*Terdetik untuk menulis artikel ini setelah terbaca satu ayat al-Quran yang sangat membuatkan saya terfikir. insya Allah, marilah mengambil manfaatnya bersama.
Hampir semua manusia yang berada di atas muka bumi, malah yang berada di sekeliling anda merupakan seorang yang penuh dengan agenda dan kepentingan sendiri. Sama ada sahabat, keluarga, saudara mara, pemimpin, orang bawahan dan sebagainya. Kehidupan manusia yang berangkaian dan penuh kompleks pada hari ini adalah disebabkan kerana kepentingan-kepentingan yang dipendam oleh seseorang manusia tersebut. Setiap perkara yang dilakukan atau dicurahkan, mesti ada sesuatu yang diharapkan.
Hampir semua manusia yang berada di atas muka bumi, malah yang berada di sekeliling anda merupakan seorang yang penuh dengan agenda dan kepentingan sendiri. Sama ada sahabat, keluarga, saudara mara, pemimpin, orang bawahan dan sebagainya. Kehidupan manusia yang berangkaian dan penuh kompleks pada hari ini adalah disebabkan kerana kepentingan-kepentingan yang dipendam oleh seseorang manusia tersebut. Setiap perkara yang dilakukan atau dicurahkan, mesti ada sesuatu yang diharapkan.
Usah berkata kepada orang lain. Apakata telunjukkan
jemari pada batang hidung sendiri. Apa sebenarnya yang kita inginkan dari
seorang sahabat? Mengapa kita rapat kepada seseorang dan selalu
menolong mereka dalam kesulitan? Mengapa kita berbuat baik kepada keluarga,
saudara mara dan lain-lain? Sudah tentu kerana kita inginkan sesuatu daripada
mereka, sama ada berbentuk abstrak ataupun konkrit. Kedua-duanya kita anggap
sebagai kepentingan atau kemahuan.
Kita sama-sama punya kepentingan. Kadang-kadang ada yang
sama kepentingannya antara satu sama lain. Dan begitu juga sebaliknya. Ada juga
yang berkepentingan baik, tak kurang juga yang berkepentingan tidak baik.
semuanya bergantung kepada apa matlamat dan motif seseorang menjalinkan
hubungan bersama anda.
Sama ada sedar ataupun tidak, rupa-rupanya kita saling
bertembung antara setiap kepentingan. Pertembungan ini kadang-kadang tidak kita
duga, adakalanya kita tidak sedar dan tidak terambil tahu pun. Pertembungan
demi pertembungan yang melibatkan kepentingan demi kepentingan. Dan akhirnya
pertembungan pada setiap kepentingan ini mewujudkan kecelaruan dalam komunikasi
dan sosial. Kita mula bertelagah dan berlakunya permusuhan, persengketaan,
saling mendengki, dan bermulalah silent protest. Saling mengukir
persepsi.
Agenda syaitan ke Muka Bumi
Bukan manusia sahaja yang punya kepentingan, syaitan juga
sama. Mereka berada di sekelilling kita. Mereka suka hidup bersama kita.
Hari-hari syaitan mengikuti kita kemana sahaja kita pergi. Malah bukan sekadar
mengikut, mereka juga menumpang di dalam tubuh manusia, dan bersarang dalam
hati manusia yang penuh dengan kekotoran. Kerana mereka sukakan tempat yang
kotor.
Namun syaitan mempunyai kepentingan yang jelas. Mereka
ingin menyesatkan manusia. Kita semua sedia maklum. Walaupun tidak bisa untuk
dilihat, tetapi bisa kita faham dan rasa. Berdasarkan pengetahuan yang ditanam
dalam diri. Tinggal cara perlaksanaan mereka sahaja yang masih belum jelas
dalam kalangan kita. Kita masih terperangkap dalam mainan syaitan walaupun kita
tidak dapat melihat mereka pun. Kadang-kadang macam bodoh, tapi itu memang
hakikat manusia.
Lantas kita bertanya pada diri, apa yang mendorong setiap
kepentingan tersebut dalam diri seorang manusia mahupun jin? Mengapa harus
wujudnya kepentingan-kepentingan tersebut dalam diri? Sejauh mana kepentingan
tersebut mempengaruhi diri seseorang pemiliknya dalam kebaikan atau keburukan?
Selagi mana kita punya nafsu dan akal, selagi itulah kita
sentiasa ingin sesuatu. Kita berkehendakkan kepada sesuatu yang mengenyangkan
nafsu atau akal. Kita ada nafsu, yang menginginkan setiap kesenangan. Kita ada
akal, yang memikirkan kenapa tidak pandai untuk mengambil kesempatan. Akal dan
nafsu saling bertemu. Bertarung siapa yang akan berada di atas, siapa yang akan
memacu siapa.
