Nasyid malam merdeka..


Salam bicara. Hari ini dalam sejarah. Semenjak berganjaknya masa ke bulan ramadhan ini, terasa makin sibuk dengan pelbagai aktiviti. Itu belum lagi dicampur dengan assignment dan hafalan yang perlu diselesaikan. Almaklumlah, program ihya' ramadhan yang dikendalikan oleh adik-adik junior pada tahun ini ternyata bukan sekadar penghayatan terhadap ramadhan itu sendiri tetapi lebih meluas. Hari jumaat dan sabtu yang cuti itu pun dipenuhi dengan agenda-agenda tertentu. Dan malam ini pula akan diadakan program sambutan kemerdekaan pula bertempat di dewan Johor. Saya akan menyertai pasukan nasyid Al-hararr dalam persembahan malam ini. Sekalipun pemergian Hisyam telah berlalu hampir dua minggu, namun ianya tidak mematahkan semangat ketua kami untuk memenuhi jemputan yang telah diberikan itu.

Cuma terdapat sedikit perasaan kecewa apabila pasukan percussion rasmi kumpulan Al-hararr tidak dapat menyertai persembahan ini bersama. Saya pun tidak pasti apakah masalah sebenar mereka. Sekalipun telah dipujuk namun pendirian mereka tetap sama. Malas katanya. Satu alasan yang sangat tidak dapat diterima, waima siapa pun, alasan malas itu merupakan satu alasan yang sangat tidak wajar diberikan sama sekali. Umpama termati tanpa hujjah. Tidak dapat dilawan.

Dan akhirnya, atas inisiatif kami beberapa orang junior telah ditarik untuk membantu kami dalam permainan percussion. Alhamdulillah tidaklah teruk sangat, paling kurang ada la yang dapat main dengan baik walaupun belum kemas sepenuhnya. Satu permulaan baru bagi adik junior. Hehe.

Ulasan