Kau hidangkan padaku"


****

...ketahuilah sebenarnya
Dia ingin kau lebih dekat padaNya...

Ulasan