Dalam masa yang sama, ada syaitan pula yang menyokong
nafsu dari belakang. Maka tinggalkan akal berseorangan melawan nafsu dan
syaitan. Dua lawan satu. Keteguhan akal benar-benar teruji. Dan seringnya akal
kalah apabila melawan mereka berdua berseorangan. Persoalan yang timbul,
dimanakah pembantu bagi akal? Apakah selamanya akal akan berseorang menemani
jasad dalam kebaikan? Adakah hanya dengan akal mampu untuk menangkis serangan
daripada nafsu dan syaitan?
Ya. Akal bersendirian. Dan masih bertahan demi sebuah kebaikan.
Dan satu yang sering dilupakan sang pemilik jasad……
قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَأُغۡوِيَنَّہُمۡ أَجۡمَعِينَ (٣٩) إِلَّا عِبَادَكَ مِنۡہُمُ ٱلۡمُخۡلَصِينَMaksudnya: Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, (39) Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas di antara mereka. (40) al-Hijr
Inilah peneman kepada akal, Iaitu hati. Dialah yang akan memberi
kekuatan yang luar biasa kepada akal untuk mendepani kedua-dua musuh tersebut.
Namun ianya bersyarat, iaitu IKHLAS.
Dalam ayat di atas, iblis (syaitan) sendiri berkata kepada Allah
swt bahawa mereka akan menyesatkan manusia dengan hiasan-hiasan dunia. Semua
manusia akan disesatkan, kecuali mereka yang tertanam keikhlasan dalam hati
mereka. Ikhlas beribadah kerana Allah, ikhlas bekerja kerana Allah, dan ikhlas
dalam melakukan setiap pekerjaan hanya kerana Allah swt. Tiada keinginan selain
daripadaNya, sebuah penyerahan diri yang tertinggi dalam diari seorang ‘abid.
Itulah dia IKHLAS.
Itulah sebabnya untuk mengelakkan daripada berlaku persengketaan
atau permasalahan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan, sama ada yang
melibatkan urusan gerak kerja dakwah dan sebagainya, terutamanya yang berkaitan
dengan manusia, hendaklah kita tanamkan keikhlasan dalam diri supaya syaitan tidak
mudah menyusup masuk ke dalam hati kita dan membisikkan kata-kata kejahatan
yang berbaur hasad, dengki dan dendam sesama manusia.
Apabila kita sudah menguasai skill IKHLAS tersebut, secara tidak
langsung ianya merupakan sebuah penyerahan diri yang tertinggi ke hadrat Allah
swt. Tiada sebarang keinginan dan kepentingan lain yang bersarang dalam hati
kecuali untuk Allah swt dan agamaNya. Kita akan sentiasa berlapang dada dalam
melakukan sesuatu pekerjaan. Tiada lagi rungutan-rungutan yang berbisik di belakang
manusia. Setiap tingkah laku adalah didasari oleh pekerti muslim yang tinggi
dengan qudwah hasanah.
Maka secara tidak langsung, kita telah berjaya mengesampingkan
tipu daya syaitan daripada menjerat diri kita. Ingatlah, sebuah lagi janji
Allah yang menyambung ayat di atas tadi:
إِنَّ عِبَادِى لَيۡسَ لَكَ عَلَيۡہِمۡ سُلۡطَـٰنٌ إِلَّا مَنِ ٱتَّبَعَكَ مِنَ ٱلۡغَاوِينَMaksudnya: Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu (wahai iblis) sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri). (42)
Lihatlah, Allah telah menjanjikan bahawa syaitan dan iblis langsung tiada kuasa untuk menyesatkan manusia. Tidak pernah ada kekuatan bagi iblis dan syaitan untuk menyesatkan manusia, kecuali apabila manusia itu sendiri yang pergi mendengar dan mengikut apa yang diperkatakan oleh syaitan itu, dan ianya atas pilihan manusia itu sendiri. Kerana sesungguhnya syaitan itu penuh dengan muslihat dan tipu daya.
Kita tersesat hanya kerana kita tertipu dengan permainan licik syaitan durjana. Naudzubillahi min zalik.
Refleksi
Ayuh sahabat. Cek semula diri kita. Cek semula hati kita,
perasaan, dendam dan hasad. Renung-renungkan setiap yang berlaku dalam hidup
kita. Adakah kita benar-benar ikhlas dalam meniti hari-hari sebagai seorang
hamba dan ‘abid. Sebagai seorang yang punya taklifan yang besar. Sudahkan kita
ikhlaskan hati, memacu niat kepada Allah semata-mata. Apakah kita masih bermain
dengan dendam semalam yang hanya merupakan bisikan syaitan. Kita bukan pacuan
syaitan, melainkan kita sendiri yang menuju ke arah itu.
Ayuh, mula untuk IKHLAS sekarang. Kita cari manisnya keimanan.
Hidup dalam dendam ibarat sang ikan berenang di lumpuran sedangkan lautan masih
luas terbentang. Sengaja mencari kesusahan sedangkan penawar sudah tersedia di
hadapan.
وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ۬ وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَۙMaksudnya: Dan Kami turunkan dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya
Ulasan
Catat Ulasan